dah hampir 3 hari aku hidup tanpa telefon..
terasa diri sangat hebat.. ha ha ha..
tapi lagi hebat adik aku yang jauh di perantauan, boleh hidup tanpa telefon lebih setahun.. *salute*
mula-mula mati kutu..
tanpa melihat update terkini.. di IG, fb mahupun google.. twitter aku tak main.. ;p
tapi ada hikmahnya..
jika dulu apa yang kau capai selepas solat?
telefon..
sekarang tidak lagi..
selepas doa, tangan capai Al-quran..
itu paling terkesan..
power tak power Allah uji..
yang pentingnya, komunikasi dengan Allah dulu..
dunia yang lara ini, selepas itu pun boleh..
lara lara pun, komunikasi laki bini mahupun ahli keluarga patut didahului juga..
baru hidup itu diberkati.. ingat nak dok di dunia ni untuk diri sendiri ja ka?
kurangnya, kau lambat tahu perkembangan terkini..
"eh, esok ada sambutan raya sekolah Hadif"
nasib baik ada akak sama-sama hantar anak ke sekolah itu..
pengasuh Hazim hantar mesej "kenapa lambat datang ambil Hazim hari ni?", pun dibalas sepi..
nasib baik pengasuh memahami dan baik hati.. he..he
tak tertahan , en asben yang dok cari pengganti telefon untuk bini dia ini..
nasib baik ada PA yang baik hati..
tapi tak jumpa yang berkenan lagi di hati.. =p
ada sapa nak jual iphone 5s gold edition? bak sini!!!! =p
Hazim sekarang pun tengah giat berkomunikasi dengan apa saja depan dia, seiring dengan pot-pet-pot-pet diiringi dengan air liuq mencurah-curah.. =p