assalamualaikum
=)
aku share resepi snek mudah yang digemari oleh Hadif..aku rasa semua budak suka kot, sebab coklat, budak mana yang tak suka? jangan kata budak-budak je suka, bapak dengan mak budak pun suka..
=D
resepi bread choc stick..
bahan-bahan :
roti gardenia
cooking chocolate
nestum / oat + milo ( option )
roti gardenia tadi dipotong kecil-kecil..
bakar selama 5-10 minit pada suhu 180 darjah..
biar sampai garing..
nanti baru rangup gitu..
sementara cairkan coklat masakan, letakkan oat/ nestum di atas pinggan..
campurkan milo kalau nak rasa ummppph!
coklat masakan dimasak dengan kaedah double boiled ye..
dalam 6 bar : 4 keping roti
selepas coklat cair sepenuhnya, cepat-cepat masukkan roti yang siap dibakar..
gaul biar rata..
selepas itu, golek-golek atas campuran oat/ nestum tadi..
ohsem!
cepat, rangup, sedap hingga menjilat jari..
=D
separuh ditelan oleh budak ini..
=D
lepas makan, jangan lupa gosok gigi..
selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment