Wednesday, November 26, 2014

:: selongkar khazanah berharga untuk nursing ::

assalamualaikum..

Dulu masa pregnant Hadif tak pernah pakai seluar pregnancy,kali ni gatal nak pergi cari..haks
last weekend masuk butik cari seluar pregnancy, sedang khusyuk belek-belek seluar, salegirl tegur dari belakang , " akak, itu seluar untuk orang mengandung.."
pastu, aku pusing mengadap budak tu, dia macam freeze.. tak pasal-pasal tak jadi beli seluar pregnancy.. motif??

=P

Memasuki fasa trimester ketiga, semalam baru selongkar balik harta masa babyhood Hadif..banyak yang tak tersusun sebenarnya, bila anak masuk 6 bulan, baju 3 bulan ke bawah sumbat dalam 1 kotak, bila anak masuk 12 bulan, sumbat stok 6 bulan dalam 1 kotak.. dah sekarang anak dah masuk 3 tahun, banyak la kotak nak selongkar..haishh.. paling  pening semalam, rasanya nak cari BREASTPUMP & aksesorinya

hakss..

dalam kotak tu ada separuhspare part, dalam kotak tu ade separuh sparepart..
cantum-cantum balik.. dengan lafaz Bismillah ,tekan butang ON dengan harapan berfungsi dengan baik lagi.. setahun setengah tersimpan rapi, mana taw rosak ke hapa ke, kan?

Alhamdulillah, well functioning.. suction pun kuat lagi.. =D
kalau tak kena suruh en asben servis..
*en asben yang terror servis breastpump bini sendiri*
=)


 Lepas tu, ada la pengacau datang menyibukkan diri..
macam-macam soalan nak kena jawab

 "umi, apa ni?"
"Hadif nak buat!"
"umi,dia bunyi la"

masuk pula dengan dedy kacau daun
 "Hadif, letak kat dada Hadif, jadi macam mana"
sengal punya dedy!


ok, siap jadi penyedut taik telinga..

=P

so, dah kemas-kemas ni..
dah boleh buat list untuk shopping baby..
mana yang boleh guna lagi, kita jimatkan dekat situ..

=)

dedy : banyaknya barang Hadif, kalau dapat adik perempuan, banyak baju yang tak boleh pakai
umi : takpe, baju Hadif bukannye semua kaler boboy..hehe

u olls, masa 1st pregnancy tu, jangan terlalu excited beli semua barang kaler pink jika anak perempuan, begitu lah sebaliknya.. fikir untuk jangka masa panjang..
so, beli lah kalerpol..

=D






Thursday, November 20, 2014

:: 26 weeks ++ : baby girl or baby boy? ::

assalamualaikum..


Alhamdulillah, dah masuk minggu 26 minggu ++ dah kehamilan kali ini..
tak banyak sangat cerita pasal 2nd pregnancy kan? kesian adik Hadif ni..
huhu..
maafkan umi, kadang-kadang struggle dengan masalah kesihatan, lupa seketika dengan baby..

Alhamdulillah, last check-up minggu lepas semuanya ok,
berat baby pun ok walaupun umi dia baru naik 4kg..
haha, tak sia-sia diet mengandung kali ni.. =p
diet-diet jugak, lagi la sekarang aku tak berapa sembuh lagi dengan Herpes tu, makan pun berpantang uolls.. jadi vegetarian sekejap..sekejap je,pastu tengok makanan sedap yang tak boleh makan, try juga rasa,pastu mula la mengadu sakit kat en asben..haha..*insaf*
en asben cakap, sila pantang sampai bersalin.. ciss

little H kali ni memang aktif sangat berbanding abang Hadif dulu..
doc nak capture gambar pun susah..hehe
Alhamdulillah, everything is fine..

so, baby girl or baby boy?







jawapan : tak tahu lagi... huhu.. baby main cikucak dengan kami masa scan aritu..so noty..

 tengok, nenek dah excited beli baju untuk baby.. 
beli pink sepasang, biru sepasang..haha

umi & dedy rilex je lagi..sesungguhnya pengalaman mengajar kita erti sabar gitu..
*padahal sebab tak tahu gender tu yang rilek je, kalu dah tahu, aku rasa sama naik dengan nenek je ni..hehe*


sekarang ni lebih kepada ilmu rohani + persiapan mental nak menghadapi kelahiran..sebab dah tahu sakit bersalin macam mana, so, yang tu kena prepare mentally..haha..nebes2x..

minggu ketiga kena Herpes, kulit jadi menggelupas & kasar dan rasa nak garu je sebab gatal teramat..
pakai toner ke, losyen ke, minyak zaitun mahupun minyak baby,semua tak jalan..

adehla, dugaan betul..

nak buat macam mana, dah terkena time mengandung, takleh buat apa..

moga semua baik-baik aja!

amin..


Wednesday, November 19, 2014

:: tak sempat buat housewarming gitew ::

assalamualaikum..

lama tak cite pasal progress rumah pertama kami..
ehem..
progressnya terlalu cepat, macam baru je gaduh-gaduh dengan si shafiq budak technician tu-sampai -dia-pun-sebal-agaknya-dengan-aku..dan-dan touch-touch-up sikit, gatal test market kat mudah.my, rezeki berduyun-duyun permintaan daripada penyewa..

rezeki anak, Alhamdulillah..
tak sia-sia beli aset dalam bandar, lagi-lagi masa beli baru je masuk kerja.. struggle oit!!
sekarang dah boleh menarik nafas lega... Alhamdulillah
=D





dan-dan saja we olls  cross Siam pergi shopping cadar baru,hakss..set cadar kat sana murah u olls,dahla cantik-cantik..
siap-siap apa yang patut sebelum penyewa masuk..

sekarang, Hadif selalu request nak pergi rumah baru, nak pergi mandi kolam..huhu, tapi tak boleh nak buat macam mana dah.. =D

banyak lagi nak touch up, kumpul modal dulu la nampaknya..
InsyAllah kena terjah ke IKEA, cari idea untuk studio house kami ini..

=D



Sunday, November 16, 2014

:: Hadif, 3 tahun ::

assalamualaikum...

Alhamdulillah, anak teruna i dah masuk 3 tahun pada 11.11.14 ( selasa) yang lepas..ahakss, nampak sangat umi sekarang busy body tak sempat buat entry birthday anak sendiri..haks..

yo yo oo je umi & dedy apply cuti pada khamis ( 13.11.14) * kelantan cuti keputeraan pada 11.11.14-12.11.14, sambung dengan weekend, dapat 5 hari cuti free* tapi last sekali dok berhibernate dalam rumah je.. plan cuti-cuti malaysia tak jadi-ntah-ke-mana..
huhu..

aku tak buat birthday party pun apatah lagi buat kek untuk anak sendiri.. tahap malas + sakit masih bersisa-sisa.. 

nasib baik bff, anah ajak datang rumah, makan kek coklat..so anggaplah tu je kek hari jadi Hadif..haks.. thank you very much cik anah untuk kek dan hadiah hari jadi..

Hadif & cik anah..

hang out kejap, konon-konon nak cari kek birthday, last sekali kedai kek tutup, mostly banyak kedai tutup sebab cuti,kan..

last sekali beli big apple, makan dalam kereta..
hahaha~




lahirnya Hadif, membawa erti besar dalam hidup aku, hari ini juga aku bergelar umi,belajar dari kosong tentang anak sampai sekarang masih bertatih untuk mengutip pengalaman baru sebagai ibu..

umi & dedy doakan Hadif membesar dengan sihat jasmani & rohani..
amin..

* sila bandingkan muka sebelah kanan & kiri aku, hahaha.. masih belum pulih sepenuhnya.. kedut & bengkak bawah mata belah kiri masih kelihatan, bak kata en asben, macam kulit nenek-nenek..cessss *

Abang Hadif..
teringat dulu-dulu, aku selalu doa kat Allah agar Hadif lahir pada 11.11.11, walaupun edd dia dulu 22.11.11.. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku untuk melahirkan dia pada tarikh cantik tersebut..
=D

untuk adik Hadif coming soon bulan februari 2015 InsyAllah, ini.. ada tarikh cantik tak agak-agak?

15.02.15, perhaps? amin...

=D

senang nak ingat, sebab umi Hadif ni memang KO dengan nombor-nombor ni..
hiks.. 


Happy belated birthday, Ahmad Hadif Abdullah Hafiz !!


love,
umi & dedy

Thursday, November 6, 2014

:: postherpetic neuralgia ::

assalamualaikum..

=)

"Postherpetic neuralgia is a nerve pain due to damage caused by the varicella zoster virus. Typically, the neuralgia is confined to a dermatomic area of the skin and follows an outbreak ofherpes zoster (commonly known as shingles) in that same dermatomic area. The neuralgia typically begins when the herpes zoster vesicles have crusted over and begun to heal, but it can begin in the absence of herpes zoster, in which case zoster sine herpete is presumed.."


ye, sekarang aku tengah struggling dengan postherpetic neuralgia selepas 2 minggu kena Herpes Zoster..

secara luarannya, nampak semua dah sembuh.. no more rashes or blister... tapi hakikatnya penangan nerve pain ( sakit yang tak nampak ini lagi menyeksakan).. lagi-lagi bila di muka, urat saraf di mata + gigi memang terbaiklah penangan dia.. memang hari-hari tidur tak lena..

huhu..

"Postherpetic neuralgia is thought to be nerve damage caused by herpes zoster. The damage causes nerves in the affected dermatomic area of the skin to send abnormal electrical signals to the brain. These signals may convey excruciating pain, and may persist or recur for months, years, or for life."

huhu... kalau terpaksa bertahan untuk tempoh recovery berbulan-bulan, takpe, tapi kalau seumur hidup? Nauzubillah, minta dijauhkan..

In the United States each year approximately 1,000,000 individuals develop herpes zoster. Of those individuals approximately 10-18% develop postherpetic neuralgia.

tengok? aku adalah insan bertuah yang kena menghadapi secebis ujian daripada ALLAH 
SWT



memandangkan aku tengah preggy, doc tak boleh bagi ubat sebarangan.. aku hanya 

bergantung pada PCM walaupun pada hakikatnya telan PCM pun tak jadi apa..


huhu...


 bila sakit menyerang, rasa nak hantuk je kepala kat dinding...  

sila abaikan aku bila tengok aku muka berkerut & kadang-kala masam tak bertegur sapa..aku 

tengah struggling nak adapt dengan persekitaran sakit ini yang mengambil masa untuk pulih..


moga aku tabah!

amin..

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers