Wednesday, August 28, 2013

:: survey punya survey tadika ::

assalamualaikum..

mood ke"umi"an aku sekarang dalam fasa nak bawa Hadif melihat dunia luar..
acece~
 tapi tak bermaksud bawa dia jalan-jalan, sebab budak tu dah kira bertuah dah sebab umi-dedy kaki jalan..
merata pergi jalan-jalan..
Alhamdulillah..

borak dari hati ke hati dengan dedy..
tahun depan bolehla masuk tadika budak Hadif..
INSYALLAH, walaupun tahun depan tu masuk 3 tahun.. 
walaupun tahun depan , hujung tahun baru sambut hari jadi..hukhuk
aku rasa kalau letak dia masuk tadika, dia lah paling kecik kat situ..
tapi takpe, kuatkan semangat..
haha..

sayang sekali, sebab Hadif sudah pandai membilang, sudah pandai abc, sudah pandai alif ba ta..
soal perangai, memang tiptop..
* didikan nenek dia memang terbaik!!!*
tapi sampai bila kan nak harap kat mak..

=D

yang penting, tadika tu kena area kubang kerian/ searah dengan jalan rumah..

survey punya survey..

pilihan pertama..


sebab depan HUSM je..
haha~
senang, tengok review orang pun ok..
bagus2x..

pilihan kedua


area kubang kerian, tapi tak tahu kat mana...
hehe~

tu je yang aku rasa terbaik setakat ni..

smart reader ade, tapi macam luar kemampuan..hehe

kan best kalau genius aulad ada kat kelantan.. sape nak buka francais kat sini?

=D

 

Sunday, August 25, 2013

:: basikal ::

assalamualaikum..

lama dah tak naik basikal.. masa sekolah dulu, pergi sekolah kayuh basikal ramai-ramai..
indah. tapi sekarang, budak Damia yang umo 7 tahun pun tak pandai naik basikal lagi..
aish. budak sekarang.

nak pergi kerja dengan basikal. 2 jam belum tentu sampai.. ha.ha
tapi, eh, rumah aku dah nak siap dah..
rumah tu 5 minit dah sampai HUSM..
lama tak cite pasal rumah yang dibeli 3 tahun lepas kan?
tapi tajuk kat atas pasal basikal.. rumah tu entry lain..
he..

yang penting, rumah dah siap 95%.. hari-hari balik kerja pandang..dan berdoa, rumah,sila siap cepat-cepat!
boleh bagi side-income untuk aku nanti..
=D

dan boleh basikal balik rumah kejap bila lunch hour..
hah, berangan..tengok-tengok aku beli skuter jugak last sekali..
=P

video

memori berbasikal dengan Hadif @ Jepun..
*main kat laman rumah, kang sesat pula kat sana..haru..*

Thursday, August 22, 2013

:: yang lama tidak dilupakan,kenapa merajuk sekali? ::

assalamualaikum..

sejak dua menjak ni, en asben sibuk dengan urusan satu ni..
turun naik key el..sampai aku ngan Hadif sama-sama diangkut beberapa hari sebelum raya aritu..
=D
eh, we olls sempat pergi shopping raya di sogo lagi sebelum raya ritu..
hahaa~

mungkin merajuk agaknya, kereta selalu masuk bengkel..
sampai tuan bengkel pun dah jadi geng dengan en asben..
seminggu sekali tu macam dah terbiasa tengok muka en asben bawa kereta ke sana..
ah, jangan dipanggil kereta lama, bukan kereta je sentap, dengan tuan kereta pun sentap..
=P

bukan aku yang selalu merungut.. *hehe..malas nak bawa kereta manual sebenarnya*
bahkan Hadif pun dah bahasakan kereta dedy "kereta lumba"

tahap merajuk yang amat agaknya..
pagi ni, nak pergi kerja pun, bunyi dah pelik semacam..
bukan enjin, tapi bahagian bawah kereta..

sampai ke usm..
dan-dan je sentap...



aku tengah pikir macam mana nak balik rumah petang nanti.. sebab en asben ada football match petang nanti..
T_T

cik kereta, jangan begitu..



kereta sentap mungkin laki bini dok bincang pasal yang satu lagi masa dok dalam dia agaknya..








kawan baru, masih  berada di bumi sakura..
INSYALLAH, ahad ni naik kapal..
doakan semoga mudah perjalanannya nanti..

amin..

dan kereta lama, jangan merajuk lagi..

eh?
=p

Wednesday, August 21, 2013

:: tempahan felt ::

assalamualaikum..

aku masih buat benda-benda macam tu..
tengok kerajinan..
tengok stok beli kat jepun aritu, mak aihh, banyak giler..
T_T

2 biji bantal + 1 headband

ni kerja sepupu aku suruh buat cepat-cepat nak time raya..
last-last, sampai sekarang tak datang rumah ambil..

aishhh..
*ni yang meruntuhkan tahap kerajinan aku terhadap benda ni*



Monday, August 19, 2013

:: cebisan raya 2013..lagi..::

assalamualaikum..




aku suka bebeno dengan cat dinding bilik rumah MIL,
sebab boleh buat background yang cantik..
haha~

beraya kat rumah jew~

belah aku, ak cukup-cukup korum tiap kali beraya..
huhu..


belah en asben pun..



=)

Sunday, August 18, 2013

:: renew pasport ::

assalamualaikum..

=)

khamis lepas aku berkesempatan pergi renew pasport...'acece, berjalan lagi ye tahun ni kita'
aku bawak sekali adik-adik aku sebab nak pergi renew mykad..
senang, buat sekali harung gitu..

 sekali aku terpacak kat situ pukul 8.30am, dah nombor 30 lebih..
agak-agak orang datang pukul berapa la kan?

=p


 turun tingkat satu pergi buat mykad baru..
sekali aku kena kompaun 40hengget sebab tak pernah tukar ic sejak zaman kanak-kanak lagi..
hahaha~
kejap je buat, tak sampai 15 minit dah siap!
mykad baru boleh ambil dalam masa sehari selepas itu..

dan naik balik ke imigresen-buang-masa-2-jam-sambil-main-game-dengan-adik-adik-untuk-tunggu-turn..
fuh~

 sebab dah lama tak renew pasport, rupanya sekarang dah lain dah prosedur dia..

sekarang nak buat pasport kena pakai 2 keping gambar pasport ( background putih ye!!), kalau tak kena reject, terhegeh-hegeh pergi ambil gambar baru... * aku la tu!..hehe*

tak perlu fotostat ic.. bawa saja ic betul.. * aku la tu!..hoho *

dan tak perlu isi borang berjela-jela..

hanya pasport lama+2 keping gambar+duit+ic betul untuk semakan..

yoyo e jekan rujuk website imigresen..tapi tak baca betul-betul..haha
rugi 17henget 20sen untuk gambar pasport dan fotostat ic..

 masih berwajah sama diluar..

tapi berwajah baru di dalam..

 pasport baru..
hitam putih..patutla, nak gambar background putih..
tebal.. kalis air..senang, tak rosak kalau terendam dalam air..
ciri-ciri lain.. gambar ade duo.. ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan..

pasport lama..
ada beza bukan..
pasport lama, kalau ada jerawat pun nampak..
=p

sementara nak tunggu pasport siap..
lepak la bersama adik-adik..
bila lagi kan..
adik lelaki aku tu jarang sekali balik malaysia..
=p


petang tu, bff datang beraya..
tanya nak makan apa..

nasib baik nak makan takoyaki..
kalau cakap nak makan kuah kacang nasi impit, naya aku..
=p

cara-cara budak Hadif makan takoyaki..
cucuk dengan chopstiks..

kan senang~

Monday, August 12, 2013

:: cebisan raya 2013 ::

assalamualaikum..


selamat hari raya..
haha..
aku dah kerja dah pun..

melilau dalam lab sorang-sorang..
hoiiii..
tahun depan tak kira nak cuti beraya jugak!!
=p

penat tak cuti beraya sebelum selepas..* nasib baik takde oncall*
2-3 hari sebelum selepas raya dok pulun buat kek orang, sampai untuk rumah sendiri tak sempat buat..
hahaha~
kesian kat tetamu, datang beraya rumah aku tanya kek raya..

MAAP ZAHIR BATIN!!!



sebelum dedy transfer gambar raya tu, 
layan la dulu gambar dari memori phone dulu..


tahun ni turn beraya di rumah MIL..
petang baru balik Bachok..



 at last, budak Hadif dengan rela hati pakai baju raya pagi tu..
tak payah buat aksi kejar-mengejar..
=D

mungkin tengok dedy pakai baju sama dengan dia..
haha~

 tak terlayan ambil gambar dengan dia jela..
model dedy yang fotogedik..





 tahun ni, semua adik beradik,ipar duai en asben balik beraya kecuali abe pu di Jepun..
meriah tak terkata..
ko bayang kan 21 orang cucu dari umo 13 tahun sampai 1 setahun ada dalam rumah tok ma..
??

nak ambil gambar 1 keluarga memang ambil masa
 

 budak hadif dah pandai ambil gambar..
bapa borek anak rintik betul..


nak ambil potret belah aku pun tak sempat lagi..
huhu~

setahun sekali berjumpa..
kalau tak raya tak jumpa la kawan-kawan..
=)





apa-apa pun, 
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin..


dari kami..

Hajar, Hafiz, dan Hadif

=)

Sunday, August 4, 2013

:: korek telinga ::

assalamualaikum..

budak Hadif pantang kalau nampak cotton buds..

"mi, nak orek tlinge"
(umi, nak korek telinga)

tapi di bawah pengawasan la ye..

 korek telinga rabbit



aaaa...bestnyer...


=D



Saturday, August 3, 2013

:: kucing ::

assalamualaikum..


dasyat betul si putih tu,
dah besar, dah ade adik pun dok join sekaki lagi ngan ibu minum susu..

=p


Thursday, August 1, 2013

:: perihal baju raya Hadif ::

assalamualaikum..

sekarang umi Hadif tengah stress dengan budak Hadif sebab baju raya sampai tak update blog..

ngeee..

begini..
aku tengok lah kat blog ni..






wa, macam comel-comel je..
tapi, takkan nak belikan, sebab nenek Hadif boleh jahitkan setakat baju melayu budak kecik macam Hadif tu..
umi Hadif pun request la kat nenek Hadif untuk buat baju melayu macam kat atas tu..
nenek Hadif pandang umi Hadif pelik dah, tapi bila umi Hadif bagi bukti, dia pun setuju lah untuk jahit..
lega kat situ..


Hasilnya..
 

bila dah siap, suruh la budak Hadif try..

"takcheeyyyy!!"
"takcheyyy"   *mean takse...(taknak)
sampai menjerit-jerit bila disuakan baju tu..
kejar keliling rumah sampai sekarang tak nak pakai..
hukhukhuk..

TAPI...

yang lagi buat umi dia terasa bila nenek jahit baju Qalesya (anak abang aku yang sebaya dia)
dia siap tunggu nenek kat tepi mesin jahit sambil tanya "nenek, wakpe?"

tak ke rase macam angin je di situ?


 tengok, bila dah siap baju Qalesya, dia pula yang nak pakai,
pastu taknak tanggalkan sampai berkejaran pula dengan umi..

tapi, memang sekarang budak Hadif sangat memilih,nak pakai baju tidur pun kena dia yang puilih..

T_T'

emmmm?


next solution?

umi dia akan pergi cari jugak baju melayu untuk dia pakai!!!

haha~



::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers