Monday, April 29, 2013

:: proses bercerai susu badan ::

assalamualaikum..

Aku tidak lagi breastfeed budak Hadif..
syukur?
Alhamdulillah, diberi rezeki untuk breastfeed budak itu walaupun tak sampai 2 tahun..
satu pencapaian yang membanggakan juga terasa..
walaupun perjalanan breastfeeding aku agak mudah sejak Hadif lahir sampai ke saat ini,
tanpa sokongan daripada suami & keluarga,sukar juga untuk dihadapi bagi seorang wanita bekerjaya..ehemm

dulu, masa start breastfeed, selalu terbayang macam mana nanti proses bercerai susu dengan Hadif?
yela, aku tengok persekitaran aku, macam-macam yang terjadi..
ada yang terpaksa jumpa bomoh minta penawar..
ada yang guna gincu la, bawang putih la sapu kat breast supaya anak tak mau hisap lagi..
ada yang umur 3 tahun lebih masih bertepek dengan maknya lagi..
macam-macam..
=)
haha~

tapi, untuk aku dengan Hadif, Alhamdulillah.. senang sangat..
aku guna kaedah psikologi je..
=D
sementelah lepas operation hari tu, Hadif terpaksa tido dengan nenek dia, takpun dedy dia..
mula-mula, merengek juga,yela,selalu nak tido dok bertepek dengan umi saja..
selepas seminggu,dah ok..pastu boleh pilih pula nak tido dengan sapa..
aku pun last pump buat stok masa minggu pertama lepas operation je,susah sangat rasanya..
sakit kat luka,sakit kat breast lagi..
lama-lama..biarkan aja..kalau sakit sangat,ajak menyusu budak hadif secara mengiring..
budak dah besar, bukannya duduk diam time menyusu..
mak pun cakap,"time ni la senang nak bercerai susu"
bila bincang dari hati ke hati..
redakan saja..

awal-awal dulu,kalau Hadif merengek nak susu pun, aku cakap je kat dia,"umi sakit, Hadif minum susu botol ye?"
pastu dia ok, sampai la sekarang..takde masalah dah..
syukur..

dari pengenalan guna EBM dalam botol.. senang sangat..
dari pengenalan susu formula.. senang juga..
dari proses cerai susu..juga senang..
terima kasih Hadif sebab bagi kerjasama yang terbaik..

 berakhir di sini..
terima kasih Tuhan kerana rezeki ini..



dah 5 hari Hadif tidur dengan aku, taknak tidur dengan nenek ataupun dedy..
tapi tak lagi breastfeed, minum susu botol pastu tepuk-tepuk,ulit dia..lepas tu tido..
bangun 3 kali untuk minum susu..
sekarang dah ada 'alarm' untuk bangun tahajud.. ada juga hikmahnya..
=)

cuma sekarang susu formula dah kena letak dalam list-mesti-beli tiap-tiap minggu..

aku hanya ingat pesan ayah
" setiap anak itu ada rezeki yang Allah bagi sejak azali lagi"
hanya kita yang perlu berusaha dan istiqamah..

=)

Sunday, April 28, 2013

:: bila weekend,en asben takde ::

assalamualaikum..

selalu weekned takde agenda nak buat memang balik ke rumah MIL..
tapi bila en asben ada agenda, tak baliklah ke sana..

sebab kahwin awal,kan..umur 22tahun..tahun ni masuk tahun ke-3..
nak-tak-nak,jiwa muda tu baru tengah enak berkembang mekar..
so, bagi kami berdua, tak salah bagi ruang untuk masing-masing ada privacy untuk diri sendiri, hangout bersama keluarga mahupun teman-teman..asal pengakhirannya, kembali kepada diri sendiri, ada tanggungjawab pada anak + bini..
=)

last 2 weeks, en asben pergi berjimba dengan kawan-kawan dia di perhentian..
aku dok rumah, sebab tak sihat lagi..haha,klu tak rasa nak ikut jugak..=D
last weekend, en asben pergi kuala terengganu ada lawan futsal..
kadang-kadang ada juga orang bertanya, kenapa en asben kuat berjalan?aku bagi je..
emm.. macam mana nak cakap ye,bagi aku tak salah bagi dia ruang untuk bersosial, tak kan berkepit 24jam.. tiap-tiap malam selasa,rabu pun dia ada futsal,khamis balik lewat sebab lepak dengan kawan..
bagi je ruang untuk diri masing-masing..
asal ada kepercayaan + tanggungjawab taw!

bila en asben takde, aku selalu hangout dengan family jela..
takpun call bff,anah,mahupun makcik eyie-yang-selalu-bz tu..
en asben aku pun tak kisah,sebab taw 2 insan tu je suka datang lepak rumah..haha~ 

selalu aku bawa budak Hadif ikut mak ayah pergi majlis ilmiah jela..
dekatkan diri dan anak ke arah ilmu keagamaan..
Alhamdulillah,aku bertuah lahir di Kelantan..
ilmu agama ada di mana-mana..

Haflah anak muda kelantan di stadium sultan muhammad
sehari sebelum kena operate..
sempat lagi..
masa tu, ustaz azhar idrus dengan ustaz hazlin yang datang..
ni majlis paling besar sekali pernah aku bawa budak Hadif..
selalu ikut pergi kuliah pagi jumaat bersama tok guru nik aziz di dataran ilmu, takpun masa qariah ramadan di stadium ini juga..skala tak berapa besar..

pemandangan yang takkan ada di negeri lain..
bukan paksaan tapi ini datang dari hati yang tulus cintakan dunia & akhirat.

yang ni semalam,
ada mini festival wanita dekat KPI..
bawa budak Hadif sekali, orang dok aerobik, dia join sekali tapi macam jakun je tengok orang sekeliling dok buat itu ini..tercegat je dia sambil sengih-sengih..
aku tak join pun aerobik ni, badan tak berapa sihat lagi..
=D 



Saturday, April 27, 2013

:: tutorial : daripada cebisan kain ::

assalamualaikum..

sesiapa yang mengenali aku yang lebih dekat pasti taw,
aku punya brooch xde yang mengerlip-ngerlip, apatah lagi dari batu brooch swarovski..
bagi aku nampak macam mak-mak..tergantung bagai..
=D 
*biarpun aku dah jadi mak orang*
haha~

aku pakai brooch yang dibuat sendiri..
kedekut?
ish, nila namanya hak ciptaan eksklusif..
huawawa..
walaupun aku buat,aku pakai-pastu-orang-berkenan-aku-bagi-je..lagi-lagi-adik-aku-sorang-tu..

kali ni aku kongsikan cara-cara jimat nak buat brooch pakai cebisan kain..
ni kain baju kurung cotton,polkadot..beli kat jepun aritu..





ok?
selain jadi brooch, boleh juga jadikan handbouquet..
mahupun deko untuk pengikat kain langsir ataupun bunga atas hantaran..



cebisan kain juga boleh buat gaun untuk Qalesya..
=)



Wednesday, April 24, 2013

::aktiviti siang Hadif ::

assalamualaikum..

bangun pagi bekpes dengan che su-yang-nak ke sekolah..awal ko,pukul 7 gitu..haha
hantar kepemergian che su, teman nenek siram bunga..
lepas siap, masuk rumah, terus mandi-gosok gigi..
siap mandi, sambil tengok cite upin&ipin pakai baju..minum susu..
lepas tu, baca buku dengan umi..
sambung pula tengok cite raju, the rickshaw.. kalau tanya dia, Hadif tengok cite apa..dia akan cakap macam ni.. "cite bashhh" ( means,cite bas) =D.. bas la sangat..

pukul9.30,tv alhijrah..
=D

khusyuk sampai orang tegur tak layan..


lepas abis cite raju, ajak umi tido..minum susu & tido..
bangun, main-main kejap..kakak pun balik..
bestfriend budak Hadif..apa yang kakak buat,dia nak buat..
kakak mandi,dia nak mandi,kakak solat,dia pun solat..

kakak buat kerja sekolah, dia sibuk juga buat kerja rumah..
siap semua, makan,minum susu dan tidur balik..

bangun tido,main dengan kakak sementara tunggu dedy balik..
dedy balik kena round dulu dengan superbike dedy keliling kampung..
semalam, dok main kejar dengan anak angsa...dia kejar angsa,angsa kejar dia balik...haha..dah pandai sebut anggsha..

oh, tetiba rasa best pula jadi kanak-kanak..
=)




Monday, April 22, 2013

:: Jejak Jepun : bajet ::

assalamualaikum..

ehem..
aku harap ini entry terakhir pasal jepun..

=D

kalau nak travel, benda pertama yang akan difikirkan adalah bajet yang akan diperuntukkan sepanjang bercuti..
walaupun selalunya kami travel secara aci main redah aja, atleast kami akan buat bajet kira-kira sebaik mungkin sebelum buat keputusan drastik.. light and easy, pergi jalan-jalan buat apa yang kami mampu..orang kata ukur baju di badan sendiri..nak pergi bercuti stay kat 5@4star hotel?oh,kami bukan begitu..kalau begitu,nampak gaya setahun sekali pun belum tentu dapat naik kapal terbang..ha.ha.ha.

so, sepanjang percutian kami di jepun ni, aku buat berdasarkan pengalaman kami..
raw bajet, bajet ciput.. tapi dah sampai pun negara Nippon!*ko ada?*=D
harap dapat kongsi sedikit sebanyak input, yang baik boleh diambil buat tips, yang buruk-yang-jangan-cakap-kami-riak-mahupun-sombong..wallahua'alam

sekadar berkongsi..

1. Tiket penerbangan..

 wajiblah cari yang paling murah..=D.. sebenarnya, decide nak g sana last minute, BIL ajak MIL pergi tempat dia belajar, ya lah, dari degree sampai masuk Phd,MIL tak pernah jejak ke sana, maka, satu hari MIL terasa nak pergi ke sana, cakap dengan en asben, nak pergi tapi takut nak pergi sorang.. bagai bulan jatuh ke riba,*ehem* en asben cakap boleh2x..so, benda ni macam spontan,tak pernah pula dalam mimpi nak jejak ke sana.. maka mulalah tunggu sale dari AirAsia X..
bulan julai 2012, berjaya mendapatkan tiket dengar kadar reasonable...

seorang dapat RM527.00++ termasuk luggange 15kg sorang, 2 entertaiment(return)-sebenarnya-nak-bagi-kat-Hadif-tapi-dedy-yang-terlebih-lebih-guna,2(return)travel kits. meals sorang satu(KL-Osaka shj)
untuk Hadif RM250(tok ma belanja)..tQ tok ma..

TAPI, masa dekat jepun tu, lepas packing barang, berat luggange terlebih pula(banyak ko soping), maka, terpaksa tambah luggange untuk 15kg lagi.. nasib baik aku roaming, kol bank untuk buka line..*penting juga untuk roaming bila travel ke luar negara*

kalau boleh, pilihla seat kat ekor, luas sikit 2-3-2 seat,lagipun bawa budak, sedap la anak ko main-main..

so, selesai..tunggu la dekat setengah tahun nak pergi jepun..masa untuk kumpul duit banyak-banyak..=P

2. Visa

lepas penat tunggu nak sampai bulan 3, so, langkah seterusnya adalah buat visa.. banyak teori sangat pasal nak apply visa ni, try ko google,cara-cara nak buat visa, bersepah orang tulis entry pasal ni..last-last, kami ikut teori yang diberikan oleh BIL.. syarat2x nak buat visa boleh dapatkan di website kedutaan jepun..apa yang BIL cakap, kami turut aja..hehe.. kata nak apply visa ni kena ada 10k dalam bank statement, tapi kami fotostat buku akaun MIL yang tak sampai 10k,lulus aja permohonan..dahla fotostat tak pergi buat cop pengesahan bank..hahaha.. so, teori BIL cakap, asalkan bank statement tu cukup untuk buktikan bahawasanya dengan 11hari kita boleh survive stay kat jepun, memang akan luluslah untuk visa itu..tapi biarlah lebih dari 6k ye..=D

untuk Hadif tak perlukan bank statement..buat apakan,bukannya dia yang over shopping kat sana..=p

lagi satu yang paling aku angin-tak-boleh-blah adalah masa nak ambil gambar untuk buat visa..gambar visa jepun adalah 2x2inci, white background..gambar kami semua dah ok, kecuali gambar budak Hadif,jadi kecik..yang..emmm,sakit jiwa..pergi ke kedai gambar bachok pula-yang-bersawang-itu,dia-cakap-boleh-ambil-gambar-visa,pastu bila siap,aku tengok,aku cakap ni salah..dia kata kami hanya pandai buat gambar passport dengan gambar visa untuk haji aja..hmm..angin betul dengan budak dalam kedai tu..redakan aja,sekali tampal,ngam-ngam aja dengan petak gambar kat borang permohonan..syukur tak kena reject..

lepas siap,lengkap bagai borang tu, BIL cakap pergi apply visa di kedutaan jepun di KL..sepatutnya wilayah pantai timur kena buat di Penang, tapi BIL cakap Penang banyak songeh..maka pergi KL apply visa, sekali en asben buat visa,kena soal banyak pula dengan pegawai dia..maka,pandai-pandaila kelentong-kenapa-tak-buat-di-Penang..=D

visa Hadif.

 nak g Jepun banyak syarat,ikut je syarat dia bagi sebab visa ini adalah PERCUMA!!!berbaloi ko penat ke hulu ke hilir nak setelkan masalah..
walaupun terdapat sedikit cabaran di situ, Alhamdulillah..segala berjalan lancar.

3. Wang belanja

ehem, ini ikutlah selera masing-masing,ko banyak duit,bawalah banyak sikit..kalau niat nak pergi sana nak jalan-jalan cuci mata,buatlah peruntukkan untuk cuci mata sahaja..kalau niat nak bershopping bagai,buatlah peruntukkan shopping bagai..yang kami berdua buat adalah seperti berikut :

setiap seorang tukar 3k, aku + en asben..Hadif tak payah..
nilai mata wang pada waktu itu, 100yen=RM3.23

selalu kalau pergi travel, kami sediakan duit malaysia juga dalam poket, mana taw ada kecemasan..en asben selalu macam tu sebab dia kalau keluar duit tak ingat check dah baki yang ada..
untuk ke Jepun kami sediakan duit poket 1k saja..cukuplah tu..
last-last berjoli sakan, ada tinggal lagi 30100yen yang berbaki.. dalam rm900++.. so balance boleh bawa balik, masuk tabung untuk next travel..hahaha..

4. Pengangkutan

orang kata, kalau pegi jepun, cara terbaik nak pergi jalan-jalan adalah dengan kereta api dia..memang pun!
tapi, sebab pergi jalan-jalan dengan MIL, manala boleh nak naik train tue, sekali turun train semua berlari-lari, mau semput MIL...hehe..so, kitaorang  banyak guna kereta, dan asingkan terus duit minyak..share2x la kan..minyak kat jepun mahal kan, dalam RM4++ satu liter..
satu-satunya pengalaman naik kereta api adalah time pergi USJ dan balik ke Gifu, mak aih, memang huru hara berlari-lari kejar train,sebab banyak sangat transit..jauhkan Osaka-Gifu..
lagi-lagi, en asben menghilangkan tiket train Osaka-Gifu..T_T, tahu berapa harga tiket tu? RM128 sorang, kalau hilang? 5x ganda..T_T, 

TAPI...... pakcik kat kaunter train tu sangatla baik hati, walaupun cakap ayam-itik dengan dia, siap bagi isyarat ultraman, pakcik tu caj dalam RM18++ je, dia kata, takpelah,dia kasi harga dari station sebelum station Gifu..pakcik, terima kasih..*senyum sampai nak mengalir air mata*

tapi betul la, nak train kat jepun banyak sangat kenangan manis + pahit walaupun hanya untuk 2 jam setengah aja.. antaranya

-tolong senyapkan budak Hadif yang dok pot-pet-pot-pet,walaupun orang jepun sekali masuk train,senyap aja sambil baca buku,main hp,dengar mp4, anak aku je bising dalam train tu..heee
- jumpa pakcik jepun yang sangat fasih berbahasa Inggeris, macam teruja sangat jumpa dia,walaupun sekejap sangat, dia berhenti di stesen kyoto..
-jumpa makcik yang sedaya-upaya tolong kami turun naik tukar train sebab transit banyak sangat, walaupun ko-cakap-jepun-aku-cakap-omputih-hasilnya-tangan-turun-naik-bahasa-isyarat..terharu sangat!
-tersalah turun station..aku cakap ni station nishi-gifu, bukan station gifu, tapi en asben cakap, betulla..sekali turun salah..cesss!!! terpaksa tunggu train lain datang, sambil entertain budak Hadif..



 kalau nak senang nak naik train, korang masuk website JR ni,masukan route yang dikehendaki,pastu print screen,pergi kat kaunter,tunjuk je benda ni,dia akan paham dan bagikan tiket..
kalau nak adventure sket,pergi dekat mesin tiket,tekanla apa yang patut..
hee~
salah turun station..huhu



so, kesimpulannya..

JEPUN BEST!!!!

=D
till then, see u on our next travel...jeng..jeng..

Thursday, April 18, 2013

:: torture @ be independent? ::

assalamualaikum..

anakku Hadif, selalu kalau nak apa-apa suruh orang ambilkan untuk dia..
penakut @ malas?
aku rasa agak frust juga di situ..
sementara aku jadi surirumah tak bertauliah ni, sedaya-upaya aku ajar dia jadi insan berdikari..
ehem..
=D

arini..

umi : Hadif, jom belajar!!
Hadif : Jom!!!
umi : ambil kerusi dekat kerusi merah tu, baru boleh belajar..

hadif pergi ambil..

 iyahhhh!!!!
iyahhhh!!!

letak balik kerusi, try tolak, tak jalan sebab permukaan carpet yang kesat..

 iyah!!!

tak larat..
3/4 jalan..


 letak kerusi, terus duduk..

umi : laaaaaaaaa,tak sampai lagi tu..turun...meh letak dekat meja ni ha..

 *stresss*
mula nak menangis suruh umi angkat kerusi untuk dia..



 umi keras kepala tak nak tolong..

 fine, turun sendiri-umi-tak-nak-tolong!


 belajar sambil air mata meleleh..
huhuhu~


nasib baik fokus time belajar..

sekarang tengah ajar tampal sticker sambil mengenal huruf, abjad..
anak aku tak nak dah buku kecik-kecik-kenal-A-untuk-apple,B-untuk ball,C-untuk-cat..
haiwan peliharaan tok ayah lagi real nak mengenal..

=D

Wednesday, April 17, 2013

:: hari ni hari jadi mak ::

assalamualaikum..

hari ni hari jadi mak aku..
mak aku lahir tahun merdeka..


aku tak tahu nak bagi apa..
lagipun dok rumah je ni..
hehe~
2hari lepas kluar dengan adik pun kejap aja, dah penat, dah terasa sakit..sikit..

hanya doa aku tadahkan moga mak sentiasa sihat walafiat,sentiasa murah rezeki..
mak pun sekarang dah makin sibuk..join sekaki dengan ayah..
harap segala pengorbanan berbaloi.. amin

terima kasih juga sebab jaga budak ini yang semakin hari makin cerdik..
nenek is the best!!!
=)

pagi ini aku bangun en asben bagi ni..
baby-G.. baru sampai dari jepun..
ehem, ni kira hadiah harijadi ke?ahaa..
feel so girly pakai jam kaler pink..
=P
ahaha~
tak kisahlah, janji jwa rasa remaja lagi..

terima kasih daun keladi..
nak kasi lebih boleh lagi!!
=D



Monday, April 15, 2013

:: DKB : meatballsss ::

assalamualaikum..

salah satu kelebihan menjadi orang sakit adalah dapat makan apa yang diidam..
=D

salah satu yang aku mengidam adalah nak makan meatballs..ala-ala yang ada kat ikea tu la..
huahua..
jadi, yang selalu jadi mangsa masterchef aku adalah en asben..
=D


 bini punya pasal, dapat juga merasa bakat terendam nie..
=)

budak paling sibuk sebagai tukang rasa..
sementara tunggu dedy siap masak, dia main sepak buah labu..
lepas dedy siap masak, dia tolong rasa sedap ke tak..
jawapan : acam!!
haha~
* Hadif memang selalu sibuk kalau orang dok masak, dia tolong sibuk sebagai tukang rasa, kalau makanan tu tawar ke, masin ke, jawapannya ada dua aje : acam(masam) atau emm,dapp!(emm,sedap!)

so, tak boleh percaya cakap dia..
=P

meatballs

resepi :

meatball ( kalau tak rajin, beli yang dah ready-made kat pasar raya ) - goreng tanpa minyak. tapi aku bakar dengan pemanggang ajaib!hehe..

gravy:

2 sudu marjerin @ butter
1 1/2 sudu besar tepung gandum
*1 ulas bawang besar (dicincang halus, goreng sekejap,asingkan)
*1 1/2 cawan air
*100ml susu segar
*3 sudu besar sos tomato
*3 sudu besar sos tiram
*2 sudu besar kicap manis
*1 sudu lada hitam
*1 kiub pati ayam
1 sudu besar tepung jagung(dibancuh) @  1bungkus kecil instant mushroom soup(dibancuh)

- cairkan marjerin @ butter, pastu masukkan tepung gandum, goreng sampai jadi coklat sikit.
- masukkan bawang besar.kacau sampai sebati.
-masukkan semua yang bertanda * ,kacau sampai mendidih
-masukkan tepung jagung @ mushroom soup tadi bagi pekatkan gravy ini.

siap!!

bagi feel sikit, goreng aja fries + letak jem strawberri ataupun mayones..

selamat dan sedap untuk dimakan

selamat mencoba!
=)

Thursday, April 11, 2013

:: Jejak Jepun : apa yang cool ::

assalamualaikum..

1. mesra bayi..

dalam tandas..
nak lepaskan hajat, letak anak kat situ..
tapi anak orang jepun je rasanya behave letak dalam tu,
klu budak Hadif dah lama melalak nak turun..
=D

kalau pergi jepun tak puji tandas dia bersih, memang pelikla kan..
tak dak air setitik pun kat lantai..
dahla canggih..
siap ada music lagi..

tandas kat USJ..
walau sekecik mana pun tempat yang pergi, kalau takde baby care..
mesti ada juga tempat untuk salin lampin..
dan tong khas untuk buang lampin..

sempit? tapi praktikal..

design troli di pasar raya yang pelbagai..

setiap pasar raya, lain-lain design untuk letak kanak-kanak..
di depan ada, di belakang pun ada..




2. main basikal

jom!





budak Hadif sampai taknak turun naik basikal..
dahla basikal kat sini kiut-kiut saja..






Wednesday, April 10, 2013

:: aku menghabiskan mc... ::

assalamualaikum..

alhamdulillah, masuk minggu ketiga dah aku mc..
so far, so good..

=D
luka pun makin baik walaupun aku langgar pantang banyak kali..
orang cakap jangan makan, aku makan..
pastu sakit, tanggung sendiri..* buat senyap je*
haha~
bagi aku as long as makanan tu penuh dengan vitamin + protein, aku telan..
sebab aku tak paham orang kata makanan tu tak boleh makan sebab "sejuk", sebab "masam"..bla..bla..bla
ke aku terlebih belajar masa kat uni dulu?
emmm..


selain dari makan, tidur, tengok cupcake wars,top chefs, 30minutes with jamie oliver mahupun the voice season 4-yang-aku-kesian-kenapa-shakira-selalu-kalah-dengan-3-mamat-tu..
*itu agaknya sebab aku jadi terliur nak makan macam-macam agaknya*hehe

bila aku update status dah keluar rumah, mula la berduyun-duyun wassap,mesej kata dah sehat ke?
haha, aku keluar dengan mak ayah,aku jadi passanger je,mak ayah keluar,aku still dalam kereta..
BORING taw dok dalam rumah je..dahla aku ni jenis kaki rayau..rasa macam haru je dok terperap kat rumah je..naik kereta pun oklah,boleh cuci mata sikit2x..

update blog?
of course sebab bukan jari aku yang sakit..haha..
sambil baring pun aku on9..
giler boring dok rumah tanpa buat apa-apa..


ni adalah suku novel yg berjaya dibaca..
hah..
terima kasih buat akak + adik aku yang pulun pergi beli novel baru..
akak aku suka beli novel tapi tak sempat baca, beli sebab nak lari dari income tax, sekali bawa balik berpuluh-puluh..pastu suruh jual balik..
haa, pasni aku nak buat bisnes jual novel pulak..=D
sekarang semua dah habis dibaca,nampaknya aku kena paksa adik aku pergi beli lagi..
=D


dan

of course la masa berkualiti bersama dengan budak Hadif..
walaupun aku tak boleh nak dukung, mahupun main kejar-kejar dengan dia..
layan dia bercakap pun jadilah..
semenjak 2 menjak ni, dia makin banyak cakap, makin banyak akal kan..
aku pun rasa sikit ragu-ragu pada mulanya..
sebab aku baca journal pasal perkembangan bayi,
selalu memihak pada bayi perempuan..
nak bandingkan Hadif dengan sepupu-sepupu sebaya dia..
*Hadif ada 4 sepupu perempuan yang sama tahun dengan dia*
jauh benar beza perkembangan 5 orang ni..
adakah aku terlebih ber'eksperimen' semasa mengandung dulu?*haa, aku memang banyak buat eksperimen masa pregnant dulu..hihihi*
ataupun persekitaran pembesaran dia yang selesa di kampung..
pagi-pagi siram pokok bunga dengan nenek, bagi makan kucing, round kampung dengan motor bersama tok ayah,
petang-petang, sepak bola, round kampung lagi..kejar anak ayam..
memang berbeza dengan sepupu-sepunya yang lain yg membesar di taska,dengan bibik mahupun pengasuh. bukan?
rasa sayang pula nak hantar dia masuk nursery..
nenek dia memang guru terbaik setakat ini..
=D



video
sekarang sudah pandai buat ayat simple-simple..
okla tu,
setakat umi, dedy, nenek, tok ayah,che chu,kakak,abe, binatang,kenderaan semua dah boleh kenal & pronounce dengan betul..siap bagi arahan lagi kat orang lagi..
sekarang rajin sangat gosok gigi..
selalu puji gigi dia cantik..*sengal*
satu je tak boleh ubah..
bila tengok angsa kat belakang rumah..
umi : hadif, itu angsa..
hadif : duck!!
umi : angsa!!
hadif : duck!!!!!
umi : emm..*sabo jela*

=D

aku ada 3 minggu lagi nak habiskan mc..
sila jeles!!
haha~

Tuesday, April 9, 2013

:: Jejak Jepun : nak makan apa? ::

assalamualaikum.. 

masa kat sana, sempatlah merasa beberapa hidangan Jepun yang halal untuk dimakan..
aku , en asben + Hadif sekali pun memang telan je apa yang terhidang..
pendek kata, 

campak kat mana pun boleh je hidup..haha~

udong..
boleh pilih nak lauk apa..
ikan ada, udang ada dll..
jepun kan kaya dengan seafood.. memang senang la nk makan.

cara-cara makan udong dengan betul seperti yang biras aku buat tu..
tarik panjang-panjang..pastu... sluurrrrpppp kuat2x..
orang jepun suka macam tu..

 
sup dia adalah sup daripada sos ikan..
makan sekali dengan nasi kepal..
=)


kalau susah sangat nak makan, jangan risau, takoyaki ada di mana-mana..
=)



soba..
ni soba sup.. pakej sekali dengan nasi + udang celup tepung..

dry soba..
makan cicah dengan sos tu..
pakej sekali dengan nasi kuning + raw fish-wasabi-yang-boleh-meleleh-air-mata..

* rindu nak makan soba, boleh makan di secret resepi..haha~ tapi memang lainla rasanya*

anak aku yang telan apa saja..
haha~
selalu makan ambil bilik private, senang untuk terus solat..



oyster celup tepung..
=)



Gandhaara restaurant, kedai mamak gitu
50 meter dari masjid Nagoya..

makan nasi beriyani + kebab n nan cheese..
nasi beriyani kena tempah baru dia buat..

merindui nan cheese yang gebu ini..


jangan lupa pada sushi..
last day, masa tengah berkejar balik osaka nak naik flight sempat lagi singgah beli sushi..
abis sushi hilang rupa sebab rushing..
hahah~
tapi sedap!
lain rasanya dari malaysia..

1 lagi tak sempat makan adalah unagi ( belut bakar) sebab selalunya hanya terdapat pada musim panas..
aih, mengidam.. takpe..
bak kata biras aku, belut dia tak makan tapi unagi dia makan..haha~

asyik makan takoyaki, wajiblah beli barang dan buat kat rumah saja..
jimat!!


oh, jangan lupa..
aiskrim wafel ini..
nyum-nyum..
aku berebut dengan Hadif nak makan benda ini..
hahah~

anak aku hantu seaweed..


hani yang ajar hadif makan..
berkotak-kotak dimakan oleh 2 orang ni..
=D

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers