Monday, September 29, 2014

:: buah delima ::

assalamualaikum..

dulu mengandungkan Hadif, aku memang gila makan buah epal hijau..
sekarang ni, gila makan buah delima pula, bukan setakat aku je, budak Hadif pun sama-sama join, kadang-kadang tu berbalah dengan dia rebut buah delima..
=D

antara khasiat buah delima untuk ibu mengandung adalah :

*Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
*Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
*Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
*Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
*Mencegah rasa mual
*Mengelakkan kekejangan kaki (Alhamdulillah setakat ni tak kena lagi cramp waktu malam) 

Minggu lepas aku kena diarrhea + muntah tak henti-henti, 2 hari berturut-turut pula tu, memang lembik satu badan.. lepas tu MIL suruh rebus kulit buah delima, minum air rebusan tersebut..Alhamdulillah memang berkesan walaupun pahitnya Allah saja yang tahu.. =D

 Hadif selalu bagi alasan macam ni kalau nak berebut buah delima dengan aku..

Hadif : Hadif nak jadi pandai macam baby juga!!
*sambil rebut mangkuk buah delima dengan umi*


layan tv sambil makan buah delima..
separuh je baby dapat yang lain abang Hadif yang makan..



Bahkan ia turut dinyatakan dalam agama Islam seperti mana Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)dan “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi).

Tuesday, September 23, 2014

:: jjcm : aneka makanan berasaskan tiram ::

assalamualaikum..

kelantan memang terkenal dengan pelbagai aneka masakan, belum lagi dengan pelbagai jenis kuih muihnya..
sejak berbadan dua ni, aku suka JJCM dan tentu lah mangsanya adalah en asben, bawa isteri dia merata cari makan.. walhal berat badan aku sekarang ni turun lagi akibat muntah-muntah tak abis lagi..haii...
haks..

megi ketam, ada di mana-mana di kelate..
yang famous di pauh sembilan bachok @ di cherang ruku, pasir puteh..
habat sekali..

tapi menu megi ketam dah lama sangat dah pun kan?

so, discover menu baru pula..

TIRAM

haha..
kat kedai tu semua menu berasaskan tiram..

nasi goreng, mee goreng, bihun sup, megi tiram, tiram mentah cicah air asam..
pendek kata, semua tiram lah, kecuali dalam air..
=D



menu tiram yang mentah + air asam..

hai, ibu mengandung ni mengidam!

 dedy 2, umi 3..
haks

rasa dia memang umphhhh!!!
rasa masam, crunchy bawang goreng,pedas cili padi memang terangkat!


jangan lupa singgah ke kedai megi tiram di Pantai Kemayam, Bachok ye jika berkesempatan..
dibuka dari 1.30 tgh hari - tengah malam..
=)

*mau mengidam pizza ria di kb pula*
hakss

Wednesday, September 17, 2014

:: coming soon.. ::

assalamualaikum..

projek seterusnya semakin hampir siap..
touch up, touch up sikit-sikit..
kalau lumba dengan siput pun aku rasa siput lagi yang menang..
ha.ha.ha

adehla..
banyak betul halangan & dugaan..

ambil kunci dah bulan-bulan,
tapi bab nak siapkan tu memang slow nak mmmm#$%^&p je..
aku rasa budak syafiq tu pun dah lali dengan muka & panggilan aku..
ha.ha.ha

nak pasang grill kena ikut pattern dia..
tak ikut, burn deposit RM1500..
*banyak peel beli service apartment ni*
sekali aku tempah grill sebelum puasa..
2 minggu sebelum raya dah siap grill, tapi tak boleh pasang sebab cermin tingkap pecah, kena ganti dulu..
nak gantikan cermin satu tu pun punya lah liat kontraktor nak buat, sampai 3 minggu lepas baru siap pasang..

giler punya lama korang tahu untuk nak gantikan cermin 1x2kaki tu!!!
sebal aku dengan si syafiq..
syafiq pun dah tebal muka dengan aku..
hakss

 finally..
muka tukang grill senyum puas sebab dapat juga duit baki yang berbulan-bulan tunggu..

kerap sangat pergi tengok rumah, tapi rumah tak siap-siap..
terpaksa layan perasaan di kolam renang...
*ko jangan tanya mana budak Hadif*
hakss


semalam menjenguk lagi dengan penuh harapan..
muka dah boleh tarik senyuman..
kabinet sudah terpasang..
aircond pun sudah tidak kebocoran lagi..
kipas juga sudah siap terpasang..

dedy sudah tidak kesabaran..
siap mop lantai berkali-kali..
padahal si syafiq tu janji nak polish lantai khamis ini..
final touch dah katanya..

ah, syafiq.. janji lain..jadi lain..

tengok lah khamis ni jadi apa..
kalau tak siap lagi, memang sengal betul si syafiq ni..









Monday, September 15, 2014

:: short trip : kb-kuching.. ii ::

assalamualaikum..

bagi aku bandar Kuching taklah syok sangat untuk jalan-jalan..
kadang-kadang buntu nak pergi mana.. huhu..
* orang kuching jangan marah *
=D

tapi sebab light & easy punya travel, layan jela apa yang pelancong buat bila sampai Kuching..

Pasar Serikin yang bagi aku tak best & mengujakan.. kenapa orang ramai kat sini aku pun tak tahu..
hakhak..
tak beli pape pun, sekadar kenal tempat.. balik kelate shopping di Munduk lagi best..heee~

 semua kek lapis dicuba oleh budak Hadif..

Kek Lapis Dayang Salhah..
Semenggoh wildlife centre yang kelakar..
ok, memang kelakar dok dengar penerangan pasal orang utan, tunggu setengah jam nak tengok orang utan tapi orang utan tak keluar-keluar, rupanya aku dengar tourist guide orang putih tu kata orang utan kat sini keluar 2-3 kali je setahun, tu pun bulan februari / mac..
cesss.. hidup-hidup kena tipu..hahaha~

ubat hati yang lara, pergi tengok buaya..





video

 sini bukan setakat buaya.. macam-macam ada, tapi buaya memang banyak..
dah nama pun Jong's crocodile farm..
=D


beli ikan terubuk di Medan Satok..

=D

ok, dah habis..

short trip, oklah layan budak Hadif jalan-jalan..
lepas ni lambat lagi nak jalan-jalan sebab sekarang duit mengalir laju-laju nak siapkan rumah..
siap nanti, boleh launch homestay..INSYALLAH..

moga segala urusan dipermudahkan..
amin..

=)





Thursday, September 11, 2014

:: short trip : kb-kuching I ::

assalamualaikum..

masa airasia launched direct flight kota bharu-kuching, sempatla we olls grab the promotion..
yela, dalam mesia ni, tak pernah jejak lagi negeri bumi kenyalang, haruslah ambil kesempatan ni ye!

kb-kuching : seat promotion RM58 seorang (returns) giler murah kan?haks..
wajiblah beli, mane nak dapat.. =D
sekali dengan makan+minum+dapat hotseat+luggage total cost dalam RM100++ seorang..
macam rege tiket bus kb-kl.. muahhhaaahahaaa..
perjalanan ambil masa 1 jam 30 minit..

dan nasib baik aku dah lepas tahap kritikal 1st trimester..
cuma frust tak dapat pergi Taman Negara Bako sebab keadaan diri tidak mengizinkan..

so, jalan-jalan ke Kuching takla teruk sangat.. light and easy gitu..

=D

lepas tu, booking tune hotel untuk 3 malam dengan harga RM178 ( termasuk aircond 12jam & tax )
Alhamdulillah, dapat grab promotion lagi..
Tune Hotel ni strategik, dekat dengan waterfront..depan, tepi, belakang penuh dengan hotel 5 stars..Hilton, Pullman.. kita je bayar untuk 1 bintang dapat bilik 5 bintang.. hakss..
nak makan senang cari, sekitar waterfront penuh dengan foodstreet(waktu malam), warung nusantara (24jam),top spot (medan seafood) shopping mall pun byk area tu.. senang la nak pape pun..
shuttle bus pun ada dari airport ke hotel dengan bayaran RM9.99..

senang gitu..

cuma nak pergi jalan-jalan area kuching kena sewa kereta..jauh-jauh untuk ke satu-satu tempat..

boring-boring round Kuching, lepak je kat waterfront..
tengok bot.. muzik jalanan..makan-makan..



naik bot ke seberang sungai makan-makan.. beli kek lapis..

=D

to be continued~



Tuesday, September 9, 2014

:: welcoming 2nd trimester ::

assalamualaikum...


ehem.. ehem..

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH pemberi nikmat buat makhluknya..

segala doa dan perancangan kami untuk menambah ahli keluarga kecil kami tahun ini dimakbulkan oleh-Nya.. walaupun dengan keadaan diri yang struggle masalah kesihatan tahun lepas..Alhamdulillah =)

kehamilan kali ini amat berbeza dengan kehamilan budak Hadif dulu..

my 1st trimester? not bad, bukan setakat morning sickness, tapi all day sickness yang aku alami.. mungkin kerana berada di bulan puasa hari tu, tahap muntah,pening,loya,tak larat semua ada..sebab tu lahkan Islam membolehkan ibu mengandung untuk tidak berpuasa jika memudaratkan.. tapi Alhamdulillah, dalam tak larat, tahan sahaja berpuasa..
seperti semasa mengandungkan Hadif, aku juga bleeding pada minggu ke7..bangun pagi tengok seluar dah penuh dengan darah.. kalau Hadif dulu dapat mc 2 minggu, kali ni dapat mc 4 hari je,bleeding berakhir hingga hari ke-10..huhu..penat?memang lagi tak larat.. gangguan emosi juga memang terasa time ni sebab dengan suasana kerja yang sangat tidak kondusif..bunyi gerudi sana-sini dalam lab ni(lab under contruction)..sabar jela kan..
berat badan? turun sikit.. 2 kg je pun..hakss.. tapi okla..harap kehamilan kali ni jangan naik sampai 17kg macam dulu sudahla.. =p

Hadif pun dah faham dia nak jadi abang... aku rasa gap 4 tahun ni dah cukup bagi kematangan kat dia..hikss




now, i'm in 2nd trimester..

semoga segala urusan dipermudahkan oleh-Nya..
amin..

doakan kesihatan aku & baby baik-baik saja kali ini..

it's a miracle called anugerah..

another little H coming soon..end of february next year..INSYALLAH..
*xde tarikh cantik nak cakap kat baby suruh keluar nanti macam abang Hadif.. ;p*


=)

p/s : i wish for a baby girl this time.. =D

Monday, September 8, 2014

:: dedy turns 26 ::

assalamualaikum..

dedy turns 26 today!!

HAPPY BIRTHDAY, DEDY!!!!!!



pagi-pagi lagi hari ni gaduh dengan Hadif..

umi : hari ni birthday dedy, cakap happy birthday kat dedy
hadif : bukan!!!!!! birthday Hadif hari ni
umi : birthday dedy  la hari ni, birthday hadif 11.11
hadif : bukannnnnnnn!!!!!!!! birthday hadif la
umi : yela-yela.. hmmm

dedy : *cool*


semoga dedy diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan yang mendatang dengan penuh kesyukuran..

amin

=D

Sunday, September 7, 2014

:: Hadif on the board ::

assalamualaikum...

seronok tengok perkembangan Hadif dalam flight..
dari seawal 4 bulan sampai sekarang..
Alhamdulillah takde lagi acara melalak dalam flight setakat ini..
paling common pun, dok bertegur sapa-salam-orang depan belakang..


video

perjalanan 1 jam 30 minit berjalan lancar bila budak ni minum susu & terus tidur bila kapal terbang nak berlepas..


bangun tido bila dah siap touch down..


good boy.. nanti kita cerita  percutian pendek kita nanti ya!

=D

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers