Monday, June 29, 2015

:: jalan sakan sebelum masuk kerja ::

assalamualaikum..


throwback je ni.. aku dah masuk kerja dekat 2 bulan baru nak story..errr..

seminggu sebelum masuk kerja, we olls decide bawa anak-anak jalan-jalan..
orang kata training untuk jadi kaki jalan macam makpak dia..
Hadif dulu selepas 40 hari dah merata makpak dia bawa jalan, Hazim ni slow sikit..sikit je la..hikss

memula kita pergi Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah..
kat mana?

masuk link ni

tapi we olls sampai lambat, patut sampai pukul 2 petang, bolehla beramah mesra, mandi manda dengan gajah, tapi tak sempat aihhh..sampai-sampai semua dah dok atas darat..
baru berangan nak tengok Hadif mandi dengan gajah..
grrrrr~
takdak rezeki..


Hadif yang berjaga-jaga dengan gajah kat belakang..
penakut aihhh budak ni




tak dapat main dengan gajah, rilek2x je kat sini sebelum meneruskan perjalanan ke Bentong kembali..



pagi tu decide pergi zoo negara la dulu sebelum naik genting..
umi dedy pun last masuk sini zaman kanak-kanak..
1 habuk pun tak ingat..hahaha
so, excitednya sama macam Hadif...
=p


animal show paling ummpphh, sebab boleh tengok kegembiraan & curiousity budak Hadif ni..




1st round jalan kaki, 2nd round naik tram..
gigih tak?
haha.. biar berbaloi dengan harga tiket..


endingnya dengan genting highland..
tak dak apa yang menarik sebab genting tengah upgrading..tunggu 2017 baru best kot naik kat sini..

overall, senang je bawa 2 budak ni jenjalan.. tak banyak songeh, songeh lebih pada Hadif sebab penat melayan pot-pet dia, Hazim still cool lagi..hikss

behave ye anak-anak..

InsyAllah, real jalan-jalan after raya nanti..
=D


Sunday, June 14, 2015

:: show off your ebm? wajar atau tidak? ::

assalamualaikum..

suka tengok orang post pasal breastfeeding journey... Alhamdulillah rezeki masing-masing, bukan?

pernah satu ketika dulu, masa aku dah stop breastfeeding, suka scroll tengok orang show off their ebm kat pejabat...tiba-tiba kena tegur oleh seorang senior..

"orang zaman sekarang semua nak show off, pasal susu anak pun nak tunjuk..awak tak fikir ke apa tanggapan orang lelaki bila tengok susu tu? "

aku pandang dia? perghh, ayat menusuk kalbu bila datang daripada mulut orang lelaki sendiri..
tak pernah terfikir pula dari sudut orang pandangan lelaki..
yang fikir untuk saling memotivasi para ibu.. tapi tak fikir bila publish kat sosial media, benda lain yang jadi.. tak gitu..

ada satu akak ni share kat blog dia sini 

so, untuk bagi aku, depends kepada nawaitu masing-masing..
dan aku memilih untuk setia letak ebm dalam freezer.. jadi tatapan aku je untuk bagi semangat kat diri sendiri..hehehe

kalau orang tanya aku pasal ebm aku..

aku hanya cakap," Alhamdulillah, rezeki Hazim masih ada"
kalau ingin tahu sangat, bukak la freezer rumah mak kat kg, aku tak angkut stok ke rumah MIL, kat sana pun tak muat..errr


untuk tatapan semua

Tuesday, June 9, 2015

:: Athief Hazim : tahniknya last minute ::

assalamualikum..

Dulu semasa Hadif, sempat bertahnik dengan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz..( Al-fatihah), teringat lagi, sebelum subuh terpacak dekat Pulau Melaka..i miss that moment..
Tapi Hazim tak sempat ditahnik oleh Allahyarham, selang beberapa hari jekan.. *tears*

so, Hazim ni memang last minute punya tahnik...
malam selepas solat isyak, hari ke-7 kelahiran baru semua teringat sunnah nabi ini..
adehla, legend betul, tak ke huru hara ayah hello tok imam tok bilal mari rumah buat tahnik untuk cucu dia?
hahaha..
tahnik start pukul 10 malam..
hahaha~


tok imam

tok sedara..

ahli masjid..

Alhamdulillah, majlis tahnik berjalan lancar dengan serba serbi kekurangan..
hehe..

masa time juga annouce nama budak kecik ni..
suspen je semua orang dari hari pertama nak taw nama baby..
hahaha~

Athief Hazim

pagi keesokkannya, dedy cukur abeh kepala budak ni.. bila Bang Hadif balik dari sekolah, dia pula request nak botak macam adik.. dedy layankan saja..lepas botakkan Hadif, Hadif pula suruh dedynya botakkan kepala, maka dedy kena pergi kedai botakkan kepala sebab takde orang nak botakkan kepala dia..



Hero botak ai..

selang seminggu, rambut dedy dengan Hazim tumbuh bagai nak rak..
rambut Hadif, sebulan lepas tu baru kelihatan tumbuh...
hehehe~


p/s : InsyAllah, majlis akikah dan kesyukuran akan menyusul.. =)

Thursday, June 4, 2015

:: Athief Hazim : kelahirannya ::

assalamualaikum..

i will make it a short-not-to-long story.. InsyAllah...

=)

14.2.2015  (38minggu)

en asben ajak pergi kenduri, lepas tu pergi gathering bbq rumah member dia.. aku memula tak nak pergi.. tapi di psycho oleh en asben sebab bbq ada kambing bakar, maka akur la dengan selera ai..hikss..
Lepas makan kenduri, masuk kereta, gerak terus ke rumah member satu lagi, tiba-tiba aku rasa mual yang tak boleh tahan, berhenti di seven E, beli asam..sekali makan asam, lagi mual, sebab silap beli asam..geegege..
Sampai rumah member, tengok isteri member tengah bertungkus-lumus siapkan barang untuk bbq, aku cakap nak tolong jaga anak dia saja..hikss
Lepas solat maghrib, bbq start, makan-makan..mual-mual..tanpa segan, toilet rumah member jadi tempat lepak..tak terasa kenikmatan daging kambing bakar..T_T abeh aku luahkan dalam mangkuk tandas..
tak boleh jadi, ajak en asben balik.. kesian en asben, party bbq baru nak start best, dah kena pulang..huhu
pulang terus tidoooo...

15.2.2015

aktiviti makan semakin terbantut, asal makan,muntah balik..hilang nikmat.. huhuhu..
dok berdiskusi dengan en asben, nak pergi hospital ke tak.. contraction boleh rasa sejam sekali,tu pun mild je..last-last decide, pergi je la hospital..
Pergi hospital, buat CTG,buat VE,borak dengan doktor, doktor suh masuk wad, sebab bukaan dah 1cm..nurse cakap, malam-malam ni beranak la awak tu..
masuk wad dengan senang hati.. kena masuk air 2 botol..haha..baru segar tubuh badan terasa.. =D
tunggu punya tunggu baby nak keluar sampai tertido..bangun tengah malam pun tak terkeluar juga..
miss tarikh cantik 15.02.15
=p

16.2.2015

doktor check VE, still 1 cm, doktor cakap discharge dulu sebab muntah pun dah berhenti.. dapat MC 3 hari, kalau sakit sila datang lagi..haha
so, dah dapat cuti, marilah menggembirakan hati, member-member suruh round mydin takpun nirwana,sebab depan HUSM je kan, apa kelas, kita g round tesco la, luas pun luas.. hahaha
round tesco, shopping apa yang patut, masa tu contraction dah 20 minit sekali.. sekali dia menyerang, aku berhenti jalan.. pastu sambung shopping lagi..hehe
balik rumah, rehat dan tido...

17.2.2015

4.00am
aku tersedar dari tidur.. cuba tidur kembali, tapi tak boleh.. ambil wuduk, solat apa yang patut sambil tengok jam.. kekerapan contraction sudah 15minit sekali..

5.00am
kejutkan en asben,kejutkan mak ayah suruh jagakan Hadif..umi Hadif nak pergi berjuang!!hehe..mohon ampun silap salah dengan mak ayah, aiseh, syahdu je time ni..sempat grab kurma 1 kotak, 1 botol air zamzam, tu je bekalan tenaga nak berjuang..

5.15am
Sampai HUSM, tak aju pun bawa kereta,tapi dah memang jalan lengang kan?hehe..register di A&E..en asben cakap parkng kat parking staf bawah A&E jela, senang nanti nak masuk wad, walaupun labour room 100meter dari sana..hahaha..
Parking kereta, en asben pula sakit perut..errr, sakit perut yang tak boleh tahan lagi katanya,so,aku yang sakit perut ni boleh tahan lagi, bagi je la dia dulu settlekan masalah dia..
Settle masalah sakit perut en asben, marilah kita jalan-berhenti-jalan ke labour room..heee
check-in pre-labour room.. buat apa yang patut, doktor suruh masuk wad dulu sebab bukaan baru 3cm.. nurse bisik dengan aku cakap tak payahla, CTG awak dah dahsyat sangat dahni..so, aku pun dok berkawad la kat ruang tu..ke hulu ke hilir, orang lain sakit dok atas kerusi, aku sakit kena jalan..hehe

7.15am
Terasa nak buang air, masuk tandas..belum sempat duduk,air mencurah-curah jatuh..errr, terkencing kah ini?
basuh-basuh, keluar balik..sakit menjadi-jadi..nurse cakap,meh saya check awak, sekali nurse seluk,air ketuban awak dah pecah..lol..5cm dah,dengan katil tu juga nurse tolak masuk labour room,sempat lagi selisih dengan doktor tadi,sempat lagi dia tanya, "aik, cepatnya!" hakss..

8.30am
doktor masuk,siapkan apa yang patut, dia cakap,anytime awak rasa sakit,teran je,pastu dia blah..hoho,en asben pun masuk..en asben bagi kekuatan tangannya,aku ambil juga ibu jarinya sebagai penahan sakit..en asben sempat lagi cakap, "dulu masa bersalin Hadif,ibu jari juga dipegang,yang ni pun ibu jari juga?aiseh, kalau bersalin sampai 5 anak mahu ibu jari dedy patah dulu"..haksss
midwife datang, sesi push-push bermula..
ini pengalaman bersalin paling real sekali..dulu bersalin Hadif aku separuh sedar.. sekali yang ini,amek kau,nikmatnya tak terkata..
push sekali,keluar kepala baby..rehat...lama aku rehat ambil tenaga,baru push balik..

8.44am

Alhamdulillah, aku selamat bersalin... en asben pun ada sekali sampai habis proses jahit-menjahit..borak-borak sampai baby siap mandi..thank you nurses and doctors..

1st selfie dalam labour room..
=p
sayang bang Hadif takde


dedy cakap " hebat umi, sakit pun dok senyap je"
aku balas dengan senyuman tapi dalam hati cakap "dedy taktaw,dekat prelabour room tadi tu abih dinding aku sepak,sampai nurse naik cuak..hakss"



assalamualaikum adik..

=)

p/s : member aku gelak, dia kata orang lain mula-mula pregnant dok muntah-muntah, aku nak bersalin baru nak muntah-muntah.. =p well, rezeki masing-masing kan? =D

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers