Wednesday, February 26, 2014

:: aja!aja!fighting!! ::

assalamualaikum..


video

moga hari ini semuanya baik-baik saja~

All the best!!

=D

Monday, February 24, 2014

:: hujung minggu di rumah tok ma ::

assalamualaikum..

setiap hujung minggu, perkara wajib adalah balik rumah tok ma..
kalau takde benda nak buat la..

Hadif pun tahu, hujung minggu mesti kalut nak siap-siap balik ke sana..


rumah tok ma sunyi je...errr.kalau takde cucu balik..
Hadif suka je kalau dia balik rumah tok ma, dia je ada kat rumah tu..
sebab tak perlu berebut nak main..dan takdelah drama air mata berebut itu ini..


kalau 25 orang cucu balik, apa yang Hadif buat?


 takdenye menyengih macam ni..


 takdenye main-main dengan hati gembira..

asyik mengekor umi ke hulu ke hilir..

 tapi minggu lepas, dapat explore sawah padi seberang jalan..
yang ni boleh kut buat rutin mingguan kat sini..

 balik minggu lepas, tok ma sediakan buaian..
agak-agak kalau ada 25 orang cucu tu balik, dapat merasa tak Hadif?
haha~



umi punya part pun best juga..
best kalau rumah tok ma sunyi..
sebab boleh beraksi di dapur dengan jayanya..

=D
kalau tak, ramai sangat assistant chef nak tolong che su dia buat hidangan..

menu hujung minggu lepas :

puding cincau!


 1 1/2 batang cincau dipotong dadu
ataupun cincang sesedap rasa..
ratakan di dalam bekas..
sementara itu, masukkan 500ml air,1 tin susu cair + 200g gula, kacau atas dapur sampai mendidih..masukkan castard (4sudu yang disebatikan dulu dengan 1/2 cawan air) + serbuk agar-agar ( clear ) 10gm..
kacau & tapis ke dalam bekas dan siap!
masuk ke dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih ohsem!


balik ke Bachok semula pada malam ahad, dapat tempahan last minute..

 ce teka aku siap buat kek kat atas sampai pukul berapa?

=D

Friday, February 21, 2014

:: rumah sebagai jodoh terbaik itu ::

assalamualaikum..

" rumah itu ibarat jodoh, jika ia sudah ditakdirkan milik kamu, percayalah, walau pelbagai rintangan dan dugaan untuk memilikinya..usaha dan tawakal yang berterusan..InsyAllah, ia akan menjadi milik kamu "


Alhamdulillah..



 rumah pertama..

errr...tak siap lagi ni.. hahaa~

aku ingat lagi, penghujung tahun 2009 bila Gazriz launch apartment ni..
ramai yang berkerumun, masa tu aku kerja di Penang lagi.. dan tak kahwin lagi..
dan baru beberapa bulan kerja.. en asben kol tanya, "nak beli rumah tak?" ada yang baru launch di tepi HUSM.. masa tu tengah teruja.. terus kata nak! tapi bila en asben pergi nak book.. dah habis!
masuk dalam senarai menunggu..mana taw ada buyer yang loan tak lulus, boleh masuk line.. =)
kerap juga en asben pergi tayang muka kat syarikat tu, dan Alhamdulillah, ada satu yang tak jadi.. bolehla masuk line.. untuk urusan jual beli aku tak ada masalah sangat, tapi masa tu tengah kumpul duit nak kahwain, lagi la dengar bebelan daripada salah satu ahli keluarga ni yang tak yakin dengan aku..aishh, sampai ke hari ni aku teringat kata-kata dia.. nasib baik aku tak termakan kata dia.. kalau tak melepas.. =)

masa aku sibuk dengan rumah ni, ramai yang musykil..
orang lain bila start kerja, perkara utama dorang beli adalah kereta..
aku? sampai sekarang tak de kereta sendiri.. apatah lagi basikal sebijik..
heehee~



98% siap!

ai! tak sabar..


rumah kedua ..

rumah ni aku dipaksa beli oleh ayah aku..
hahah~
sesungguhnya untuk rumah kedua ni banyak giler drama..
dengan tuan rumahnya yang sangat-sangat annoying..dengan kerenah banknya..dengan slownya peguam nak settlekan urusan..
okey, aku ambil masa hampir 6 bulan taw nak settle urusan jual beli ni!!!!!!!!

fuh~

semalam, Alhamdulillah..
urusan sudah siap sepenuhnya..



rumah depan rumah ayah aku..
haha~
rumah teres corner lot,dah ada penyewa-yang-ntah-bila-nak-keluar~

aku beli ni sebab aku ingat pesan ayah je 
" susah dulu sekarang, senang kemudian hari "

ah, sekarang tengah susah sikit.. 
kena usaha kuat sikit buat side-income..

=D

Tuesday, February 18, 2014

:: DKB : maggi ketam..eww~ ::

assalamualaikum..

ola,long time no see!
=D

semalam, masa balik kerja, mak suruh buat maggi ketam..
mak kata ketam ada dalam peti..
lalu mak + ayah +adik pergi kemas homestay, sekali di angkut budak Hadif..
dengan harapan, balik daripada tu, maggi ketam terhidang dengan jayanya atas meja..

lepas siap apa yang patut..
aku pergi ambil ketam dalam peti..
ketam nipah ayah kata, memang barang rare gitu..
nak dapat +- 2kg ni pun RM40!!

 sekali aku bukak plastik..
mak aii, ketam masih elok menari-nari dalam plastik!
oho..what to do..


lama aku dok tenung ketam ni..
ketam ni pun lama dok tenung aku dengan mata berkelip-kelip..
aisey..sedey pulak aku nak matikan dia..
selama ni tak pernah handle ketam secara lively hidup dengan jayanya macam ni..

tiba-tiba, aku teringat kata-kata ustaz " tumbuhan & haiwan sanggup berkorban diri mereka untuk manusia, agar manusia dapat menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi Allah"
pandangan agama indah jika dibandingkan dengan pandangan sains.. sekadar kitaran ekosistem..

=)

emm...dengan lafaz bismillah, dengan cabaran main sepit-sepit dengan ketam tu, berjaya juga siap maggi ketam ni..

ketam di potong dua.. rebus..

tumis bawang putih dan bawang merah..
masukkan balik air rebusan ketam + tambah pes tomyam + kiub ayam + masukkan udang + sayur + maggi 5 bungkus + ketam..

siap!!


kalau makan di kedai RM15-RM18 satu pinggan..

kalau di rumah, tak kan makan satu pinggan saja kan?

=)

Wednesday, February 12, 2014

Tuesday, February 11, 2014

:: kenangan zaman kanak-kanak ::

assalamualaikum..

=)

zaman kanak-kanak dulu, banyak mainan tradisional-sangat yang kita main,kan?
dulu mane ada tab, psp mahupun ps3 gitu..
pandai-pandailah kita kembangkan otak, cerdaskan fikiran dengan main dengan alam semulajadi..

sambil dedy bercucuk tanam dekat situ..

mari kita imbau kenangan bersama Abang Hadif..

=D

 happy bukan main..
tak pernah rasa katakan..

nak buat macam mana, dok di kampung mana ada playground..
=P

 pokok pinang depan rumah pelepahnya kecil..
muat la untuk dia sorang..



 pastu, dia suruh umi pulak naik, dia nak tarik..
kesudahan?

umi statik kat situ saja
T_T

Friday, February 7, 2014

:: Jejak Jepun : halal tour in Japan ::

assalamualaikum..

hampir setahun menjejak kaki ke bumi sakura,
tapi, aku tak putus-putus terima soklan pasal Jepun..
err..

=D

especially di Osaka..

bagi sesiapa yang berminat untuk stay di "homestay" di Osaka kami dulu..

anda boleh like di sini..


semua ada di sini..

just pm je..


pergi Osaka jangan lupa pergi Universal Studio Japan,taw!!!

=D



Thursday, February 6, 2014

:: bertani satu ibadah ::

assalamualaikum..

mari kita sama-sama menyahut saranan tok guru untuk berbakti kepada tanah..

banyak manfaat..

1. erat silaturrahim suami isteri.. muahaha~


 2. banyak peluh keluar.. err..  =D

 3. less indoor game / main tab / tengok tv.. it is not good untuk budak-budak tengah membesar  macam Hadif..

 main pasir + bergelumang dengan rumput lagi elok.. at least, hygiene kena jaga... badan sihat otak cergas gitu..

 sawi dah habis.. tengah semai yang baru..

4. Rezeki ada andai kita berusaha, InsyAllah..

=)


Tuesday, February 4, 2014

:: abc ::

assalamualaikum..


umi Hadif sekarang tengah addicted rakam video anak sendiri..
hakss..

video

k bye!

Monday, February 3, 2014

:: dinginnya ::

assalamualaikum..


bagaimana di tempat anda?


bangun pagi nak pergi kerja..

ku tenung pili air mahu mandi..

kenapa sejuk semacam saja pagi ini..

oit...check-check memang sejuk pun..

walaupun mentari memancar dengan cantik sekali..
Subhanallah..

=)

boleh tanam strawberri pulak lepas ni kat belakang rumah..
tak pun anggur..

hakss~


::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers