Thursday, January 28, 2016

:: dedy's sweet escape ::

Assalamualaikum..

Nak settle down untuk semua kembali sihat dan bertenaga memang ambil masa..
Lepas BangHadif recovery elok-elok, aku pula yang KO,
demam selesema kembali menyerang..huhu
gagah kan jua datang kerja..

Kerja melambak, bos bagi dateline sampai minggu ni nak siapkan Lab Information System (LIS),minggu depan present dan release untuk department..kahkah..

haru aku minggu ni..
Siap test server semalam, fuh..selamat satu stage..
nak capture buat presentation pula.. berpinar mata ngadap pc..hahaha..

sekali pagi semalam server satu lagi breakdown..hahaha.. naya aku.. T_T

biarlah, anggap saja sebagai cabaran.. ehem..

ni cerita pasal en asben yang dapat juga release tension..
bagai mengantuk disorong bantal gitu, kawan dia ajak masuk hutan..

bila aku dengar je cite dia, berangin je aku.. nak pergi jugakkk!!!
haha..

so, bye-bye dedy!!!



lokasi nya di Cameron Highland

misi : Ringlet-Pos Lemoi-Ringlet



Penganjur : Majlis Belia Malaysia



makan jangan cakap lah, mewah sekali dengan kambing di bawa masuk hutan..semua orang sponsor katakan

suhu 16 darjah celcius..


2 hari 2 malam terputus hubungan dengan dunia luar

sekali keluar,
muka poyo wassap kat bini..

cisss..

sekali keluar hutan, tangki air bocor..


hahaha~

nasib baik ada kawan kat cameron highland boleh pinjamkan kereta balik rumah..

kuikui..

good experience, balik rumah mengigau nak pakai 4x4 pulak..

alasan boleh bawa anak bini masuk hutan tiap-tiap bulan..

=p

Saturday, January 16, 2016

:: bangHadif warded ::

Assalamualaikum....

Rentetan minggu ini...
Hazim demam 2 hari lepas itu pass baton kepada BangHadif...

Tapi tak sangka pula demam melarat sampai hari ke-6 dan terpaksa dikejarkan ke hospital dan masuk ni hari ke-3 makbapak hadif berkampung kat sini.. Huhu

Rabu malam tu dia dah start tak larat sangat,bagi pcm pukul 8pm,pukul 12 tengah malam tak kebah-kebah pun demam.. Cuba bagi lagi pcm tapi dia refuse dan batuk keluar darah ikut mulut hidung,perghhh panik tak tentu pasal,terus rushing bawa a&e..

Nasib baik ramai konco-konco en asben oncall malam tu,kalau tak rasanya lama bebenar nak tunggu turn.. Suhu masa sampai kat sana 39.6^.. 

Sekali masuk sub pun,still tak turun suhu..

Last sekali terpaksa admit ke wad.. 

Nenek hadif punya risau sampai makbapak Hadif kena marah sebab tak inform awal-awal.. Taknaklah menyusahkan mak ayah selagi boleh handle,bila semua dah stabil baru nak inform kat semua gitu..hehe

Sebab demam berlarutan dan suhu badan sentiasa tinggi,maka segala test darah kena ambil.. Nak set iv line dua-dua belah tangan pun dah meraung melalak budak Hadif ni.. Umi dia yang tengok dan pegang dia pun menitis air mata tak boleh cover..haha

Masuk hari ketiga baru nampak senyuman dan banyak cakap balik..Alhamdulillah..

Harap hari ni dah dapat balik..berehat-rehat kat rumah pula..

Terima kasih kat dedy untuk jaga Hadif shift malam.. Aku tak dapatlah jaga malam sebab Hazim susah nak bf pula..

Lepas settle  dan kembali normal marilah kita pergi holiday dedy!!!

Haha.. Sakit urat satu badan..need short getaway gitu... ;p

Wednesday, January 6, 2016

:: tahun 2016 bermula...::

Assalamualikum... 

Selamat tahun baru untuk semua..
Sambut tahun baru dengan demam laki bini..anak-anak setakat ni ok lagi.. Harap tak berjangkit.. Laki ai dah seminggu dapat mc,tapi hari-hari kena ambil darah sebab suspek denggi..harap cepat sembuh..amin 

Memulakan tahun baru di seksyen lain selepas 4 tahun aku pindah balik HUSM terus merasa dok di makmal rutin,tahun ni dapat pindah ke seksyen advance sikit..Alhamdulillah,banyak benda kena belajar,benda baru semuanya...pening kepala nak digest ilmu baru.. Harap dapat cepat pandai belajar dari senior..aja!aja!fighting!!

Bang Hadif memulakan sesi umur 5 tahun tahun ni..malam sebelum sekolah punyalah semangat nak pergi sekolah 

"Yela,yela..Hadif tahu esok Hadif 5tahun"

Pagi nak pergi sekolah,dia punya liat nak bangun and then cakap 

"Hadif bukan 5 tahun lagi"....grrrrr...sabar je dengan budak ni..

Nasib baik sampai sekolah tak buat onar..Alhamdulillah..


Hazim yang semakin aktif.. Harap tahun ni nak pergi travel dengan si kecik ni tak banyak songeh,sama macam tahun lepas..InsyAllah..

Semoga baik-baik saja..

:)

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers