Thursday, November 3, 2016

:: short trip to singapore ::

Assalamualaikum...

sebelum aku bersalin dalam jangka masa terdekat ni. *confident ni*
.. marilah aku cerita pasal cite kami pergi singapore..


last year, bila en asben kena sambung belajar secara PJJ kat Nasional University of Singapore*nampak sangat kena paksa tapi takpa USM taja..haahaha*, dia dah bagitau awal-awal..

"okey, tahun depan trip yang pasti kita pergi trip to Singapore"

so, aku bajet ohhh, okkk..dah set dalam otak, tahun 2016 pergi Singapore.. tak jejak lagi kan kat sana..

sekali bulan Mac ritu, en asben cakap jadual exam berubah, dia kena pergi dulu sebab ada workshop bagai sebelum exam, nati kang, tinggal anak bini kat hotel tersengguk-sengguk dari pagi sampai ke petang baru boleh melencong..

so, decide dedy pergi dulu dengan kereta, aku dan anak-anak menyusul dengan flight last day en asben habis exam gitu..

sekali, bila dah dapat jadual exam, booked tiket, kira-kira pregnancy aku dah masuk 35minggu pada hari nak naik flight..

errr.... memang tak lepas la kan nak naik flight..pergi mintak surat pelepasan dengan O&G pun dr tak bagi, sekali aku pergi private klinik merayu kat dr, terus dapat..hahaha..Thank you Dr Arif.. =D


so, Alhamdulillah... dipermudahkan perjalanan..




mula-mula renew passport BangHadif, dah masuk 5 tahun kan.. bukan main lebar lagi senyum, siap request retake picture lagi..
sekarang urusan passport semua buat kat UTC Kelantan, lepas kerja pun boleh buat,senang bukak sampai 9 malam..setengah jam buat dah boleh ambil, orang pun tak ramai dan selesa berbanding di Wisma persekutuan dulu.. bayar RM100 je untuk kanak-kanak bawah 12 tahun..

bila tengok passport dulu,cepatnya masa berlalu..besar dah bangHadifku...

persediaan travel sorang-sorang dengan 2 budak + baby dalam perut..
kuatkan mental dan fizikal..hahaha
lagi-lagi kena jaga budak Hazim yang aktif tu, bangHadif takpe dah besar boleh jaga diri..

aku travel kali ni memang light and easy.. dah siap-siap packing masuk dalam kereta.. so masa naik flight just bawak diri dengan backpack yang penuh dengan makanan dengan mainan, rasuah untuk budak 2 orang tu.. =p


see... so easy handle Hadif, Hazim je mencabar keupayaan mental dan fizikal..



flight kb-kl sangat smooth, sebab naik je budak Hazim terus minum susu dan tidur..
bila touch down pukul 1.30petang, dia bangun dan start aktif balik..
maka nak tunggu flight kl-singapore pukul 5.30 petang agak memenatkan dok kejar budak hazim..hahaha

Touch down di Changi airport pukul 6.30petang, sampai pintu arrival nampak muka en asben terus rasa lega yang amat... berakhir sudah perjalanan travel alone with anak-anak..haha

beli makanan kejap kat Arab street, en asben ajak round NSU tengok kampus yang mana dia surrender kena panjat bukit nak sampai fakulti, 1st day je jalan kaki,esok-esoknya naik teksi walaupun 2 km je dari hotel..haha..

habis melawat, checkin hotel, i terus surrender,flat terus sampai ke pagi..haha

so, esoknya bermulalah jalan-jalan Singapore..
travel kali ni memang light and easy ye sebab ade mak buyung dengan budak Hazim..
No Universal Studio,no extreme aktivity.. haha..
tunggu anak-anak besar la baru berbaloi nak pergi tempat-tempat macam tu, dah dapat pengajaran masa travel pergi Jepun dulu, masuk Universal Studio of Japan, banyak buang masa dok bergilir-gilir nak main sebab kena jaga anak..=p


Jalan-jalan di Chinatown..

borong souvenir kat sini la murah pada tempat lain..
currency rate pun macam pergi jepun dulu..haha
dasyat bebeno ringgit jatuh..

tak banyak tempat pun pergi..
Chinatown beli souvenir, Arab street pergi makan..
Bugis street beli souvenir lagi..


Pergi Merlion Park wajib minum air dari singa ni..=p



tangkap gambar dengan kebanggaan Singapore..

tempat favourite en asben..
pasar karat..

3 kali datang sini.. banyakla barang bundle yang boleh dibeli.. sekali datang, 2-3kali pusing..
2 kali datang, aku suruh en asben je turun pusing sorang-sorang..
haha


pastu malam pergi lepak tengok show kat Garden by the Bay..

Hadif la paling seronok..suka tengok pokok dok liplapliplap..
Hazim jugak yang blur..

recommended tempat lepak-lepak waktu malam.. suasana cantik berlatarbelakangkan Marina Bay.. =)

so, habis cerita pergi singapore..haha
kan dah kata, travel light and easy je..
InsyAllah bila ada kemudahan dikemudian hari kita datang lagi di Singapore..

so, boleh balik senang hati sebab en asben dapat result tinggi..Alhamdulillah..
=)

dalam 13 candidates seluruh Asia Pasifik ambil exam ni, en asben dapat no 2..
rasa bangga sebab most yang ambil course ni ramai dari kalangan medical officer..
so, rasa bangga dan syukur yang amat.. 

setakat ni, 2 orang staf HUSM termasuk en asben yang ambil exam dapat result cemerlang..
tiba-tiba masa dia tunjuk sijil ni,dia cakap, "mesti Prof Suzi bangga dengan abang!! the only anak buah yang dapat cemerlang, yang sorang tu dulu pegawai" hakss...




















::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers