Thursday, February 11, 2016

:: cuti CNY ::

Assalamualaikum...



cuti panjang raya cina, kalau di Kelantan hebat yang amat..
hebat dengan traffic jam...grrrrr...

raya tahun baru cina sama hebat dengan raya kita, jem ada di mana-mana..
haha..
lagi lah cuti raya CNY ni la ramai yang buat kenduri-kendara..

masa habis dekat atas jalan raya je..



Seperti biasa.. ooo semm je nak  pergi kenduri yang mana satu..
kalau sehari 3 jemputan, so 1 je dapat hadir..
haha.. maaf..

kalau tak dikenangkan kawan baik masa kerja kat Penang dulu, aku tak redah jem 4 jam ke kuala terengganu..
haha

sampai-sampai rumah Najwan, katering dah bungkus..
haha..
so, kitaorang jadi penutup majlis dia..
hehe..
dan seperti biasa, tiada gambar dengan pengantin..haha..
buat Najwan & isteri.. Barakallahu..

memori betul dengan budak sorang tu bila dikenangkan kembali sesi-luahan-perasaan-masa-dia-putus-cinta-dulu..hahaha


last but not least, buat ronda anak-anak.. Hadif tak pernah minum teh madu pok mat, bawakla dia..
tapi biasalah kalau dah public holiday, warung pokmat memang full-house,aku nak cadang tambahla kakitangan masa public holiday, kesian kat pelanggan gitu..
lepas tu, boleh pula singgah kat kedai baru minum kopi o bandung..
sedap jugak..
manis-manis pahit gitu.. =p

sekian..baik masuk kerja daripada cuti sepanjang minggu ni..=p







Thursday, February 4, 2016

:: anak buah baru ::

assalamualaikum...

cak!!

kucing paling gebu kat rumah setakat ni, aku cakap kat mak nak jual, mak tak kasi..haha

dalam sibuk-sibuk minggu lepas, we olls sempat saja p utara, tengok anak sedara baru..
heeee



presenting to u olls, Muhammad Fattah, semangat tak ingat budak ni..patutlah perut mama dia besar lain macam je masa mengandung..

=)
moga membesar dengan sihat dan soleh..
amin..



Lepas tu sempat juga ke kenduri anak jiran di Jitra..

nak tunggu rombongan memang lambat la kan..
maka,nya penuhkan folder phone dengan selfie..
haaaa..

orang asal jumpa Hazim akan cakap budak ni budak korea tak pun jepun.. hahaa..
dengan mata sepet, gaya rambut macam seo jun dalam the return of superman..
haha.. memang umi dia gila tengok cite tu masa pregnantkan budak ni.. heee
Tapi hakikatnya, ai memang ada darah cina dari moyang tapi bila generasi ke-5 baru keluar balik mata sepet.. T_T


Hadif bila buka phone umi dia,tengok gambar dia xde pun selfie dengan umi-dedy mula lah pot-pet-pot-pet..
sekali umi-dedy nak selfie bukannya nak bagi pose maut..grrr..

Dan maaflah, takde gambar dengan pengantin..
haha~


Last but not least, nasi talam jangan dilupa untuk dimakan..

Alhamdulillah


sampai kelantan balik, bersengkang mata aku siapkan presentation nak present esok harinya..

haha..
Alhamdulillah, nasib baik under control..

Habis present, pegawai dokumen suruh buat SOP,masukkan dalam rekod.. bulan 4 audit nak mai..

adeh, bertambah lagi kije..huhuh



Thursday, January 28, 2016

:: dedy's sweet escape ::

Assalamualaikum..

Nak settle down untuk semua kembali sihat dan bertenaga memang ambil masa..
Lepas BangHadif recovery elok-elok, aku pula yang KO,
demam selesema kembali menyerang..huhu
gagah kan jua datang kerja..

Kerja melambak, bos bagi dateline sampai minggu ni nak siapkan Lab Information System (LIS),minggu depan present dan release untuk department..kahkah..

haru aku minggu ni..
Siap test server semalam, fuh..selamat satu stage..
nak capture buat presentation pula.. berpinar mata ngadap pc..hahaha..

sekali pagi semalam server satu lagi breakdown..hahaha.. naya aku.. T_T

biarlah, anggap saja sebagai cabaran.. ehem..

ni cerita pasal en asben yang dapat juga release tension..
bagai mengantuk disorong bantal gitu, kawan dia ajak masuk hutan..

bila aku dengar je cite dia, berangin je aku.. nak pergi jugakkk!!!
haha..

so, bye-bye dedy!!!



lokasi nya di Cameron Highland

misi : Ringlet-Pos Lemoi-Ringlet



Penganjur : Majlis Belia Malaysia



makan jangan cakap lah, mewah sekali dengan kambing di bawa masuk hutan..semua orang sponsor katakan

suhu 16 darjah celcius..


2 hari 2 malam terputus hubungan dengan dunia luar

sekali keluar,
muka poyo wassap kat bini..

cisss..

sekali keluar hutan, tangki air bocor..


hahaha~

nasib baik ada kawan kat cameron highland boleh pinjamkan kereta balik rumah..

kuikui..

good experience, balik rumah mengigau nak pakai 4x4 pulak..

alasan boleh bawa anak bini masuk hutan tiap-tiap bulan..

=p

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers