Monday, March 28, 2016

:: So,today is my birthday!!! ::

Assalamualaikum...

28.3.2016,
Alhamdulillah genap usia aku ke-28 tahun..

Macam tak percaya dah tua..huhu,2 tahun lagi masuk 30 tahun..haha

Usia meningkat,harapnya amal jariah naik satu level..

Terima kasih buat mak yang melahirkan,
Terima kasih buat ayah yang membesarkan,
Terima kasih buat kakak abang adik-adik yang sama-sama membesar,
Terima kasih buat suami yang sama-sama memimpin tangan melalui perjalanan hidup,
Terima kasih buat anak-anak yang menceriakan hidup,
Terima kasih buat teman-teman yang sama-sama mewarnai kehidupan sepanjang nafasku di muka bumi..

Terima kasih buat Pencipta Yang Maha Menyayangi diri ku yang serba kekurangan..

Alhamdulillah.. 

Dapat hadiah apa hari jadi hari ni?

Dapat sepotong sundae pie malam semalam pukul 1 pagi,laki aku kejut sambil nyala mancis lalu nyanyi "happy birthday to you".. Hahaha..sadisss,layan je la.. Nak on lampu takut budak 2 orang tu terjaga..hahaha 

Takpe,dah belanja diri sendiri skincare terbaik untuk diri sendiri..hakss..kulit dah makin flawless,pencapaian terbaik dah sejak 28tahun ni..haha

1 comment:

izzeyda said...

happy birthday..

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers