Monday, October 26, 2015

jejak ho chi minh : part III

Assalamualaikum..

Kembali dengan part lll..(part l,part ll)

kalau jejak ho chi minh bukan untuk shopping, idak la ye..

lucky, rezeki stay di Cat Hotel, dia punya shareholder, Mr Hanapi dan isteri sangatlah mesra alam.. ada je bantuan nak dihulurkan..

mula-mula, dia bawa kami ke rumahnya.. selain bisness hotel, dia supplier beg, tapi beg deuter je lah..

mula-mula tu rase macam tak percaya, mesti ada udang disebalik batu, yelah beriya ajak kita pergi rumah tengok barang, kang tak pasal-pasal caj servis ke apa,jadi tourist guide tak pasal-pasal..

risau juga..

 depan tu bini Hanapi, lupa nama..hahaha..update blog 2 bulan lepas tu punya pasal..=p

kitorang just bayar tambang teksi.. selebihnya ihsan daripada Hanapi & isteri.. bagus betul..
en asben tak naik teksi, dia naik motor dengan Hanapi.. merasalah merempit tak tentu pasal jalan kat sana..haha


 Kesian Hanapi, nampak belakang je.. ni rumah dia.. dah jadi showroom dah.. haha
Harga dia bagi harga kilang, adik aku je beli backpack satu, we olls tak beli sebab dah banyak backpack kat rumah..


 Tiba-tiba Hadif tergedik-gedik nak juga beg.. punya lah lama nak pujuk dia..


berkenan dekat beg haji ni.. tak nak lepas..haha

Dapatlah merasa beg baru ye Hadif!!
sementara tu layan kopi Vietnam dulu.. celah-celah rumah pun banyak je kedai-kedai kopi..
asal ada lorong, di situ ada kedai..haha


sempat la u olls melepak, merasa culture diorang.. kelass sikit pada makcik-makcik kampung di Malaysia..haha..

lepas tu, Hanapi bawa kitorang pergi rumah mak sedara dia,jual telekung.. sebab dia tanya nak pergi mana pula tu kan.. laju je jawab nak pergi rumah Hjh Basiroh.. Hanapi kata tak payah naik teksi,naik motor je,ulang alik punggah kitaorang..haha..sebab dia kata dekat sangat..lepas tu, Hanapi kendong en asben,isteri dia kendong mak aku.. merasalah mak merempit jalan kat sana..haha.. 10minit kemudian,diorang datang balik sebab rumah Hjh Basiroh tutup lagi..kihkih..

dah takde pilihan lain, maka pergi lah rumah mak sedara dia..


 Rumah kat sini padat-padat dan tinggi, ye lah, satu lot 400k ringgit malaysia.. kaya lah orang vietnam ni,dapat beli satu lot buat rumah..huhu..diorang takde/jarang ada kereta sebab masalah ruang parking la..

 nak bela ternakan pun susah.. huhuhu



orang lelaki biasalah kalau orang perempuan ligat rambang mata dok tengok kain..haha


k lah, sambung part lain pula untuk shopim..heeee


video
merasa lah u olls naik motor kat sana..


to be continued~




No comments:

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers