Thursday, May 30, 2013

:: follow up gynae ::

assalamualaikum..

diam-tak-diam, dah 2 bulan dah lepas operation..
maka, lepas operation, kena la pergi follow up lagi gynae kan...
=D

minggu ni seminggu aku kerja sorang-sorang dalam lab, partner in crime cuti..
aku dahla baru 2 minggu kerja dalam lab cytology ni, nak-tak-nak, aku buat pandai sorang-sorang..haha..
kena pula TCA hari kerja, pastu aku buat arahan kat doc, terima patient untuk FNAC pagi je, petang lab tutup..ngenge~


kalau tak tunggu lebih dari sejam tu, tak sah la kan untuk TCA kat O&G ni..

my result
lagi senang, selongkar sendiri result dalam lab, pastu terus pergi O&G,
nak tunggu atendan ambil sendiri, makan masa pula..
=)

perkara  mula-mula masuk kerja dulu, lepas mc panjang..
aku straight ke kaunter, tengok result sendiri..
lepas tu, terus discuss dengan pathologist..
bla..bla..bla..

so, bila pergi TCA ni,saja je la, untuk memenuhi keperluan appoinment..
doc pun tak cakap banyak..
cuma doc tanya " dah ready for 2nd baby?"
haha~

so, kena follow up lagi 6 bulan lepas tu discharge gynae,kita masuk antenatal pulak..
gurau je la...
=P

my final diagnosis : it's just paratubal cysts..

mari teruskan hidup dengan riang dan penuh kesyukuran..

=)

Tuesday, May 28, 2013

:: al-kisah dedy punya kereta ::

assalamualaikum..

kelmarin, en asben letak kereta kat laman rumah sebab garaj penuh dengan kereta..
yela, cuti sekolah, akak balik.. maka penuhla garaj kereta..

tengah hari itu, ayah telefon, nak alihkan kereta sebab berpanas kat laman, kesian..
( kitaorang pergi kerja dengan superbike kan..vroooommm~)

maka ayah pun alihla kereta itu..
dan nasib harinya, ayah terkena gout pada hari kejadian~

petang itu, sampai je rumah..
budak faiz dengan damia sambut dekat pintu sambil jerit " ayah teh, kereta ayah teh eksiden!! abeh kerusi batu nenek!!!"

pastu otomatik kami berpaling tengok kerusi batu kat belakang..

hoh?
apa yang dijangka kalau tengok kerusi ini hancur?






kereta dedy dalam keadaan "gear"..
dedy memang suka letak kete dalam keadaan macam tu..
kete manualkan..lagipun handbrake rosak..tak baiki lagi..haha
tapi selalunya, kalau nak start tu, on je kereta,selalu terus tersedak kete itu, bagi warning kat kite..
tapi hari tu, lain pulak jadinya, terus meluncur tanpa sempat ayah tahan..
dahla kaki ayah sakit..lagi sakit lepas tu bila kejar kete gerak sendiri..
haha~
macam-macam..

maka, terus dedy berlari tengok kete dia kat garaj  dapur




 uikss?
 abaikan bumper kat bawah tu, sebab yang tu kecederaan yang lama-terlanggar-tebing-rumah-kawan-dia..
=D


ok, tu je kecederaan kete dedy..
kemek sket dekat bonet depan, dan calar biasalah kan kalau dah terlanggar tu..

pastu dedy tarik nafas panjang sambil pandang aku..

" hebat kereta dedy!! nilah beza kereta malaysia dengan kereta luar..haha"

ceh!

Sunday, May 26, 2013

:: Hadif tengok wayang ::

assalamualaikum..

dedy bangun pagi, tiba-tiba dedy ajak pergi tengok wayang..
mengigau agaknya, bangun -bangun suruh bersiap..
yela, kelate mane ada panggung..
packing, jom kita g tengok wayang!!
* kerja gile hujung minggu*

 tak gitu Hadif?
=D
dedy nak buat eksperimen kat Hadif sama ada bertahan atau tidak dok dalam panggung selama 2 jam..

 pergi panggung pakai baju tidur..
=D
sampai je panggung, nampak poster ironman..
terus meluru ke sana..
"umi, omen!!!"

 dedy cakap kita tengok ironman lah begitu..
sekali tengok kat skrin, dah sold out..
=D

last sekali, layan tengok cite ni..
percaya atau tidak, budak Hadif dok diam je atas riba aku sambil makan popcorn hampir 2 jam..
orang gelak, dia gelak.. 
maka, budak Hadif dah lulus ujian pertama..
ala, setakat cite kartun je pun..lagipun banyak haiwan dalam cite ni, dia tengok pun tak bosan..
=P

nak tengok fast & furious 6 tak boleh, so dedy jela marathon tengok movie..
umi & hadif tawaf jela mall sementara tunggu dedy abis tengok movie..

Wednesday, May 22, 2013

:: 1 tahun 6 bulan ::

assalamualaikum..

diam tak diam, budak Hadif sudah 1 tahun 6 bulan..
cepat masa berlalu..
=)

kelmarin aku sempat pergi cucuk dia untuk last dose..
tak pasal-pasal bulan depan kena datang balik sebab berat badan turun..
geeee~
nak buat macam mana, berat badan hilang 1.4kg masa demam aritu..
T_T
pastu nak kena cucuk pulak.. akak-akak dalam lab cakap lepas kena cucuk kali ni mesti demam..
punya la gubra, tak pasal-pasal nanti bersengkang mata lagi..
cakap kat Hadif  kena kuat semangat, jangan demam..
=D

video

Alhamdulillah, tak demam lepas tu, mungkin badan dah develop antibodi baru..
dah kebal..
=D

 2 malam yang lepas, masa nak tido, lepas baca doa dengan dia..
tiba-tiba dia mengira 1 sampai 8 dengan jelas..
aku bangun tercengang.. " dif, belajar mengira dengan nenek ke?"
aku tanya mak, mak kata tak..
pastu rasa macam bangga pula dengan budak ni sampai mata berkaca-kaca
dedy cakap, umi ni anak baru pandai mengira nak terharu bagai..
anak dapat 5A nanti banjir tak tahu suatu hari nanti..
chessssssss!!!!

bangga hokey anak pandai tanpa orang ajar!

walaupun orang kata anak aku sangat sopan-santun.. takpela,takla haru rumah asyik dok bertempik kat dia..
*juruh u, kalah anak dara orang*
hahaha~



Sunday, May 19, 2013

:: terpengaruh Jepun ::

assalamualaikum..

anak aku masa pergi Jepun aritu terpengaruh dengan anak sedara aku yang kat sana..
sampai malaysia, seminggu tu, lekat lagi perkataan jepun kat lidah dia..
"damek!!!damek!!"  (jangan/tak boleh!)
sekarang, dah hilang dah damek dia, timbul pula ultraman mebius!!

 bunyi je ultraman keluar, otomatik kaki terkangkang.. " oo..men!!hiahhh!!"
umi tengok ultraman tak pulak kaki terkangkang macam tu dif!
ha.ha.ha

sekarang sudah pandai cari remote suruh orang tukar channel ceria nak tengok ultraman.
nasib baik bila cakap ultraman takde arini, dia tak melalak guling-guling..
takde ultraman, dia main benda lain..
fuh..fuh..

jangan cakap anak je terpengaruh dengan jepun..
sekali dengan umi dengan dedy dia bawa sekali aura "nippon" kat sini..
=D

lai..lai..
stok pisau baru sampai!! sekali dengan pengasah lagi..
ceramic kitchen knife memang terbaik!!!
sekali guna, terus rajin nak masak.. =D
sangat tajam tapi awas sekali jatuh, pecah berderai..

=D

Wednesday, May 15, 2013

:: dah lama aku tak buat kerja ni ::

assalamualaikum..

dulu...masa baru dapat bertukar balik kerja ke kelantan..
rutin aku 2 malam setiap minggu adalah join en asben main futsal..
eh, teman je.. bila sampai kat court, en asben melulu pergi main, aku pasang aircond kuat-kuat & tidur sampai en asben habis main..haha..begitu supportive nye aku ketika itu dengan perut memboyot..
sempat Hadif merasa hampir 3bulan macam tu dalam perut umi dia..ish..ish..
nak duduk kat rumah boring, padahal pergi teman pun,pergi tido je dalam kereta..
=P

sekarang, bila Hadif dah ada, jarang sekali pergi join dedy main futsal..
sibuk katakan, sibuk tidur jugak..
pukul 9pm dah ajak umi tidur, mana nak sempat dedy ajak pergi main futsal..
=D


tapi, bila tiba-tiba dedy ada training futsal, training la sangat..*waktu petang, lepas balik kerja*
terpaksa la menjadi supporter macam dulu..
orang lain siap bawa isteri & girlfriends bagi sokongan..
=D


nak jadi pon-pon girl?
jangan harap!
=D

sekarang dah banyak inisiatif untuk bekalan dalam handbag ubntuk mengisi keboringan..

teringin juga nak main futsal,
lasak macam zaman dolu-dolu..
bila dah masuk zaman mak-mak ni, tak pernah aku jadi lasak lagi..
pergi hiking ke..pergi main futsal ke..
haha..hampeh, joging pun belum tentu dapat buat..

busy katakan!
alasan..
=P

*xpe, badan maintain...hahaha..stamina je kureng..=p*

Monday, May 13, 2013

:: D'kecek ::

assalamualaikum..

=)

sekarang, aku tengah training bawa budak Afnan ke tempat belajar..
sebab mama dia terberanak awal, tak sempat nak training.. =p
bagus juga, sebagai persediaan bangun awal-awal, rushing-rushing sket,hantar budak ni masuk kelas..
=D
satu training, lepas ni double nak hantar budak Hadif ke sekolah pula..
persediaan awal untuk dedy.. =p

budak Afnan ni anak kedua abang aku..
kanak-kanak istimewa..
Alhamdulillah, sebab dah ter'diagnose' awal masa baby lagi,
dan nasib baik terlahir di HUSM, maka dia punya kelebihan itu ada sikit..
dan yang terawal untuk diserap ke D'kecek..
dia susah nak bergaul dengan orang, asyik dok berkepit dengan mama & abah dia aja..
so, nak ajak dia datang sekolah,macam-macam umpan kena kasi..
=D


salute pada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa..
semua usaha kena double..malah kena triple pun ada bukan?
lagi-lagui afnan ni hyperactive, agaknya tu sebab mama dia terberanak awal.. =D
masuk kelas baru nak pakai alat bantuan,abis je kelas,terus taknak pakai..tak selesa mungkin..
 
emm..
sesungguhnya,bersyukur dengan anugerah yang diberi..

more info : here

=)

Sunday, May 12, 2013

:: ambil angin ::

assalamualaikum..

minggu pertama kerja rasab macam sedikit pressure..
tambah-tambah lagi budak Hadif demam-selesema-batuk-yang agak teruk..
so, en asben bawak anak bini dia pergi ambil angin..
bagi sejuk sikit badan..bagi tenang sikit otak.
=)
 backpacker style..
sumbat baju..naik kereta..sampai..cari hotel..
dan rilekss..

 budak makin baik,
tapi hidung masih berlari-lari..

 budak Hadif asyik dok cakap nak "straww..eri" (strawberi)
tapi dedy dia cakap "strawberi sini xsedap, strawberi kat jepun sedap"
hah? bila lagi nak merasa strawberi kat sana?
=D


10-11.05.13 @ cameron highland

tahniah buat Jaja & suami @ felda chiku 3, gua musang..


Tuesday, May 7, 2013

:: ahli keluarga terbaru ::

assalamualaikum..

Alhamdulillah, kami sekeluarga menerima ahli keluarga terbaru..
daripada abang aku yg sulung..anak sudah masuk ketiga..
sempat tak aku kejar?
=D


 baby girl..
4.5.13 @ 12.21pm
 keluar awal 2minggu sebab nak teman mama dia pergi mengundi esoknya.. =p
3kg..
HUSM 

 budak Hadif nak sentuh..
sekali sentuh, nak lagi..

 sekali tu terus kena "pap" baby.. =D
tapi baby elok je tido..

yang paling excited mestilah kakak dia, damia..
google nama untuk adik, buat list berjela-jela untuk present kat abah dia..

sekali abah dah decide nak bagi nama...
ha.ha.ha

namanya.....?


Monday, May 6, 2013

:: K untuk kembali.. ::

assalamualaikum..

bagaimana korang hari ni?

K untuk kembali..

yuhu..
aku dah kembali bertugas setelah 44hari cuti sakit..
tapi macam timing kembali bertugas tak kena masa la pulak..

time ni juga la budak Hadif kena demam teruk..
sudah 4 malam umi & dedy tido-tido ayam..
demam paling buruk setakat ni..
SIL cakap demam pilihan raya + tumbuh gigi geraham..
emm, agaknya la kan.. gigi geraham dah start tumbuh atas bawah,kiri kanan..
kesian pula terasa, nak EL,takde orang nak berganti cuti..
masing-masing mood pilihan raya tak abis lagi..
tidur pun tak cukup..
huhu~

tetiba budak Hadif kehilangan berat badan yang ketara dalam 4hari ini..
T_T
nak,semoga cepat sembuh..

K juga untuk Kembali Kekal di Kelate..

 syukur, Alhamdulillah..
suasana sejak semalam rasa macam syahdu saja..
hujan rahmat membasahi bumi kelate semalam..
Alhamdulillah..


 pertama kali mengundi, perasaan berdebar-debar macam nak masuk dewan untuk jawab exam..
nasib baik pergi dengan akak, kurangla sikit debarannya..
=D

 nenek aku juga hebat!!
generasi tua yang mantap!!

 
mine..

=)

Thursday, May 2, 2013

:: 1 Mei 2013 ::

assalamualaikum..

1 mei disambut dengan penuh kesyukuran..
walaupun aku masih bercuti..
=D
rasa lama giler tak pergi kerja...ha.ha.ha

kali ni, 2 bff aku datang ke rumah..
mau sambut hari pekerja, yelah, masing-masing dah bergelar pekerja..
dan bekerja pula di kelate walaupun sorang tu teacher kat hulu sana tu..
apa nak heran, tiap-tiap minggu balik kampung..
=D

so, 2 orang ni mintak makan takoyaki..

mencoba bakat~


3 pinggan takoyaki dihabiskan..
borak-borak 2 jam..
tunggu budak Hadif bangun tidur,
pergi jenjalan, pusing-pusing nak tengok suasana pilihan raya..
we olls kan nanti 1st time nak mengundi, maka keterujaan nak mengundi tu sangat tinggi..
kalau sama-sama tempat mengundi, best jugak nak pergi sama-sama..
tapi malang, semua kena kat tempat lain~

yo-yo je nak buat girl-out-day..tak nak menghampakan ajak-ajak ayamla en asben..
sekali en asben nk ikut.. T_T
so, buli dia jadi driver..
=p

on the way jalan-jalan cari cpt(cendol pulut tapai), jumpa dengan konvoi lori..
waaa...hebat sekali..

aku tak tahu suasana negeri lain kalau time nak pilihan raya..
tapi yang pasti, negeri aku sangat hebat sambutan dia..
best juga tengok setiap replika di setiap pos sepanjang jalan..
sangat kreatif walaupun bajet terhad..

eh,jangan tak tau, ayah pun ada 1 pos kat kampung..
pos ayah juga hebat dengan replika....

tak sabar tunggu hujung minggu ni bila semua perantau balik,
mesti macam pesta...
=)

dan tak sabar juga untuk buang undi buat kali pertama..
=D






::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers