Wednesday, June 26, 2013

:: romantika de amour ::

assalamualaikum..

=D

aku buat satu tempahan semalam-yang-sangat-huru-hara sebab takdak letrik-pastu bila bangun dinihari, nak siapkan kek, tiba-tiba, letrik terputus lagii..
cuakss hokey!!

dan kesudahannya :


yeay!
siap juga...

ni tempahan daripada bestie en asben..ehemm..orang baru masuk mood cinta katanya..

bila en asben bangun tidur terus pergi tengok outcome jadi macam mana la cupcakes semalam..

en asben : wa, cantik... beruntung la dia..
aku : a'ah, untung bila cinta-cinta zaman matang, tahap nak suprises pun sweet aja..

ha.ha.ha~

* yela, dulu bercinta zaman belajar, mane la nak cekau duit buat suprise bagai..pastu otak pun tak berapa kreatif nak pikir untuk suprise bagai*

kamu perlu tahu..
perempuan walau sesimple mana pun suprise yang dia dapat, mesti senyum sepanjang hari..

aku harap si dia yang dapat cupcakes ni pun tersenyum riang sepanjang hari..
u r lucky, girl!!
=D

btw, hepy belated birthday, girl!

Monday, June 24, 2013

:: aktiviti hujung minggu ::

assalamualaikum..

jumaat..





buat open house makan takoyaki..

 untuk 2 orang kakak ini..

sape nak makan bolehla roger aku..
=D


sabtu

 sawadikap!!

lama tak pergi oversea nak cop pasport..

pergi seberang sungai golok kejap..
beli beras siam pun jadi lah..
ha.ha.ha

* anak dengan dedy sepesen*


tak gitu Hadif?




Friday, June 21, 2013

:: dekatkan anak pada tiang agama ::

assalamualaikum..


teringat pesan seorang ustaz..

" fenomena sekarang, bila mau solat,suruh anak keluar bilik ataupun letak anak kat luar dan kita solat dalam bilik, sepatutnya tidak boleh buat begitu, perkara remeh macam ni la yang membuatkan anak jauh dari tiang agamanya..Islam itu indah, biarkan anak berada dekat disamping kita,mudah-mudahan dia akan mudah untuk mengikut dan mengamalkan tiang agama ini"


dulu, masa Hadif belum boleh "kaki", selalu lah aplikasi macam ni..
sekarang, tak bolehla..berat semacam dah budak tu..

 cuma sekarang sediakan sejadah kecik untuk dia..
pakai kopiah, tak muat, maklumlah kepala besar macam orang besar..


tapi 2 rakaat pertama, ok la..
pastu mula main-main..

=)

Wednesday, June 19, 2013

:: kenangan bersama ::

assalamualaikum..

ehem..

setahun 2 bulan cukup rasanya bagi kami untuk melepaskan ia pergi..
acece..
ayat sentimental..

yuhu..
dedy decided to let go his superbike..
untuk masa depan katanya..

masa depan yang direncananya.. agak-agak apa pula yang terbeli selepas ni?

=D

lelaki dengan kehendaknya..
nampak simple, tapi sekali keluar produk..amek ko!
ke laki aku je macam tu?
T_T



 last konvoi di penang aritu..


iklan main-main kat mudah.my..
tengok-tengok ada buyer..
ha..ha..

takpelah..

rezeki dia.. 

Hadif pun tengok masa owner baru datang ambil.. cakap " vroommm dedy!!!!"
sayu pulak terasa..

ok, bye!


coming soon....







*


*


*

*











INSYALLAH..

=D


*hohoi, pergi kerja dengan kereta la setakat ni*

Sunday, June 16, 2013

:: bapa versi dedy ::

assalamualaikum..

=)

hujung minggu bersantai-santai dengan budak Hadif aje..
pergi kuliah ilmu pagi jumaat..petang sabtu bawak pergi soping..
aha~

heaven sebab dedy takde..ha..ha..tapi dedy ada heaven jugak dapat kikis duit dedy*
dedy pergi konvoi geng superbikes ke penang..hoho, katanya menghabiskan sisa-sisa kenangan bersama-sama..
aku, sejak pindah balik dari penang,dia dah 3 kali pergi sana..aku? tak pernah jejak lagi lepas tu..hui..hui..InsyAllah, suatu hari nanti.. =)

aku banyak menghabiskan masa dengan budak Hadif daripada dedy nya..
so, kalau nak apa-apa, Hadif akan cepat rujuk aku daripada dedy dia..
kalau nak kamceng dengan dedy, kena ada umpan..
macam ajak naik superbikes keliling kampung..
aha~

demands betul!


selamat hari bapa, dedy!
harap dedy sentiasa cool.. =D


umi : umi nama apa?
Hadif : Ha..ja..
umi : ni nama apa?
Hadif : Ha..diss ( biasala,pelat baby ada lagi)
umi : dedy nama apa?
Hadif : Ha..fisssshhhhhhh!!! ( tersembur air liur)
umi : hahaha..kesian dedy jadi fish..


so fishy..

=D

Friday, June 14, 2013

:: mimpi buruk Hadif ::

assalamualaikum...

mimpi buruk Hadif start bila menjejak kaki ke redang itu hari..
bagi yang tak tahu..
Hadif sangat trauma dengan air mahupun pasir, debu atau sesuatu yang menjengkelkan bila melekat pada tubuh badan dia..

melalak macam kena sengat tebuan..
haishhh!!


 see?
sanggup jalan guna tumit kaki..
=p


hasilnya....
balik terus demam dan mula la timbul ruam-ruam yang sangat menakutkan-umi-dan-dedy..
sebab Hadif tak pernah kena ruam sejak lahir..
macam tak percaya pun ada..
anak aku alergik air masin ke apa?
ruam dari paras pusat sampai ke tapak kaki..
ke ekzema mungkin?



di bontot lagi la menakutkan..
mungkin sebab terpakai pampers 2x masa rendam dia dalam air..
itu pun sekejap,  tengok Qalesya okey aja..
aisy..

start tak mau makan & minum selama 2 hari..
minta susu, tapi pegang je,tak sumbat dalam mulut..
aku & en asben check dalam mulut, nampak ada ulcer di kerongkong gitu..

lepas tu, nak bawa pergi klinik.. mak tak bagi, yela, acap sangat dah pergi klinik sebab demam, kesian dia kena telan ubat je selalu..
so, mak suruh bawa pergi jumpa bomoh..ha.ha..bomoh la sangat..makcik sebelah kampung tu pandai la buat air penawar untuk budak-budak kena ruam, campak & sebagainya..
bila bincang dengan en asben, elokla juga try rawatan alternatif.. "kita try!"
*u know, bila kita dalam bidang perubatan ni, tahap kepercayaan terhadap rawatan alternatif ni sangatla tipis,selagi diagnosis boleh dibuat selagi tu percaya ada rawatan*

sekali pergi kat makcik tu, dia urut satu badan dengan minyak yuyi sambil baca ayat Al-quran..
pastu dia cakap " ooo, ni butey keney ni,besar ni kat tekak"
aku pandang dedy, dedy pandang aku
 " butey keney dalam medical term tu apo dy?"
"maybe lymph nodes bengkak kot?emm?"
ha.ha.ha
papo jela.. lepas siap tu, terus Hadif boleh minum susu laju-laju...
macam waaa...Alhamdulillah...syukur sangat2x..




dan start la pakai cloth diapers(CD), mula lah kalut selongkar CD dalam kotak..
ha.ha.ha
sekarang, hampir seminggu pakai CD, macam best pula..
cuma kadang-kadang tu, budak hadif akan bertempik kat aku "umi, nak ewak!!(umi,nak berak!!)
lorr, berak jela Hadif oi, sama je nak oi!..

=D


Wednesday, June 12, 2013

:: cuti sekolah punya cite.. dah abis dah!!::

assalamualaikum..

=)

sebenarnya, aktiviti sepanjang kat sana hanyalah makan-main pantai-selam tengok-ikan-makan dan tidur..

besttt sangat!!!

tapi nak tengok mat salleh bergelimpangan atas pasir takdelah ye..
pulau ni memang suci daripada pencemaran mata..

=P

 malam-malam, lepas tidurkan anak, bolehla berdating dengan en asben menyusuri pantai..
lihat kebesaran Tuhan..
=)

siap ada firework lagi~
ewww...

 sedih, ikan tak mau datang..
ha.ha.ha




 ayah..






 snorkelling best yooo~
3x round..
tak puas!




 and yes..
it is Redang Island..
=)


akak aku cakap redang lagi lawo pada krabi & phuket..
emm, tak tahulah sebab tak pernah sampai ke sana..
nanti bila sampai aku buat perbandingan..
=D


femeli potret..


abisss dahhh!!!!!!!!

tunggu next trip pulak.. INSYALLAH..

more info : here

Tuesday, June 11, 2013

:: cuti sekolah punya cerita..sambung lagi..::

assalamualaikum..


sebab ada 2 budak kecik yang perlukan perhatian..
maka, kena gilir-gilir jaga..
aku turun kejap, pastu naik, orang lain pula pergi selam tengok ikan..
Hadif, setiap kali naik bot dia tidur..biasalah, takut punya pasal..
=D


 suasana memang mabeles..
tapi kalau dah berenang-asyik-langgar-orang nak buat macam mana,kan?
pergi lagi time cuti sekolah..
ha.ha.ha



 dan bermulalah episod takut air budak Hadif..
kena air, nangis..
tu berjalan sambil nangis la tu..
pesen apa pun tak tau..

last sekali dok atas dukung jua sepanjang masa..

boleh jadi kisah yang lucu bila dia besar nanti..
bukan setakat kena air je nangis, kena pasir pun nangis..
"umi, cemar!!"
LOL!!
Hadif!!Hadif!!
tahap pembersih anda memang melampau, taw!


Hadif dan Qalesya sangat berbeza..

Qalesya tak boleh tengok pasir & air,sibuk berkejaran nak main..penat abah & mama dok jaga..

Hadif? selagi tak pakai selipar, dia takkan jejak pasir tu..
apatah lagi air..
so, umi & dedy steady je pergi main air..

=D

to be continued~

Monday, June 10, 2013

:: cuti sekolah punya cerita..sambungan 1 ::

assalamualaikum..

idea bercuti ramai-ramai ni ditimbulkan oleh akak aku sebab dia-jeles-tengok-aku-p-jalan-jalan-sokmo..
ehee..takla...
idea yang bagus sebab dah lama tak pergi bercuti ramai-ramai macam ni..
last sekali pergi bercuti ramai-ramai, rasanya 3-4tahun lepas..oooo...lama dah rupanya..

so, sebab akak aku beria-ria, dia lah jadi pengarah program cuti-cuti ini...
yang lain, hanya sediakan diri & duit...
=D

semua join kecuali abang aku sorang-sebab-akak-ipar-dalam-pantang & of course adenda yang dok jauh nun! hye mie!!!!*sile jeles* hehe..

 naik speedboat yang mengancam sangat*sakit bontot*..(p/s :orang mengandung sila jangan berangan nak pergi pulau ye) sampai budak Hadif tertidur sebab takut..



 40 minit naik speedboat dah sampai..
kalau naik boat yang besar, maybe 1-1 1/2jam baru sampai..

 bermalas-malasan dengan Hadif sementara tunggu bilik siap..

 chalet ni 2 tingkat, ada aircond kat bawah tapi kipas kat atas-yang-panas-sangat..
tapi okla, selesa la jugak..
ada 1 katil queen kat bawah + 2 tilam kat atas..

 aktiviti bermula dengan snorkelling pada pukul 2.30pm..
teruja punya pasal..

panas tetap layan..

nak pergi snorkelling, of course pakai sunblock kan?
sila apply kat mana yang terdedah, aku pakai yang sunplay SPF 130++, maka sepanjang 3 hari kat sana,tak kena sunburn pun.. Alhamdulillah..

nak pergi snorkelling pun, kalau takde baju renang..
sila pakai baju gelap + jangan pakai tudung berawning.. nanti nak pakai gogel,abis air masuk..
haha.. semua kejadian ini berlaku pada adik,akak,akak ipar + mak..
lepas diorang dok merungut baru aku cakap," lupa nak cakap, nak snorkelling tak payah pakai tudung awning bagai, bukannya ikan nak tengok anda melawa"

belajar daripada pengalaman dulu masa snorkelling kat sabah*3 tahun lepas*, aku pakai tudung macam tu,last sekali struggle nak tengok ikan..

ha.ha.ha


dan jangan lupa pakai dry bag, sebab nak p snorkelling kena jalan dalam air nak p bot..
abehla basah bekal dalam beg kalau bawa beg biasa..
=D

to be continued~

Sunday, June 9, 2013

:: cuti sekolah punya cerita ::

assalamualaikum..

hye! missed me?
=D

cuti sekolah sudah berlalu, cuti sekolah tahun ni paling happening walaupun aku takde anak sekolah lagi tapi pergi menyibukkan diri time orang cuti sekali sekala best jugak..
selalu pergi bercuti time bukan cuti sekolah, takla merasa meriahnya suasana cuti sekolah ni..

dan

busy juga sampai tak ter'up-date' blog..

cuti sekolah minggu pertama dipenuhi dengan kenduri kendara sampai-tengok-gulai-kawah-pun-tak-berminat..
sampai satu tahap, satu hari 5kenduri, mau aku tak hadap nasi minyak mahupun muka pengantin..
ha.ha.ha

malu tapi mahu...
ewww~


pengantin lame..
haha..

aku tak ambil gambar pun dengan pengantin.. walaupun 2 orang sepupu aku naik pelamin minggu tu..
haha~
malas aku nak menyemak di hari bahagia orang..



the only pengantin aku ambil gambar tu pun sebab budak Syafiq ni beria-ria..
tahniah buat semua yang naik pelamin musim cuti sekolah hari tu..


minggu kedua aku ambil cuti panjang..
sampai abang dengan akak aku jeles-banyak-benar-cuti-tahunan-sampai-cuti-panjang?
lol..
haritu tu cuti lama sebab mc, memangla cuti tahunan banyak lagi~
=D

melarikan diri seketika~

haks...
percutian yang best!!


tapi mimpi buruk buat Hadif..

hu..hu..hu

to be continued~




::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers