assalamualaikum..
ramai tanya aku dah stop ke buat kek.. eh tak...
aku buat, tapi kalau nak tempah atleast bagi tahu seminggu sebelum nak tempah..
sebab aku kena buat persediaan mental dan fizikal..haha
dulu bolehla, terasa nak buat kek, masuk dapur, taruk bahan dalam mixer.. bakar terus siap..
sekarang tidak lagi.. hakss
dengan 3 superheroes kat rumah yang sibuk nak menolong memang tidakla aku on the spot terima tempahan, kalau seminggu sebelum, boleh aku countim dulu dengan en asben.. mana yang perlu dia buat dia semasa aku buat kek gitu..
lagipun sekarang stay dekat rumah MIL, takde kelengkapan baking, malas aku nak angkut mixer besar gedabak dari Bachok ke Pasir Mas.. haha
so, aku akan rajin bila balik rumah mak ayah..haha
pagi-pagi dah masuk dapur buat kek..
so, ini respi chocolate cheese brownie yang simple but sedap sekali !!!
chocolate brownie :
bahan A
2 biji telur
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
100ml minyak masak
1/2 cawan gula kastor < kurangkan kalau tak suka manis
1 sudu esen vanila
bahan B :
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
1/2 sudu soda bikarbonat
Lapisan cheese :
250g cream cheese
2 biji telur
70g gula kastor
1sudu vanila esen
* double kan adunan cheese kalau suka cheezy.. aku tak suka, muaksss.. =p
langkah-langkahnya :
1. masukkan semua bahan A dalam blender.. blend sampai sebati.. guna mixer pun boleh..
2. masukkan bahan B sedikit demi sedikit ke dalam adunan A, kacau sampai sebati..
3. kukus selama 30 minit, boleh juga bakar guna teknik waterbath.. but i prefer kukus supaya lebih moist.
4. sementara kek tengah kukus, masukkan adunan cheese ke dalam mixer, pukul semua sampai sebati.
5. bila kek dah siap, masukkan adunan cheese ke atas lapisan kek.. letak lebihan adunan kek untuk perhiasan.. tapi aku letak emulco coffee sebagai hiasan, lagi sedap gitu..
6.kukus lagi sampai 30 minit.. siap!!!!
7. nak sedap taruk dalam peti sejuk.. =D
*aku guna loyang 8inci ya! guna kertas alas untuk senang keluarkan dari loyang..
selamat mencuba..