Friday, January 31, 2014

:: adik, tahniah! ::

assalamualaikum..


aku ingat lagi masa budak-budak SPM nak masuk U,
adik aku penuh semangat tak nak masuk U walaupun masa tu dia dapat beberapa tawaran yang boleh menggugat iman...
nak ambil Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM) katanya..
nak ambil STAM dengan rakan-rakan baik..
sekali rakan-rakan baik berpaling tadah, masuk U last minute..
sehari sebelum daftar U, dia menangis tak ingat dunia sebab tu..
hahaha~

ayah cakap kalau nak pergi ayah hantar, sempat lagi ni..
dia kata takpe,*sambil menangis*
ayah tanya, dah tak nak, kenapa mengangis?..
dia cakap, ntah, perasaan sementara je ni..

aku cakap, " i know that feeling"
LOL..

aku nampak sesungguhan dia belajar siang malam..
sanggup korbankan percutian Beijing kami tahun lepas sebab clash dengan exam *walaupun masa tu menangis jugak* haha~



 akhirnya, segala pengorbanan tidak sia-sia

MUMTAZ!!!!
erti kata : lulus dengan cemerlang sekali..
menjadikan dia pelajar terbaik sekolah..


peace..

lepas ni masuk U, tak boleh jadi budak suruhan aku kat rumah dah.. T_T
lepas nif juga takde dah teman gaduh Hadif..

LOL

* nasib baik aku tak janjikan apa-apa dengan dia...hahaha*
adik aku dua orang ni memang tak boleh expect, so lebih baik jangan janji apa-apa, kalau tidak habis la dituntutnya lepas tu..


hiks

Wednesday, January 29, 2014

:: Sawi ::

assalamualaikum..


 ni sawi belakang rumah di Pasir Mas


 ni sawi belakang rumah di Bachok..

banyak beza bukan?
ye la, di Pasir Mas tu bukan en asben yang tanam..haha, itu nenda dia yang tanam, orang tua kata 'tangan sejuk ', lalu si cucu ingin cuba nasib, dengan harapan tangan dia sesejuk nenda dia..
=D
tapi dua-dua nampak segar & subur..
tak perlu racun-racun segala bagai..

mungkin cuaca di Kelantan 2-3 minggu ni yang sejuk..haha..naseb baik tak tanam strawberri gitu..
=P


 ye, kebelakangan ini, balik kerja diisi dengan bercucuk tanam..
ada sawi & pokok cili..
 
dedy cangkul sana-sini..
umi & Hadif tengok saja.. bagi semangat kat dedy..*sambil berperang dengan nyamuk sana-sini*
=D

 yang part paling budak ni suka adalah mencabut sawi..

sekarang, tak perlu lagi beli sawi..

nak tanam kangkung pulak rasanya walaupun harga kangkung dah turun..

=P

Monday, January 27, 2014

:: Jejak Hatyai : Klong Hae ~ ::

assalamualaikum..

misi diteruskan..

salah satu tempat nak menikmati keindahan & kenikmatan budaya tempatan..

klong hae floating market~

dah la masa nak sampai kat situ, silap masuk cabang..
ada 2 cabang nak masuk, satu tu memang tempat masuk official..
kami ter'masuk' cabang tak official.. which is macam peliksss sebab kawasan temples..hakss
*_*

tapi takpe, antara cabang tadi terhubungan dengan jambatan yang tengah di naik taraf..
ok saja..boleh luaskan pemandangan..hoho




 aku rasa kat tempat ni aja harga makanan agak murah di Hatyai ni..
dahla macam-macam ada~
dari nasi sampai ke kuih-muih sampai lagi ke air minuman..
 


 tempat ni tengah dinaik taraf, agaknya sikit masa lagi mesti lagi cantik dan selesa untuk dikunjungi..
=)

 ais krim pon ado~
lagi comel sebab boleh pilih bekas nak letak ais krim itoo~

 telur puyuh goreng memang sedappppp!!!

 dedy beli air dalam bekas hello kitty untuk ai..

so sweettttttttttttttttttt!



 pilih-pilih
doraemon ada, ultraman ada, hello kitty ada..
macam-macam ada!
yang penting dapat minum air dalam bekas comel..
air habis, bekas boleh simpan untuk kenangan..
=D

 banyak sangat makanan untuk dirasa, tapi space dalam perut tak berapa nak ada..

INSYALLAH, ada rezeki,kita datang lagi..

=)

tip :

dress kat sini memang cantik-cantik..harga pun half murah dari malaysia tapi apa daya, saiz tak sesuai, orang jenis petite bolehla..ai ni tinggi dua jengkal daripada petite memang meleleh saja air liur tengok tapi tak boleh beli.. -______-

kalau nak shopping, sila shopping awal pagi, sebab kita akan dapat harga yang kita tawarkan daripada peniaga, katanya,harga morning-morning..itu namanya 'ong' bagi diorang..ibarat kalau di Bandung,itu dinamakan 'pecah telur'....tapi kalau pergi shopping time diorang nak tutup kedai, jangan harap dapat harga yang terbaik, lagi tak dilayan adalah..hohoho~

pergi dengan kereta, make sure kalau pergi dengan kereta yang 'makan minyak' bolehla spare tong berisi minyak dari Malaysia dengan secukupnya..sebab minyak di Thailand mahal.. huhu.. kereta kami,Alhamdulillah,ngam-ngam aje dengan rantau panjang-hatyai-songhkla-hatyai-rantau panjang, tapi kereta bapa saudara, tak mampu nak tampung.. beringat sebelum terkena, boleh jimat duit untuk shopping..

=D

nak makan murah sket boleh makan di Klong Hae floating market & pasar di bandar Hatyai itu..

 
k,itu aje setakat ini.. fuh..

ketemu lagi untuk Jejak seterusnya di _ _ C_ _ _G

ngee~
ce teka?



Thursday, January 23, 2014

:: Jejak Hatyai : naik elephant! ::

assalamualaikum..

otw pulang ke Hatyai, singgah sebentar di Chang Puak Champ,
kata dedy mau bagi pengalaman untuk Hadif naik gajah..alah, padahal dia pun tak pernah naik jugak..*umi dia pun sama* hakss~

kalau boleh, apa yang aku tak pernah rasa, alami masa kecik dulu, aku nak semua tu Hadif rasa..kira lepas gian tu bagi kat anak.. haha~
pengalaman tu penting, ehem.. selagi tak memudaratkan,apa salahnya.. =D

 kat sini ada 3 bahagian.. naik gajah, main ATV, dan memanah..
ada la pakej dia untuk ketiga-tiga ni..
naik gajah ni 500bath sorang, 30 minit round denai..
untuk budak Hadif free~

 hadif sebenarnya dah mengantuk, seharian tak tido ikut makbapak dia yang tak kenal erti penat ni..
haha~
aku bekalkan dia susu, takut kang tiba-tiba dia terkena kejutan budaya masa naik gajah ni..haru aku..
hehe~


 ternyata budak ni kental saja~
naik gajah, enjoy dengan apa yang ada.. dan tak tertido masa atas gajah tu..
=)


 dedy sorang-sorang~




 menyusuri anak sungai
 perkampungan kecil..


 salah timing naik gajah, pukul 4 gitu..mau tak berpanas atas tu..
hahah~
sengal betul..

sila datang pada waktu pagi baru la best nikmati panorama..


ok, semua gembira, enjoy naik gajah..

kita terus balik Hatyai..
badan melekit giler seharian berjalan..

=D

to be continued~


Tuesday, January 21, 2014

:: Jejak hatyai : lari ke Songkhla ::

assalamualaikum..

kalau stay aja di Hatyai, otak tak berkembang..
berkembang tang shopping je..beg berkembang,poket makin nipis..hakss..
lalu kita explore ke Songkla..alang-alang dah sampai sini..
jarak tak jauh, dalam setengah jam sudah sampai, drive sendiri berpandukan peta yang dedy minta di kaunter reception hotel..
senang aja~

 ahli rombongan berpisah~
yang masih belum puas sopim, meneruskan aktiviti itu..
yang adventerous sangat, pergi Songkhla..

 mula-mula, panjat Tang Kuan hill..
guna elevator canggih sikit pada bukit bendera..
=D

 nak masuk 30 bath sorang~

 kat atas tu banyak loceng.. sekali angin bertiup, bising la jugak..
boleh tengok Bandar Songkhla dengan jayanya..
pantai Samilla tu pun nampak, cuma ikan duyung tu tak nampak la..
tapi pantai tu tak cantik pun~
 



 dan kat atas tu ada pakcik ni..
=D
eh~

ada kuil besar jugak atas ni

 love locks wajib ada kat tempat-tempat macam ni..
auntie wani buat lock ngan abang Hadif ke?
=p

dan banyak monkey!
uiii~


 k...


tak naik gajah lagi kita ye~


to be continued~

Monday, January 20, 2014

:: Jejak Hatyai : sesampainya di sana ::

assalamualaikum..

sesampainya kami ke Hatyai, sesat sekejap.. T_T
dedy yang dah 3 kali pergi pun tak tahu nak check in hotel mana, yela dulu pergi bujang-bujang dok backpacker hotel aja, ini pergi dengan family mana boleh dok backpacker sangat..
huuhuhh~

pergi cari hotel wajiblah gamble aja~
rezekinya di Hotel Aloha..

Aloha sangat~
mahal sikit la rate dia.. 980 bath satu malam, car park disediakan..wajib ada benda tu,sebab nak jalan-jalan kat sini, pakai kaki & tuk-tuk aja.. senang dan jimat..
=)




 kami pilih connecting room, jiran dengan mak di sebelah..
boleh la Hadif dok berlari ke hulu ke hilir dengan jayanya..
=)

lepas check in, apa lagi..
jalan-jalan cuci mata~


 kalau bab tawar menawar bagi kat en asben..
dia memang pakar perang mulut dengan tokey kedai..
=p

 sini tak oleh pakai istilah macam kat Bandung "shop till u drop"
sebab banyak yang cantik-cantik tapi harga tak semurah di Bandung.. dan nilai wang Bath lagi tinggi daripada Ringgit..* tahan nafsu*
tapi murah la daripada Malaysia ..gitu..

 sebab Aloha Hotel ni dah tengah bandar, senang jela nak pusing-pusing jalan kaki saja duit abeh kat situ~
makan pun senang sebab depan Hotel pun ada kedai muslim.. nak makan pendek kata tak susah, satu je susah, makanan kat Hatyai memang terbaik mahalnya.. giler kentang betul!
haha~


naik tuk-tuk yang mana Hadif panggil " nak naik loriiiiiiiiiii!!!!!!!!"
pergi night market..*wajib pergi habiskan duit*
sekali naik 20 bath..okla, budak Hadif bukan main suka naik lori ni..
hahah~






to be continued~

 abang Hadif nak bawa kita pergi Songkla..

naik gajah!!


to be continued~

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers