Assalamualaikum...
ehemm....
baru terbuka hati dan perasaan nak bercerita akan diri sendiri..
Alhamdulillah...
aku sekarang tengah hamil untuk kali ketiga.. =D
dah masuk 30 minggu dah pun..
hahaha~
sorry baby the 3rd H, baru sekarang umi ada masa, peluang dan ruang untuk bercerita..
dulu mengandung banghadif, hari-hari nak bercerita..
mengandung bangHazim, selang-selang hari berkongsi rasa..
ini mengandungkan kamu, masuk 3rd trimester baru nak war-war kan berita..
ngeee~
kisahnya kerana kesibukan peribadi dan kerja..
dah ada anak dua, tak terdaya nak update cerita selalu, lagi pula tanggungjawab di tempat kerja semakin menimbun..
lagi-lagi jarang update cerita pasal diri dekat laman sosial..
mengandung kali ni memang anti-sosial sikit..
nak update status kat fb mahupun IG pun malas, apatah lagi nak mengadap depan lappy..
lagipun mengandung kali ni orang tak perasaan pun perubahan fizikal, masuk 6 bulan baru orang sekeliling perasaan dan bertanya..
haha..
aku pun bukannya jenis huha-huha,nak gemburkan hal macam ni seantero dunia.. =p
orang bertanya, kita jawab dengan ikhlas dan jujur gitu..
haaa
agaknya perubahan umur dan kematangan rasanya.. =p
yang lagi best bila family, saudara terapat pun tak tahu kita mengandung..
lepas tu kecoh satu rumah di pagi Aidil Adha lalu..
hahaha..
bikin kecoh bukan nak sembelih lembu tapi kecoh pasal aku mengandung mak sedara sepupu sepapat tak tahu.. =p
best taw perasaan macam ni.. =p
macam orang dulu-dulu..
baru nak suprise semua orang bila bersalin nanti, tapi tak jadi sebab semua balik kampung sambut raya Haji yang lepas.. hehe
Alhamdulillah, mengandung kali ni semua berjalan lancar..
takde alahan, takde keletihan..
smooth je rasa, kadang-kadang rasa macam tak hamil pun ada..
ada hikmah juga kan sebab hamil jarak dekat dengan Hazim dulu.. selang setahun je nanti dua beradik ni..hehe.. tu la kami plan nak dekatkan jarak anak sebab Hadif-Hazim jarak jauh, nak merasa pula anak jarak umur dekat macam mana pula..haru ke tidak..Alhamdulillah, Allah bagi rezeki untuk kami..
so far, Hadif la paling excited, Hazim tak paham apa-apa lagi..
Hadif dengan dedy sama naik tahap mengidam..
nak makan itu nak makan ini..
i is rileks je..
cuma nasi kena telan waktu pagi je.. tu pun seciput je..
kalau makan nasi 2-3 kali sehari, mula la sebu badan..
baguslah, diet betul pregnancy kali ni..
haha..
berat badan pun baru naik 4kg, memang total bagi kat baby..
berat umi dah ideal agaknya setakat ni..
janji checkup perkembangan baby seiring dengan usia baby dalam kandungan..Alhamdulillah..
dan aku pun terlepas daripada minum air gula.. =p
dan sebab dah ada pengalaman mengandung kan, so tahap kesedaran diri pun tinggi juga la..
mengandung kali ni siap boleh buat exercise lagi, follow je IG mum yang berlambak dekat IG, oh baru ku tahu masa hamil pun kita boleh aktif bersukan gitu..=p
comel je suruh bangHadif capture gambar.. =p
haha
persiapan 90% siap untuk baby.. aku borong sekali harung kat baby expo..
senang..
tunggu touch up- touch up sikit kendirian hari..
best bila jumpa baju baby sepasang RM5!!! mana nak cari..hahaha
rezeki sepanjang pregnancy kali ni murah..Alhamdulillah..
tiada apa yang aku harapkan hanya doa semoga proses kehamilan dan kelahiran yang ketiga ini berjalan lancar dan dipermudahkan..
Amin..
=)