assalamualaikum..
long time no see!
sebab harini baru masuk kerja..haksss..
ni bukan aku nak share resepi buat Pie.. tapi aku nak share pengalaman aku pergi P.I.E.S..
ehem, minggu lepas dapat surat urgent suruh pergi program ini, di Ayer Keroh, Melaka..awesome!!
dah lama tak pergi kursus jauh-jauh..last sekali rasanya sebelum mengandung Hadif.. maka, bila dapat peluang sebegini wajiblah kita grab ye, alang-alang 7 orang je terpilih daripada beratus-ratus paramedik di HUSM ni..tidakkah aku ni antara insan bertuah? haks..
tuah ayam nampak di kaki, tuah aku dapat pergi Melaka~
hiks..
ku tinggalkan Hadif 3 hari 3 malam untuk ke sini..
Alhamdulillah, HAdif tak banyak songeh..
bila kol, tanya umi kat mana .. dia cakap "umi pergi kije,kat melaka"
dia tak tahu, melaka tu jauh..
10 jam naik van, sakit abeh badan.. ngenge
=D
dan program ni lebih kepada team building..
P ( physical). I (Intelectual), E(Emotional), S (Spiritual)
tapi awesome! sebab tak pernah lagi aku join team building yang happening giler..
dengan pengisian yang penuh santai.. dapat kawan-kawan baru dari agensi-agensi lain seperti petronas,uitm,utem,upnm dll..
dan puteri resort ni memang sangat best untuk aktiviti begini..
dan program santai begini membolehkan kita terjun kolam beberapa kali.. hiks..
abeh program pada waktu malam, budak-budak lelaki siap karaoke sampai pukul 3 pagi..
T_T
bilik yang luas mengadap kolam..
ruang lobi yang luas
kawan-kawan baru..
main rakit sama-sama..basah lencun satu badan* takde gambar*
sesungguhnya program ni ibarat "percutian" bagi refreshment kepada badan dan otak..
pastu sampai kelantan, sambung cuti..
awesome!
* sapa-sapa dapat tawaran macam ni, wajib grab taw!*
=D