Wednesday, November 18, 2015

:: DKB : devil chocolate kitkat cake for Hadif's birthday ::

Assalamualaikum...

setiap kali balik sekolah, Hadif selalu cakap macam ni..

"Hari ni hari jadi Farhan, kek dia kek spiderman"

"Hari ni hari jadi tasnim, kek hari jadi dia kek hello kitty"

and so on la...

"Nanti hari jadi Hadif, Hadif nak kek kitkat!"

haaa... nampak tak lain bebeno citarasa budak Hadif.. =P

hari berganti hari...birthday budak lain berganti-ganti.. kini tiba birthday Hadif..
tapi sayang, 11 haribulan 11, Kelantan cuti (cuti keputeraan sultan)..hakhak..

nak tak nak, kena buat belated birthday untuk Hadif kat sekolah..



rupa kek hasil tangan umi untuk Bang Hadif..

kalau tempah, mahal baq hang.. marilah kita guna anugerah yang Allah bagi ini untuk merealisasikan..

memula aku berazam nak buat chocolate indulgence, tapi bila  balik holiday letih la nak fokus buat kek rumit sikit..haha..maka buat kek devil chocolate jela.. asal ade kitkat, ye dak?


DEVIL CHOCOLATE CAKE..

resepi :

bahan A :

227g tepung superfine
50g serbuk koko
1sb baking powder
1sb sodium bikarbonat

(semua diayak sekali)

bahan B :

3 biji telur 

bahan C :

200g gula kaster
170g butter, suhu bilik
2sk esen vanila

bahan D

1 1/2 buttermilk / 1 cawan susu cair + 1 sudu perahan lemon@cuka

bahan E

1/4 cawan mayonis

cara-caranya :

1. pukul bahan C sampai kembang, masukkan bahan B sampai sebati, seterusnya masukkan bahan A dan D secara selang seli,akhir sekali masukkan bahan E..

2. kacau sampai sebati, masukkan dalam oven ,suhu 180 darjah celcius selama 45 minit (kalau suka bakar) atau pun kukus selama 45 minit.. up to u olls..

ganache : 500g cooking chocolate + 400g whipping cream + 2 sudu butter
*cairkan dan letak dalam peti sejuk selama setengah jam bagi pekat*

hiasan : 20 paket kitkat (2 fingers) + 20 paket chocolate nips ( untuk loyang 8 inci ye)

dedy yang rajin mahu contribute untuk kek anak dia..

malas nak buat cantik-cantik, aku pi potong kertas tampal pastu pacak je..hahaha

bang hadif yang Happy tengok kek dia menjadi..

dedy yang jeles..kuikui..

so, dapatlah Hadif sambut hari jadi dengan kek idaman dia kat sekolah bersama kawan-kawan..

hikss..


*video ada di IG aku, kalau nak tengok la..tak nak takpe.. =p





No comments:

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers