Wednesday, December 31, 2014

:: 2014 dalam kenangan, moga 2015 bawa sinar harapan ::

assalamualaikum..


banyak nak cerita pasal banjir yang melanda,  tak pasal-pasal tiba-tiba jadi mangsa banjir dll..

apa-apa pun, tahun 2014 melabuhkan tirainya..
suka duka dilalui sepanjang tahun ini harap dapat memberi pengajaran dan mematangkan diri sendiri..

getting pregnant, dapat beli aset 2 bijik antara pencapaian terbaik tahun ni..

semoga 2015 membawa sinar harapan yang baru yang lebih baik untuk kita semua..
amin..

khamis, 25.12.2014, pukul 4pagi.. kami yang berjaga malam menghadapi air banjir yang datang..

tahun 2014 diakhiri dengan menyental rumah yang penuh dengan lumpur dan selut..
huhu~

more updates soon..

=)



Tuesday, December 30, 2014

:: teaser banjir 2014 ::

assalamualaikum...


khamis 25.12.2015, 7.15am @ rumah MIL di Tendong, Pasir Mas,Kelantan
air baru meningkat naik time nie..
more update soon~

berat mata memandang berat lagi mahu memikul..

Thursday, December 25, 2014

:: baru pasang barang beli di ikea u olls ::

assalamualaikum..

kalau ikut entry ini, soping sakan di ikea sampai full kereta, nak tahu beli apa? jom lah kita tengok apa yang laki bini ni rembat kat sana tapi baru minggu lepas nak pasang semua barang..
nak buat macam mana, sibuk u olls..

pergi pasang pun curi-curi masa lunch hour, nasib baik dekat je HUSM dengan apartment..
ni pun menumpang rumah akak aku, which is jiran depan rumah ai..
rumah ai ade penyewa, so tak boleh nak masuk..kira pasang siap, ketuk rumah penyewa tu,pastu sumbat je barang kat sana, haks..

 so, preggy mum ni dengan baik hati tolong en asben pasang satu..yang paling mudah sekali, iaitu pasang kaki meja..
haks..

 setengah jam jugak nak siapkan Tarendo ni..
haks..

tara...
pakej sekali dengan ADDE chair...
siap untuk meja kerja @ study
=)

Dedy pula pasang BREIM,


beli yang ni je sebab kat rumah tu dah ada kabinet baju built-in tapi kecik je..
kalau aku sumpah tak cukup, so yang ni sebagai back up dia..
=)




tak lupa rak kasut BISSA sebab ruang masuk sempit, kalau takde rak kasut memang haru-biru depan pintu masuk..
=D


yang paling besar tu DOMBAS untuk bilik di rumah MIL..

barang ikea memang praktikal, cuma tu la lelah bab nak pasang je..
hiks..

=D

Tuesday, December 23, 2014

:: Hadif & chicken pox ::

assalamualaikum..

dah 2 minggu Hadif kena chicken pox.. huhu..
Alhamdulillah, sekarang tinggal saki baki dot-dot kat badan..
*nasib baik la ye kena masa kecik, kalau tak habis la ye parut kat badan.. tak hensem u!ewww~*

ni kes berjangkit daripada adik aku , lepas tu jangkit pula dengan anak sedara, lepas kena kat Hadif, lepas ni sapa pula?ho.ho.ho
start pula dengan demam panas 3 hari, baru timbul bintik-bintiknya menyusul..
Alhamdulillah, tak la meragam sangat bila demam dah kebah..

tak pergi klinik pun..
cuma minum paracetamol 250mg, sapu losyen calamine.. INSYALLAH masalah chicken pox ni akan beransur pulih..
tak apply langsung amalan tradisional..hakss..



satu, kena bagi semangat kat dia supaya tidak menggaru-garu..
berat badan pun turun mendadak..
huuhuu..

beli hadiah botol baru nampak semangat sikit Hadif ni..

get well soon, son!

=)

Tuesday, December 16, 2014

:: perkara yang menggoda di hujung tahun ::

assalamualaikum..

hujung tahun memang sangat menduga iman betul.. sana-sini sale, tak gitu.. tak payah pergi jauh, dok mengadap depan mata, klik sana-sini penuh dengan Year End Sale.. hew hew.. * lap peluh*

padahal pergi KL aritu dah banyak YES dengan duit.. haha..

dapat 4 keping cash voucher dari Sogo, tapi nak buat apa, bukannya tinggal kat KL, bagi free kat abang.. Sogo ni pandai saja suruh orang tabur duit kat sana lagi.. "-_-

minggu ni dapat lagi voucher, bila en asben redem mata kad petron..
sapa dah redem?


dapat p Legoland!! yippee sangat, padahal tarikh luput 31 march 2015..
haha..kesian kat aku, rasanya dapat jejak tak Legoland time tu?
kalau terberanak awal, bley i p rasmi, kalau tak isk..isk..spoil macam tu je.. teringin nak bawa hadif p theme park macam tu, dulu masa pergi Universal Studio Japan dia baru 1 tahun 3 bulan..tak ingat pape pun.. Hadif sekarang pun, singgah di stesen Petron bukan main tunjuk Legoland kat pam minyak tu.. 

klik here for more detail


ni belum terjah website barang baby lagi ni..
hakss..

sabar.sabar.sabar.



Wednesday, December 10, 2014

:: cuti-cuti Malaysia..II ::

assalamualaikum..

pit stop kedua : KL

dah sampai KL, macam-macamla nak buat kan?
agenda utama tentulah shopping..
gegeege~

YES kalau tak di Sogo, tak sah..
hehehe~


hasil rembatan..


sempat pergi rasmi IOI Mall Putrajaya.. tapi tak sempat tawaf 1 mall, luas nak mampus + ramai giler orang.. semput den..


salah satu misi utama adalah terjah Ikea..



hasil rembatan di Ikea..
hakss..
full car..
=D

almari Dombas untuk bilik di rumah MIL..
hanya 1 sempat dipasang oleh en asben.. tu pun sejam setengah dia buat sorang-sorang, aku tukang perhati & komen je..
haha..

barang lain tak boleh nak pasang lagi sebab semua tu nak sumbat kat studio house kami, tapi masalahnya, kena peram dulu lah, bila ntah nak bagitaw dekat penyewa nak masukkan barang..
hehehe~



Tuesday, December 9, 2014

:: 3rd december, 4 tahun yang utuh ::

assalamualaikum..


Alhamdulillah.. imbas kembali..3rd december 2010..
dah 4 tahun melayari bahtera perkahwinan..ehem..

=D

pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu..
dalam masa berlalu, anak pun dah nak masuk 2..
heeee~

tipu dalam rumah tangga takde huru-hara..
tapi sesungguhnya masa memang mematangkan kami..
lagi-lagi kahwin usia muda, tak gitu?

seperti tahun-tahun sudah yang berlalu.. we olls celebrate simple-simple..
hopeless romantic katakan..
hakss..

aku tanya en asben nak apa..dia tanya aku nak apa..
kan senang gitu?
takdenye seprais candle-light-dinner

=p

alang-alang dah ade kat KL kan, 

dedy request t-shirt 


tempat yang best untuk design T-shirt lawa-lawa..

dedy got 2 t-shirts as his present..

i got my syifa patch jubah & zara shawl from CalaQisya..
hiks..
suka-suka..



dah ada koleksi dari CalaQisya
=D


lepas tu, celebrate la simple dengan budak Hadif..






dear en asben, may ALLAH bless our marriage..
amin..

=)

Sunday, December 7, 2014

:: cuti-cuti malaysia... I ::

assalamualaikum...

=)

sekembali daripada bercuti panjang.. hujung-hujung tahun macam ni memang best untuk habiskan cuti rehat tahunan.. haks..tapi apa daya, pelan untuk cuti-cuti Siam bertukar jadi cuti-cuti Malaysia last-last minit.. huhu~

tapi tak apa, cuti-cuti Malaysia pun kali ni berjalan dengan lancar sahaja..
Alhamdulillah..

kalau pergi bercuti ke luar negara, duit habis untuk cuci mata + makan..
bercuti di dalam negara? duit habis untuk shoping.. hakss..


akak aku g jenjalan Hong Kong minggu lepas.. *jeles*
hakss..

kami?

pit stop pertama : Kuantan

en asben & the gang ada friendly futsal match..alang-alang tu overnight kat situ sambil menyelam minum air..

era villa homestay..


 luas, laman bersimen boleh muat 6 bijik kereta..

laman untuk bermain + bbq





futsal

siap bbq + futsal bagai dah pukul berapa dah geng lelaki ni..

geng bini & anak-anak awal-awal lagi surrender masuk tidur..

pagi esoknya, mula la culas nak bangun nak pergi Bukit Gambang water park pula..



 Breakfast di Kuantan memang mahal..
RM 16 untuk 2 pinggan..hohoho..
kalau di kota bharu ni, tak sampai RM10 untuk jenis lauk yang sama taw..

 ready to main air..

Hadif sampai sana memang excited, tapi tunggu pakcik-pakcik dekat sejam dok pusing-pusing-beratur-beli-tiket-memang-spoil-mood-dia..

kejap je main air.. lepas tu meragam nak tidur-tapi-tak-boleh-nak-tidur..

so?

to be continued~




::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers