Wednesday, November 25, 2015

:: Hadif @ school ::

Assalamualaikum..

Dah penghujung tahun, baru ada masa nak cerita pasal anak teruna no 1, Bang Hadif, no 2 agak-agak tahun depan kot..haha...belum ada no 3 mahupun seterusnya..walawehhh... masa sangat mencemburuiku..huhu

Alhamdulillah, Hadif officially sudah habis 1 sesi pembelajaran di Tadika Mawaddah, walaupun sekolah berjalan seperti biasa sampai hujung tahun tapi memandangkan bulan 12, sesi belajar hanya separuh hari..kami makpak dia kesian pula, so bagi Hadif cuti sebulan..haha, ko bukan main excited bang Hadif bunyi cuti panjang-balik-rumah-nenek..haha..

So far,Alhamdulillah,syukur dia boleh get along dengan cikgu-cikgu mahupun rakan-rakan..u know, Hadif masa nak masuk sekolah ni awal tahun dulu bukan main drama, biasalah dok dengan nenek dia, segala benda manja nak dengan nenek.. nak sosial sikit pun tak pandai..Tapi jagaan nenek Alhamdulillah memang tiptop, maka pergi sekolah ni ibarat meneruskan kecemerlangan kat rumah.. bagi sosial sikit dengan alam sekitar gitu..

kenapa bukan tadika well-known? dekat Bandar Kubang Kerian ni segala tadika well-known ada,ko nak apa? little caliph, brainybrunch,geniusaulad,CIC dll.. orang kata, sediakan poket semua jalan..haha

TAPI, Tadika Mawaddah ni ok apa, 10 cawangan kat Kelantan.. cuma takde dekat Bandar KK ni je..tapi sebab on the way ke tempat kerja, so takde masalahla..setakat 7 minit perjalanan ke tempat kerja..

kelas 4 Ikhlas.. Bang Hadif kecik sekali..haha.. kecik-kecik cili api budak ni, Alhamdulillah dah boleh membaca walaupun merangkak-rangkak, sudah boleh hafal surah-surah muqaddam, surah yassin.. Buku anakku baru buku 7.. kami tak expect banyak sangat dengan Hadif, as long as dia happy.. Tapi kalau umur 6 tahun tak boleh apa-apa lagi memang naya la kan..





Nasib baik sekarang ni teknologi canggih, ada group whatsapps bagai..senang nak monitor aktiviti dia kat sekolah.. cikgu pun boleh kita tanya macam-macam.. senang hati makpak!!

antara aktiviti kat sekolah


sambutan hari raya..




tahun ni ada 2 kali bus trip.. tahap excited naik bas lebih pada tahap naik kapal terbang budak Hadif sorang tu..



sambutan kemerdekaan



Lawatan tadika lain ke sana




sambutan hari jadi memang tak sah kalau takde dalam seminggu hari belajar..
untung budak-budak sekarang..



agak-agak budak memang suka naik bas.. Aku dulu mana ada lawatan bagai..




Siap pergi tempat perikanan..haha



buat kerepok lekor lagi..haaaa..



berkelah lagi..


Nurse juga selalu datang buat spotcheck gigi..
Nasib baik gigi Hadif elok, kalau tak elok kau rasa mesti dia mengigau tak nak pergi sekolah..haha



bila waktu petang ramai budak transit datang..kebanyakkan budak sekolah rendah.. sesi petang lebih kepada fardhu ain-makn-makan-main-main sementara tunggu mak-pak ambil balik kerja..



best!!


mostly aku banyak update dekat IG, kat sana lah nak cari updates terbaru i olls..


kalau tanya yuran sekolah ni mesti korang terkejut.. sebab yuran dia RM210 dari 7.30am-5.30pm...'

kan? hehehe




No comments:

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers