Monday, July 29, 2013

::umi,wakpe? ::

assalamualaikum..




 sambil-sambil ambil bola dalam bilik, tengok umi landing atas katil pun sibuk bertanya..

"umi,wakpe?"

"umi main telefon"

"tenyummmmm..."

"lorrrr?"

ambil jela gambar dia,ambil hati..

hahaha~

"dah,umi ambil doh gambar Hadif"

"k,bye!"

lalu, berlalu lah dia sambung main bola..

Wednesday, July 24, 2013

:: DKB : rahsia side dish ::

assalamualaikum..

ini rahsia aku nak tambat hati budak-budak kecik mahupun orang tua sebaya nenek aku ..
selain buat kek yang sekali makan-nak-lagi-makanlah-sampai-muakss..

=D

ia adalah PIZZA

hehe~


base

125 g tepung gandum..
1 sudu susu tepung.. curik susu dutch lady Hadif... hehe
1 sudu yis
1 cawan air suam..

campur semua, uli secukup rasa..
biarkan selama 45 minit dengan dilapik oleh kain basah..

bila sudah gebu, masukkan dalam loyang, bakar selama 15 minit..

topping

sekeping daging cincang
1 ulas bawang besar-dicincang
tumis.. dan masuklah ape-ape lauk yang nak dimakan..sayur aku letak carrot & nenas..

pastu base yang siap dibakar tu, kita letakkan sos cili + mayones..
campur elok-elok, baru letakkan topping..
dan letakkan cheese + mayonis + oregano..
bakar 10 minit..

siap..

side dish buka puasa..sekali pulun xsempat nak moreh..

nenek aku buka puasa kat rumah semlam..
dia cakap " sedap pada kat kedai!"
terrr.. hebak!






Sunday, July 21, 2013

:: nafsu mak-mak ::

assalamualaikum..

aku kalau pergi tesco ke supermarket biasa mane-mane pun, mesti heran bila tengok mak-mak beli susu mahupun lampin pakai buang sampai penuh satu troli..
macam " fuh, hebat giler stok anak dia,untuk sebulan ke ape?"

sekali bila kena kat diri sendiri,
mmm.. bolehla jugak tahannya..
=p

selalu aku keluar beli keperluan Hadif bila stok susu ataupun lampin dah nak habis,
iaitu dalam 2 minggu sekali,
bolehla ada alasan nak keluar pergi mall acap sikit..
heee~

sekali pergi tesco hujung minggu ni,
aku tengok mak bapak dok berkerumun kat satu sudut macam ada happy hour pula..
sekali tengok..
lorrr..berebut stok susu rupanya..

sekali berjangkit kat diri sendiri..
haha~

rebut mane patut..
dapat 3 kotak, bolehla buat stok untuk sebulan setengah..

" huish, kalau tiap-tiap bulan macam ni best jugak,dah jimat berpuluh-puluh ringgit untuk susu Hadif"


dok labur duit beli susu anak moga anak membesar dengan sihat dan kuat..

tapi persiapan raya, satu pun tarak lagi.. hakss..=p

budak Hadif, sampai sekarang tak pandai-pandai buat "peace"..
=)

p/s : makcik eyie, we olls pi makan jugak burger bakar tu!!!double lagi...heee

=P

Thursday, July 18, 2013

:: letih lebih pada orang berpuasa ::

assalamualaikum...

selalu, kalau tak join femeli pergi qaryah ramadan di stadium sultan mohamad,
aku dok rumah dengan budak Hadif je..

rutinnya, lepas berbuka puasa, semua orang rushing bersiap pergi terawih..
aku solat maghrib dulu..lepas tu, bancuh susu bagi kat Hadif,letak dia dekat tv..
dia layan tengok tv, aku pergi mandi..lepas mandi siapkan iron baju untuk kerja esok..

kalau budak Hadif boring, dia akan pergi ketuk pintu bilik air..
"a'kum...tok!tok!umiiiiii!!" *itu adalah dialog rutin dia*

* berdikari punya anak*
=D

TAPI,

lepas mandi,aku keluar bilik air..senyap je rumah..
"leka tengok tv kot"
terus siap iron baju, pergi ke ruang menonton sambil panggil dia..
"Hadif!Hadif! buat apa tu?"


senyap...



emm?





 =D
alahai anak, letih lebih daripada orang berpuasa pula dia..





Tuesday, July 16, 2013

:: bila dedy masuk dapur..::

assalamualaikum..

semalam, masa lunch hour, dedy ajak pergi beli barang dapur..
katanya mahu masak arini..
acece.. tapi aku tak ikut sebab ada tadarus.. =D

balik kerja, dok korek-korek cite dedy nak masak apa..sampai ke sudah katanya rahsia..
tunggu dan lihat..

ye, bila dedy masuk dapur..
jangan kacau atau tegur cara dia masak mahupun cara potong bawang..
nanti tak pasal-pasal benda lain pula jadi masakan dia..
=p

 300ml susu segar + 2 biji telur..
pukul sampai sebati..

 daging kisar 2 keping..

 ditumis dengan bawang besar & bawang merah..
jangan lupa letak seasoning secukup rasa..

 roti gardenia dicelup ke dalam susu tadi, dan susun dalam loyang..

 sila pakai loyang non-stick agar tak melekat-susah banar-pakai-yang-biasa-walaupun-letak-marjerin..

 lapiskan dengan tumisan daging tadi & letakkan cheese..
molek-molek letak keju mozzarella baru terangkat..

 tekun tak dedy masak?
haha..

 lapiskan kembali dengan roti dicelup susu tadi & letakkan keju + siram susu selebihnya ke atas roti tadi..
nak sedap lagi tabur oregano atasnya..

bakar 30minit pada suhu 180 darjah..

 setia menunggu..
=p



hasilnya?








" D, apa nama benda ni? "

" entah..haha..makan jela"

ok, sila makan dengan sos!

sedap!

=D

Sunday, July 14, 2013

:: urusan di bulan ramadan, moga dipermudahkan segalanya ::

assalamualaikum..

tirai ramadan tahun ni dimulakan dengan banyak perkhabaran baik & buruk..
dalam hati dok berdebar-debar sampai lupa nak update blog..
heee~

 sempena mengambil keberkatan di bulan yang mulia ini..
moga apa yang dikhabarkan, moga segala urusan ke arah penyelesaian menemui titik noktah yang menggembirakan..
kami berusaha sebaik mungkin, moga Allah permudahkan segala urusan ini..
amin..



bila balik kerja, tengok muka budak ni,
hilang seketika stress yang melanda..
benarlah,
anak itu penghibur di kala susah dan senang..
=)

Wednesday, July 10, 2013

:: salam ramadan ::

assalamualaikum..


tahun ni berbeza dengan tahun lepas sebab tahun lepas struggle dengan fully-breastfeed budak Hadif..tapi Alhamdulillah perjalanan puasa yang lalu berjalan dengan lancar..

moga ramadan kali ni berjalan dengan lebih lancar & selesa..

tahun ni meriah sikit sebab adinda-adinda aku ada kat rumah...
yang di perantauan sudah jejak kaki ke tanah air sabtu lepas..
yang bongsu nak berkepit dengan family sebab dah 5 tahun dok asrama..

dan budak Hadif yang semakin hari semakin lincah berbicara..

meriah sekali suasana puasa tahun ni..


selamat berpuasa untuk semua..
=)

Sunday, July 7, 2013

:: main boling sangat ::

assalamualaikum..

hujung minggu lepas sempat join boling anjuran jabatan aku..
apa yang penting, enjoy la walaupun aku main separuh jalan sebab dok berkejar dengan budak Hadif..

bukan kejar sangat pun, cuma layan dia..
takleh fokus main tanpa tengok-tengokkan anakanda..

 pakcik kat belakang pula yang terlebih sengih..
hakhak..

gilir-gilir jaga budak hadif..

 tak banyak songeh pun..
first round, ok lagi..dok layan baca buku..


abis je baca buku, mula lah mencari aktiviti lain..

iaitu..



penyokong kuat dedy dan umi..
dok jerit " umi hebak!!" , "dedy hebak!!"* sambil tepuk tangan*
haha..
orang sekeliling dok gelak kat dia aje..
biarpun umi baling masuk longkang, dia tetap tepuk sambil jerit "umi hebak!!"

bagus punya anak..
*muah*
=D

 jabatan patologi..

big boss bagi ucapan..
*sempoi punya head department*

walaupun kalah, tapi tetap menang dengan sorakan budak hadif..

=D

dah lama tak main, sejak mengandung sampai sekarang, maunyer longkang saja main benda ni..
ha..ha..ha

tahun depan, ada rezeki,kita main lagi~


Wednesday, July 3, 2013

:: dulu lain, sekarang lain ::

assalamualaikum..

dulu-dulu..

kena berkejaran nak buat benda ni..
bila dah dapat, bertempik, satu rumah boleh dengar..

sekarang-sekarang..

suka benar-benar orang mahu korek/cuci telinga dia..

dah matang agaknya..

heh~

Tuesday, July 2, 2013

:: suprise dinihari ::

assalamualaikum..

lepas je kelate menang bola malam ahad tu..
dedy cakap nak bertolak lewat balik kelate..
nak window shopping bersama geng dia katanya..
yola, kalau kelate kalah pun malam tu, sure lepas match tu dedy terus balik kelate..
haha~
tapi sebab menang, hati gumbira kena la round-round kuala lumpur dulu..

maunya pukul 6.30pm baru bertolak balik kelate..
apa yang dijangka?
kalau dah konvoi 3 biji kereta, asyik berhenti-minum-air-lepaking-tegangkan-urat..ko harap dia sampai pukul berapa ke rumah?

biar lambat asalkan selamat..

emm..
pukul 3.15pagi sampai kat rumah!!!!!!
grrrr..sabo je la..
bangun bukak pintu, ambil sweater,pastu tutup balik pintu rumah-sebab-tak-nak-kucing-masuk..
pergi bilik air, alang-alang dah bangun ni, eloklah mengadap Tuhan,kan?
siap2x, nak landing balik..dedy cakap cuba bukak almari..
aku dengan mamai bukak jela..

sekali,mata yang kuyu jadi segar..
=D
 

okai..
terharu hokey!!!

* ni mesti nak buktikan dedy tu romantik la tu*
haha~

tak bagi ape-ape pun, dah bersyukur dapat hubby macam dedy!
hikss~


umi : dedy, raya tahun ni tema kaler pink ok?
dedy : hah mane boleh!!

hahaha~

Monday, July 1, 2013

:: hujung minggu yang panjang ::

assalamualaikum..

kelate cuti panjang sikit wiken lepas, kan sebab bola..
wajiblah dedy turun kl bagi semangat..dan tak bawak aku & Hadif bersama..
takpe, kita tunggu Hadif jadi berani sikit baru kita melangkah masuk ke stadium bukit Jalil..
heh~

maka, aku minta izin pakej 3 hari 3malam untuk keluar rumah..
malas nak telefon/sms tiap kali nak kluar rumah....
hehe~

jumaat, sebab bff semua ada kat kampung..
maka buat plan nak lepak malam-malam..
haha~
keberangkalian aku nak keluar rumah malam-malam untuk lepak dengan kawan-kawan adalah 1 : 3-5 tahun sekali..
baik tak?
=D
last sekali keluar malam dengan eyie, rasanya 3-4 tahun yang lalu, itupun tolong dia buat assignment wayang kulit..
=D

peluang ini tak akan dilepaskan dengan sewenang-wenangnya..
hadif tinggal dekat mak..
hehe..


lepak makan chimchum dekat 2 jam..
pastu pergi merayau kat pasar borong wakaf che yeh sampai 12tengah malam-ayah-telefon-tanya-tak -ingat-jalan-balik-ke?
heh~

oiii...bestnyee terasa...
bila lagi mau melepak macam ni..
* anah tak dapat join sebab esoknya ada test untuk student, kalau tak lagi haru rasanya*

sabtu, teman mak & adik sopim baju raya di bazar tok guru..
sekali semua dah siap beli, aku berkenan baju kat atas..
wassap dedy, tanya nak-beli-baju-ni-boleh-tak?
dedy cakap " raya tahun lepas dah kaler ni!!!!tak boleh-tak boleh"
hahaha~
saja test!

balik rumah, kena food poisoning..
aku sorang pula tu yang kena..
nasib baiklah, kalau 1 rumah?
hoishh.. sebab aku sorang je makan benda lain masa kat kedai makan tu..
solusi : muntah & keluarkan segala yang ada dalam badan, minum air kelapa & 100plus tanpa gas.. baik juga akhirnya.. =D


ahad, bangun pagi, rasa lembik lagi... tiba-tiba rasa badan ringan aja..haha
tapi okla daripada semalam..
kena kuat semangat sebab nak buat kek orang tempah..
2 biji kek keladi, 1 kek carrot untuk makan jamuan malam tadi..

rezeki murah sebelum ramadan..

=)

da!

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers