Thursday, July 31, 2014

:: salam aidilfitri ::

assalamualaikum..



semoga kedatangan Syawal membuka lembaran baru buat kita semua..


salam Aidilfitri daripada kami

Hajar, Hadif dan Hafiz

maaf jika ada kekurangan,kekangan mahupun kesalahan sepanjang penulisan dunia maya ini..

kita mula dengan kosong-kosong


=)

Monday, July 21, 2014

:: batang buruk ::

assalamualaikum..

Ramadan kareem..


 miss me or not?
=P

penghujung ramadan baru ada feel nak updates..

nak cerita pasal persiapan raya takde yang special..
semua simple-simple..
raya tahun ni paling sempoi..duit raya pun tak tukar, korek tabung Hadif je tukar duit dengan dia..
hakss..
walaupun Hadif mengigau malam hari tanya nenek dah jahit tak baju raya dia?
LOL

Hadif..Hadif




masuk tahun ni, tahun ketiga aku kena bisnes batang buruk..
bisnes sangat, padahal malu kat mak sedara sebelah rumah yang suruh promote batang buruk yang dia buat..
sebagai anak sedara yang baik, layankan saja..hakss

tak seperti tahun lepas, yang aku jual sampai berbelas ribu batang buruk, tahun ni aku wak dunno dengan harapan mak sedara tak suruh aku promote batang buruk dia lagi..
apo daya, bulan syaaban dah 1 plastik tester sampai kat tangan aku..
tak sampai hati pula terasa..

huhu~

batang buruk ni memang la power sampai eksport ke luar negara..
1 bulan ramadan income berpuluh ribu

tapi tahun ni mak sedara aku cakap marketing aku slow sangat..haksss..
malas punya pasal..
tapi pelanggan setia yang tanya, aku bawakan saje..
nak jual online kang takut tak terlayan pula..
kena fikir strategi lain agaknya,kan?

RM10- 1 bekas ( 100 biji batang buruk)

harapan tahun ni dapat ganjaran apa ya daripada mak sedara..
harap bukan kain sejadah lagi~
T_T

speed up pengakhiran Ramadan, jom!


order untuk kek raya aku tutup dah, sape yang buat last minute order memang tak layan~
sekian..

=D

Saturday, July 12, 2014

:: tutup puasa ::

assalamualaikum..

puasa minggu lepas sangat-sangat menguji keimanan dan kesabaran aku..
gege~
dengan staf tak cukup di lab-kerja-non-stop-,"eh,dah abis waktu kerja", Hadif muntah-muntah seharian tanpa henti, bapa saudara en asben sakit berat-terpaksa-pergi-melawat-jugak, and last but not least aku sendiri yang K.O-dapat-MC-4-hari..

T_T

cukup pakej untuk seminggu yang mencabar!

Hadif kurang selera makan, terpaksa buat sesi pujuk-memujuk..
badan dah semakin kurus kering..

sampai satu tahap, bila semua dah dimeja makan untuk berbuka puasa..
dia marah-marah..

umi : Hadif, jom buka puasa!

Hadif : tak boleh, semua orang tutup puasa!

kami semua : ?????

buka puasa  lawan dia tutup puasa..

haksss..

pandai pulak budak Hadif ni..tak pernah terlintas dalam fikiran boleh tutup puasa bagai~

=D

Thursday, July 3, 2014

:: Hadif nak buat jugak! ::

assalamualaikum..


Hadif on off demam sejak 2 menjak ni..
kebah kejap.. umi dengan dedy bawak g merayau terengganu last weekend, balik rumah, demam balik..
huhu~

nak tengok dia tu ok ke tak, tengok cara dia cakap, kalau cakap tak-henti-24-jam tu makna dia sihat, kalau dah tak sihat tu, mula la cakap pun semua orang tak paham.. mumbling aje

sehari dua ni dah bertambah sihat, maka mulut dengan percakapan memang seiring..
Hadif is back on track gitu..

=D

Ramadan ini setakat ni Alhamdulillah, stay dengan family ni, balik kerja tengok mak dah siap masak..aku tolong top up-masakkan lauk satu dua.. sebab sejak dari kecil mak ayah tak didik ke bazar Ramadan untuk membeli juadah, so hari-hari memang masak untuk juadah berbuka puasa..



bila umi balik kerja, solat dan masuk dapur.. Hadif lah budak yang paling sibuk sekali nak tolong..

"umi, nak masak apa?"
"umi nak potong bawang ke?"
" umi nak goreng ayam ke?"

"Hadif nak buat jugak!"


nah, sekali umi bagi lesung suruh tumbuk bawang putih..
suka aja dia..
tak sampai lumat sebab dah sok-sek-sok-sek air bawang masuk mata..

haks..



Tuesday, July 1, 2014

:: Terbang Tunduk ::







salam ramadan buat semua..



moga ramadan kali ini membawa seribu erti, penuh keberkatan dan keinsafan dalam diri aku sendiri.. juga buat semua..



amin..



moga apa yang diazam sempena ramadan kali ini berjaya ditunaikan.. amin



INSYALLAH..



kekangan di tempat kerja kadang-kadang sampai ter'emo', back to ALLAH, INSYALLAH DIA tempat mengadu yang terbaik..



kekangan renovation pada rumah, kadang-kadang terlebih emosi.. INSYALLAH, bulan ramadan penuh berkat ini, dibanyakkan kesabaran dan peluang untuk berfikir..moga bertambah tahap kematangan..





kadang-kadang bila terlalu asyik terbang melihat awan, jangan lupa tunduk melihat keindahan bumi ALLAH SWT..





mohon maaf segala silap.. selamat menjalani ibadah puasa buat semua..



=)

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers