assalamualaikum..
" rumah itu ibarat jodoh, jika ia sudah ditakdirkan milik kamu, percayalah, walau pelbagai rintangan dan dugaan untuk memilikinya..usaha dan tawakal yang berterusan..InsyAllah, ia akan menjadi milik kamu "
Alhamdulillah..
rumah pertama..
errr...tak siap lagi ni.. hahaa~
aku ingat lagi, penghujung tahun 2009 bila Gazriz launch apartment ni..
ramai yang berkerumun, masa tu aku kerja di Penang lagi.. dan tak kahwin lagi..
dan baru beberapa bulan kerja.. en asben kol tanya, "nak beli rumah tak?" ada yang baru launch di tepi HUSM.. masa tu tengah teruja.. terus kata nak! tapi bila en asben pergi nak book.. dah habis!
masuk dalam senarai menunggu..mana taw ada buyer yang loan tak lulus, boleh masuk line.. =)
kerap juga en asben pergi tayang muka kat syarikat tu, dan Alhamdulillah, ada satu yang tak jadi.. bolehla masuk line.. untuk urusan jual beli aku tak ada masalah sangat, tapi masa tu tengah kumpul duit nak kahwain, lagi la dengar bebelan daripada salah satu ahli keluarga ni yang tak yakin dengan aku..aishh, sampai ke hari ni aku teringat kata-kata dia.. nasib baik aku tak termakan kata dia.. kalau tak melepas.. =)
masa aku sibuk dengan rumah ni, ramai yang musykil..
orang lain bila start kerja, perkara utama dorang beli adalah kereta..
aku? sampai sekarang tak de kereta sendiri.. apatah lagi basikal sebijik..
heehee~
98% siap!
ai! tak sabar..
rumah kedua ..
rumah ni aku dipaksa beli oleh ayah aku..
hahah~
sesungguhnya untuk rumah kedua ni banyak giler drama..
dengan tuan rumahnya yang sangat-sangat annoying..dengan kerenah banknya..dengan slownya peguam nak settlekan urusan..
okey, aku ambil masa hampir 6 bulan taw nak settle urusan jual beli ni!!!!!!!!
fuh~
semalam, Alhamdulillah..
urusan sudah siap sepenuhnya..
rumah depan rumah ayah aku..
haha~
rumah teres corner lot,dah ada penyewa-yang-ntah-bila-nak-keluar~
aku beli ni sebab aku ingat pesan ayah je
" susah dulu sekarang, senang kemudian hari "
ah, sekarang tengah susah sikit..
kena usaha kuat sikit buat side-income..
=D