Wednesday, March 9, 2016

:: air ::

Assalamualaikum... 

Hadif vs Hazim..
Kedua-dua beradik ni memang jauh sangat perbezaan karektor..

Hadif sejak dulu lagi sangat la lemah-lembut, sopan,dan manja gitu..

Hazim setakat ni memang lasak dan "jinak-jinak merpati" budak ni..

Paling ketara perbezaan adalah tindak balas dengan air..

Hadif memang si penakut air,sejak setahun ni je boleh berdikari dan ngam dengan air.. Nak masuk bilik air kena berteman, so,aku memang takde kerisauan bila tengok pintu bilik air terbuka sebab hadif memang takkan masuk dalam bilik air untuk bermain air mahupun buat aksi akrobatik kat dalam tu..haha

Berbeza dengan Hazim,budak ni sedari lahir lagi hantu air..tak boleh nampak langsung pintu bilik air terbuka,pantas je meluru masuk..memang kena aware sungguh dengan budak ni..

Last weekend,bawa lah budak 2 orang ni pergi picnic di Jeram Linang..

Pilih waterfall tahap budak je lah,sebab bawa budak,kalau ikut makpak dia rasanya kami pilih warerfall ekstrem gitu..haha

Ada anak ni kena toleransi la ye,tak boleh pentingkan diri sendiri gitu..huhu

Hazim masa sampai kat sini,tahap excitednya sangatla nampak..punyalah aku berusaha xbagi dia turun dari dukung.. 

Hadif macam biasa cool je,salin baju,turun mandi jap,lepas tu naik sebab tak tahan sejuk..haha

Hazim je layan mandi,Hadif kat atas dok marah-marah tak kasi pelampung kat Hazim..bila suruh turun balik taknak..

Haha.. 

Ok,next time bawa pergi water park pula..haha

No comments:

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers