Wednesday, November 28, 2012

:: buat apa tu? ::

assalamualaikum..

buat apa tu?

 1

 2

 3

4

jawapan : teran beraksss..

=D

Monday, November 26, 2012

:: our next-next trip ::

assalamualaikum..

=D

oh, cobaan donia lagi !

Alhamdulillah, sempat beli untuk kami..
bukan untuk aku + en asben + Hadif saja..

TAPI untuk 14 orang lagi..
=D

buat family trip ke ******..

INSYALLAH, semoga dipermudahkan perjalanan nanti..
amin..

 
en asben jadi ketua rombongan cik kiah nanti..hakss

Saturday, November 24, 2012

:: bersantai di hujung minggu ::

assalamualaikum..

=)

Hadif tak kemana-mana sekarang sebab cuti sekolah..
hakss..

duduk rumah bersantai bersama dedy saja~

 layan movie...
The Lorax

cite nie banyak lagu..

oh, budak Hadif sekarang sudah pandai berjoget-joget gaya baby..
angguk-angguk, geleng-geleng..goyang badan..dari berdiri, merangkap terus meniarap..
=D

satu lagi aku perasaan, Hadif hanya layan kartun yang nampak "real' gitu..
ala-ala 3D..
baru ralit tengok, kalau tak harammm nak duduk diam..

Friday, November 23, 2012

:: DKB : my version of choc moist ::

assalamualaikum..

=)

mesti korang blur bila terjah ke sini..
banyak entri takde gambar..
hu.hu.hu

sorry, my own mistake..
gatal tangan dok edit sana sini..
abis terdelete..
sedih & sadissss..
T_T
oh, dunia!

untuk tidak menghampakan semua yang datang ke sini..
aku kongsikan resepi choc moist yang aku buat untuk anakanda tersayang..

=)

untuk pengetahuan semua, kek nie tak payah guna mixer..
=D
oh best sekali bagi yang takde mixer tu..
hikss..aku memahami, sebab dulu pun aku takde mixer..
sekarang dah ada mixer besar gedabak, itu rezeki namanya..
pelan-pelan kan?

choc moist..

the cake

(1)
1 cawan serbuk koko - diayak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula pasir
1 cawan minyak
semua kat atas satukan dan dimasak dengan api perlahan sampai adunan sebati, jangan sampai berketul ye..
siap,sejukkan sekejap..

(2)
1 cawan tepung gandum + 1 sudu baking powder + 1 soda bikarbonat.
campur dan ayak

(3)
4 biji telur di blend sampai berbuih~

bila semua dah setel..
campur adunan (2) dan (3) berselang-seli dan gaul dengan sebati..

siap!
jom bakar.. kukus pun boleh!

bakar 180 darjah celcius, 45mnt-1jam..
bila dah siap, biarkan kek itu sejuk..


creamcheese layer (just an option)

125g creamcheese
50g mentega
50g gula icing
1 sudu esen vanila..option

pukul semua bahan sampai sebati~ jadi putih

ganache chocolate

125g coklat masakan
50ml whipping cream
sedikit vanila esen

double boil cream jngan sampai mendidih, letak coklat masakan..cair semua baru letak esen vanila..
sejukkan..


melapiskan kek

layerkan kek coklat tadi dengan creamcheese,sejukkan dalam peti sejuk then baru layerkan dengan ganache tadi..

jika tak gemar creamcheese, terus layerkan kek tadi dengan ganache..
dan hiaslah dengan taburan almond..

=)


siap, enjoy your baking!

Wednesday, November 21, 2012

:: andai ini takdirnya.. aku reda.. ::

assalamualaikum..

=)

tajuk sadis aja kan?

memang tengah sadis ni..

hu.hu.hu

STOK SUSU BUAT ANAKANDA DAH HABISSSSS!!!!!!!!

T_T

tinggal aku pam hari ni untuk bekalan hari esok..
oh, hiba rasa hati ini..

tapi nak buat macam mana..
rezeki masih ada..
cuma nyawa-nyawa ikan..

stok susu kat rumah MIL masih ada, tapi malas nak pergi ambil..
hukhukhuk..

maka, demi kebaikan anakanda..

bukan hari-hari balik kerja sampai rumah tepat pukul 5.30 petang..
ada hari, budak Hadif terlebih main, terlebih minum susu.. maka mak telefon, Hadif tak cukup susu..
kesian Hadif, kesian mak..

so, dengan berat hati melangkah ke pasaraya mencari bekalan susu Formula..
ok, sebenarnya dah 3 kali aku pergi pasaraya tapi pulang dengan tangan kosong..
hakhak...

tapi kelmarin, paksa diri juga untuk pergi beli, buat back up..


macam-macam perlu dititik beratkan..
harga.. berapa bajet bulan-bulan nak habiskan..
brand.. brand apa yang best..

orang kata jangan ajar anak minum susu mahal-mahal, nanti bila bajet lari, beli susu murah sikit, anak tak nak minum..

itu ini.. ini tak best..apa yang best pun tak tahu..

last sekali dua-dua pening..
ha.ha.ha

nak bancuh susu pun tak reti..
macam mana ni..
huhuhu~

banyak yang nak kena belajar pasal susu formula ni..

last sekali..

en asben : beli fernleaf la yang, kalau Hadif xse minum, boleh dedy minum..
aku : ha??? sabo je la..
=D

hari ini.. setahun 1 minggu 3 hari perjalanan fully-breastfeeding ku..
masih bernafas.. nyawa-nyawa ikan

tapi, aku dah rasa bangga gila dah dapat bagi susu badan untuk Hadif untuk tempoh ini..

kalau aku jadi housewife, rasanya takde masalah untuk fully-breastfeed Hadif sampai 2 tahun, kan?
aku rasa la..*konfiden*


p/s : susu formula masih elok tersadai di kabinet dapurku..
=)





Tuesday, November 20, 2012

:: rezeki awal muharram ::

assalamualaikum..

Alhamdulillah, tahun baru dimulakan dengan rezeki melimpah ruah..
=)

 launching my brand..
=)


 400 pcs of cupcakes..

terima kasih buat mak + kak nur + faiz + damia
sebab tolong-tolong apa yang patut..
=)

umpan budak ni suruh duduk diam-diam..
=D

Monday, November 19, 2012

:: on his birthday.. final ::

assalamualaikum..

haaa, balik rumah nenek..
terus ke dapur..

mahu buat kek harijadi untuk anakanda..

=D

* mood : rumah sendiri baru rajin *



dan tetiba rasa terharu..
hakss
 
sebab choc moist aku buat menjadi!!
resepi? aku eksperimen resepi yang aku kumpul banyak2x..
ha.ha.ha

 choc moist layered by cream cheese..
aku buat suku, saja buat eksperimen..
tapi tak sempat aku makan.. dah ghaib!
isyyy!

 tapi sayang,
belum sempat deko + tulis macam-macam atas tue dah kena serang..
T_T




Hadif pandang je..
sebab orang lain yang terlebih excited makan..

haks..

INSYAALLAH, aku share resepi nya nanti ya!

=D

Friday, November 16, 2012

:: on his birthday.. vol III ::

assalamualaikum..

selepas tue, we ollss decide pergi window shopping..
yela,tok ma dok tanya-tanya Hadif tak mau potong kek ka?

so, walaupun umi Hadif ni tauke kek,
tapi bila dok umah MIL, semua jadi malasss nak buat kek segala bagai~
=D

maka, keluarlah kami pergi hunting kek kecik buat makan2x..
nampak gaya macam tak de anak buah yang 21orang itu kat rumah tok ma..
selamat lah kita beli kek kecik2x sajo~


round punya round kat tesco tu..
tengok Hadif senyap je..
naik heran pulak aku,selalunya bukan suka sgt dok atas troli tue..
rupa-rupanya ada kerja yang tak kami sedari..
=D

orang sekeliling pulak yang sedar, siap gelak2x tengok Hadif..


 tak perasaan budak ni ada kerja rupanya~

 gigih giler, tak peduli keadaan sekeliling~



 ok, abeh berlubang roti keras dimakan oleh budak nie..
^_^


beli la kek kecik ni buat syarat..

 oreo cake

 balik-balik rumah tok ma, amek ko..
tetiba muncul anak-anak buah ini..
macam taw2x je che su belikan kek untuk Hadif..


 ambil syarat je la..
bukannya Hadif makan pun kek nie..
hakss

ok, abeh licin~

esoknya..
umi rajin pergi buat kek untuk hari jadi Hadif di rumah nenek pula~
diskriminasi kah aku?

=D

to be continued~

Thursday, November 15, 2012

:: on his birthday... vol II ::

assalamualaikum..

haaa...
kenapa tak buat majlis untuk Hadif?

jawapan : tak perlu sebenarnya, Hadif kecik lagi, tak mengerti..lagipun bukan sahaja nak celebrate Hadif sangat, tapi lebih kepada celebrate 2 dalam 1.. setahun usia Hadif maknanya setahun sudah bergelar ibu bapa.. maka wajib bermuhasabah diri..parenting lesson banyak lagi perlu dikhatamkan..
tak gitu?

jom sambut hari ibubapa dengan stail sendiri..

=D

 tak payah amek gambar dekat studio..
amek gambar sendiri berlatarkan dinding ijau..katil empuk..
=D
tekan remote control..
dan
say cheeseeee!!!















ok dah.

=D

jom pergi window shopping~

to be continued~

Wednesday, November 14, 2012

:: on his birthday.. vol I ::

assalamualaikum..

kelantan cuti panjang minggu ni..
dengan keputeraan sultan 2 hari, dengan deepavali 1 hari, dengan awal muharram lagi..
perghh..
best bercuti..
kelate sepi ~
bukan senang nak tegok kelate sepi time cuti macam ni..

birthday hadif pula jatuh pada hari keputeraan sultan kelantan..
so, kami umi & dedy nya dengan takde idea sangat nak bawa hadif pergi sambut birthday..
selalunya, pantang ada cuti, berdesup mak-bapak Hadif nie hilang pergi merayau..
tapi kali ni, mak-bapak Hadif jadi baik..

tak pergi merayau mana-mana..

maka, 

kami sebulat suara cakap kat Hadif..

" jom Hadif kita pergi potong kek dengan sultan!!"
=D

banyakla nak jumpa sultan..
hakhak~

masuk istana pun jadi lah~
bila lagi nak masuk, time sultan bermurah hati bukak pintu istana negeri untuk rakyat..
wajiblah kita masuk tengok istana~



 muka jakun Hadif & dedy tengok swan kaler hitam..
=P

 sila-sila
 sebenarnya,istana negeri dibuka untuk pameran MAIK..
tapi pameran nya kecik je, tapi peluang masuk istana bukan selalu kan..







 walaupun hanya sesetengah tempat je dibenarkan ambil gambar, jadilah ye buat kenangan..
=D

tapi suku je kawasan istana dijelajah..
penat doooo~

to be continued~



::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers