Monday, September 30, 2013

:: tahap kreativiti keibubapaan ::

assalamualaikum..

budak Hadif sejak ramadan yang lalu ada sikap memilih yang amat dalam bab pakaian..
bagaimana struggle nak pujuk dia pakai baju raya, sampai sekarang setiap kali nak pakai baju ada je yang kena bina cerita dongeng supaya dia pakai baju tersebut..
kalau tak, abehla almari baju dia buka cari baju yang dia nak pakai..

tahap kreativiti keibubapaan teruji..
macam mana nak tackle anak supaya dia pakai baju yang sesuai dengan waktu dan keadaan..
huahua.. dasyat betul..
komunikasi yang dulu yang dianggap macam remeh, sekarang emm, komunikasi macam ni la sangat penting untuk perkembangan anak..
=D

 contoh 1 : join dedy tengok bola, keluar je bilik air, terus capai seluar pendek ni.. taknak pakai seluar lain...nak pakai dengan baju jentolak(yang dia kata baju keto sodok Hadif)..ikutkan saja walaupun malam, tapi tabah aje tdo dalam kereta sementara tunggu tengok bola..huhu~

contoh 2 : lepas mandi nak pakai baju tidur..
Hadif : Hadish nak pakai baju kereta api
umi : malam mane boleh pakai baju kereta api, baju kereta api kita pakai nanti naik keta lumba..*haha..gelak jela dalam hati* malam-malam kena pakai baju dinosour, nanti ultraman kluar,Hadif boleh gocoh(gaduh) dengan ultraman..
Hadif : oooo...hiahhhhh!

ok, setel!
=p



makin hari makin banyak akal..
makin hari makin pot-pet-pot-pet..

Alhamdulillah, dikurniakan budak Hadif yang banyak buat umi & dedy mencari akal buat cite yang masuk akal untuk dia..

geegege~

Wednesday, September 25, 2013

:: DKB : resepi takoyaki ::

assalamualaikum..

=)

aku dapat banyak request untuk kongsi resepi takoyaki..
selalu tepek muka hepi-pandai-buat-sendiri,kan?

=D

takoyaki ni kalau kat mall rasanya 1 biji seringgit, kan?
aku pernah la rasa, but totally different taste dengan my takoyaki..*aceh*
maybe, susah nak dapat benda pure kat malaysia,bukan?

resepi aku ni, hampir semuanya import dari Jepun..

kalau pergi ke Jepun, susah nak cari makan, bolehla alas perut dengan takoyaki yang senang didapati di tepian jalan..
cuma kat jepun sedap la lagi sebab guna sotong kurita..
sini mana nak cari?
T_T


 acuan ada yang elektrik mahupun yang tradisional..
aku beli yang pakai dapur gas sebab yang letrik xsama volt kan..
lagipun yang elektrik lambat panas.
kalau tak de acuan ni macam mana ye?
danish pancake pan pun boley, tak pun acuan kuih cara..
hahaa

=)

resepi  basic takoyaki:
tepung takoyaki yang ready made..
haha~
kat belakang plastik ni dah disediakan dengan bancuhan dia..
1kg tepung, 3 liter air, 6 biji telur..

selalu aku buat suku je..
250g tepung + 750ml air + 1-2 biji telur..
pukul sampai sebati..
tapi aku pakai mixer je..
senang..
=D


 panaskan acuan + letak minyak sikit..
taburkan flake( macam cornflake gitu)
nak letak ok, tak letak pun ok..

 masukkan bancuhan separuh..
letakkan isi sotong/ayam/udang/fishball dll mengikut citarasa..

 penuhkan acuan..
biar sampai masak sedikit..

 pastu bolehla terbalikkan,
golek sampai masak sekata..

 siap, bolehla angkat..

untuk bancuhan 250g, dapatlah 48 biji..

 taburkan *fishflakes, kicap takoyaki & mayones

*fully imported from japan

siap..


budak yang rajin nak tolong..umi sediakan bahan, mulalah kalut nak buat juga..
owh, Hadif pun hantu takoyaki!
=D

inti dalam takoyaki ni ikut selera masing2x la kan..
nak letak cheese pun boleh, nak letak daun saderi pun boleh..
hmm, letak cili api sedap juga kot..
ikut kreativiti..
tekak melayu katakan..

=D


boleh try resepi takoyaki versi orang lain seperti ini dan ini..

=)

ada sesape nak order?

Saturday, September 21, 2013

:: water confident level : the next step ::

assalamualaikum...

pergi ipoh itu hari sempat singgah seketika ke the lost world of Tambun, hotspring..

buka pukul 6pm-11pm..
bayaran masuk : RM18 untuk dewasa.. kanak-kanak tak tahu sebab tak ambil perhatian..haha..budak sebesar Hadif of course free la kan?

dan dilarang sama sekali membawa makanan dari luar..sila makan kenyang-kenyang sebelum masuk..


 
lepas solat maghrib rushing pergi sana ramai-ramai..
aku dengan confident tak bawa pakaian lain sebab dah tahu budak Hadif tak layan main-main air ni..

* dengan muka penuh keyakinan *

akhirnya balik dengan muka terkilan..

T_T

 masuk-masuk budak Hadif dah buat muka takut sebab nampak dinosaur siap asap keluar berkepul-kepul dari hidung..
haha~

* lagi buat umi yakin budak Hadif tak kan jejak langsung air kat sini *


TAPI, silap besar nampaknya..
bila dia tengok budak-budak air main air, dia pun join sekaki rendam kaki dalam air..
pastu tepuk-tepuk air..
pastu join sekaki dedy dalam kolam..

oiiiii... demands sungguh budak Hadif..
nak main dalam air panas rupanya..
huhu~


sekali tinggalkan umi di tepian kolam..
apela nasib~


main sampai tak nak naik?

pelik agak pelik..
masa pergi redang hari tu bukan main melalak tak nak main air..
masa pergi water splash pun sampai buku lali je..
hoho..
adakah faktor air panas ataupun suasana malam mahupun tempat yang begitu kondusif yang membuat Hadif selesa bermain air sini?

emmm?


*lepas main baru mengantuk budak Hadif, keluar pun dah hampir pukul 11.00pm*
 
 recommended untuk sesama yang nakkan kelainan.. macam budak Hadif..
hahah~
ada jakuzi, ada sauna,ada footmassage..
okla..tak ok bagi aku sebab tak main air.. T_T


sempat buat friendly futsal match lagi aritu..
=)

Wednesday, September 18, 2013

:: abang Hadif ::

assalamualaikum..

sejak balik ipoh itu hari budak Hadif menggelarkan diri dia sebagai "abang Hadif"
maybe sebab terikut dengan pakcik-pakcik, makcik-makcik, kawan dedy yang dok panggil dia "abang Hadif"

bukan abe, tapi abang.. sedap dengar sebutan  Ng kat belakang tu..

umi : ni sape? ( jari tunjuk kearah Hadif )
Hadif : Abang Hadif!
umi : ooo, abang Hadif..Abang Hadif nak adik?
Hadif : tok chey..(taknak) nak nenek...ngan tok ayah..
umi : hahaha~
dedy : ......?????


bermanja waktu cuti..

bangun-bangun tengok muka dedy macam tu..
 
Hadif tak puas jadi anak tunggul lagi nampaknya..
tu yang taknak adik lagi..

=p

Tuesday, September 17, 2013

:: cuti hari malaysia! ::

assalamualaikum..


dah beberapa kali aku tak join pergi rombongan kawan-kawan en asben pergi majlis kahwin..
Hadif tak sihat la, aku malas la..
tak biasa sebenarnya dengan diorang, ada yang tak kenal pun.. hee~
kali ni, reda je la, eratkan silaturrahim..kenal-kenal sesama kita gitu..

=)

not bad huh?

kali ni, kita konvoi ke ipoh pula..
untuk majlis kahwin omar & aisyah...
sebab tak kenal aisyah, sekali jumpe, mak aii, cantik bebeno orangnya..
lucky omar..
=)



sekarang, masing-masing tengah membina keluarga..
nampaknya, banyak kali lagilah akan buat rombongan ke majlis kahwin..
=)

yang best nya, sebab Hadif la yang paling besar kat situ, tak pasal-pasal umi jadi "akak" dikalangan mak-mak..
nampak matured agaknya..
ha.ha.ha


ada cerita disebalik lost world of tambun..

=)

Wednesday, September 11, 2013

:: mangsa keadaan ::

assalamualaikum..

aku balik kerja..
baru keluar kereta, mak dok jerit suh ambil Hadif yang muntah kat badan mak..
so, aku dengan muka terpinga-pinga pergi la ambil budak Hadif..
kenapa pula budak ini?

mak cakap maybe dia makan banyak sangat buah sukun yang di goreng ala fries..
u know, budak Hadif ni hantu buah-buahan..
tak boleh nampak buah, semua dia telan..
sekarang ni kan musim buah, sudahla kalau tengok buah durian, disuruhnya umi ambilkan durian tu untuk suapkan dalam mulut dia..
diakan pembersih, ,mana nak pegang sendiri isi durian-yang-lembik tu.. makan nak pulak!
=P

kembali kepada topik asal.. muntah!
lepas  beberapa minit, dia start muntah-muntah tak henti-henti..
uishh, konpius aku.. makan sukun sampai termuntah-muntah?

selidik punya selidik..
emm, si damia bagi Hadif vitamin C 2 biji..
* si damia pagi tu demam, tak pergi sekolah, abah dia bawa pergi klinik, doc bagi ubat, dia balik makan semua ubat,dan vitamin yg doc bagi untuk bekalan 3 hari, dia bagi kat Hadif 2 biji, dia makan 11 biji..abis!*
dia assume vitamin tu macam vitamin scott yang aku selalu bagi kat Hadif setiap hari..

apa jadi?

adik aku (bakal doc) cari balik plastik vitamin tadi, tengok kandungan vitamin tu..
pastu dia cakap " damia !! apa la bagi Hadif benda ni, dahla 1 biji 100mg..patutla Hadif jadi macam tu"
100mg x 2 = 200mg?

ok.. nak marah banyak-banyak pun sia-sia saja..

lagipun budak Hadif dah jadi lembik & tak bermaya..

kitorang pun bagi dia rileks je, tapi bila orang-orang tua sekeliling dok bebel push2x suh pergi klinik..
terpaksa lah pergi klinik..*malas nak tadah telinga sebenarnya*
kitaorang pun ada basic medic, setakat dehydrated jela budak Hadif ni..Bagi 100 plus , rehat cukup-cukup..ok aja..
tapi, ikutkan aja lah pesanan penaja, sedapkan hati semua orang.. =D

sebab dah pukul 6 lebih, Bachok ni memang semua klinik tutup..
so, lalu klinik kesihatan (KK) tengok ade orang, masuk jela kat situ..
aku kurang sikit dengan KK ni sebab tunggu lama satu hal..
pastu jumpa doc, doc tak check pun, sekadar tanya-tanya-tengok-dengan-mata..pastu bagi diagnosis..
"oh, anak awak demam" ceh..doc cap ayam betul!
aku pun boleh bagi diagnosis macam tu..

maghrib baru setel, balik rumah makan paracetamol, terus tertido..
letak coolfever pun pasrah aja..tak melawan, selalunya kalau demam,aku letak coolfever,macam berperang dok cabut balik atas dahi..=p

pukul 1.30 am, bangun dok melompat atas katil..
ok, dah baik dah budak ni..minum susu, tido balik..
Alhamdulillah..

esoknya, bangun pagi bau semerbak aje bilik..
buka lampu, tengok katil..
aiyaa, abih bocor lampin..
ok, totally semua toksin dah buang..
syukur!

=D


apa jadi dengan damia?

esoknya, cirit-birit..
emm~

note : vitamin  C seingat aku, kanak-kanak 1-3 tahun, boleh ambil 15-30gm untuk satu hari..ok!!!

moral of the story : walaupun budak Hadif tu jenis tak kutip benda yang dia jumpa kat atas lantai-pastu-masuk-ke-dalam-mulut.. sila alert dengan orang sekeliling dia juga~

sekian!


Monday, September 9, 2013

:: water confident level ::

assalamualaikum..

sebab budak Hadif sangat glemer dengan gelaran budak juruh @ budak sopan santun mengalahkan perempuan..mahupun budak yang sangat pembersih..

last weekend, umi & dedy menyahut cabaran bawak la dia pergi kolam,
mencabarkan dia untuk water confident..
walaupun tahap buku lali..

haha..
aku tak tahu la menurun kat mana budak Hadif ni..
umi & dedy punya la ekstrem, sampai kat dia, ntah di mana genetik itu datang..
gen resesif agaknya..
ha.ha.ha

sebab dedy cedera, maka umi dia la yang kena jaga, dedy jadi pemerhati..



 nak masuk kat kolam ni pun dok main tarik-tarik tangan..
penat kena pujuk baru masuk..
tu pun, dok cakap.. "tok chey..tok chey..eiiii*sambil tunjuk daun yang luruh masuk kolam"
alasan nak larikan diri la tu..

penat main psiko je ngan budak Hadif ni..


 sekali aku rendam dalam kolam kat belakang tu, melalak tak tentu pasal..
* buat malu aje sih..=P*


water level confident : air sampai buku lali..
haha~

masuk tak sampai setengah jam, sudah ajak balik..
nasib baik harga tiket rm2 je..
hukhuk..

kadang-kadang hepi juga sebab dia macam tu.. 
a very polite boy!
senang nak jaga..
=D

Sunday, September 8, 2013

:: dedy turns 25!! ::

assalamualaikum..


selamat menyambut hari jadi yang ke-25!



birthday umi yang lepas tak sambut sebab baru lepas operation..
birthday dedy pun kira tak sambut jugaklah..
baru adil gitu..
=D

ha.ha.ha


moga dedy sentiasa di bawah lindungan keberkatan daripada ALLAH SWT..
sentiasa murah rezeki, umur panjang untuk menjadi khalifah yang terbaik buat kami..

Amin..

May ALLAH SWT bless you always..


Love,
umi & Hadif..

Tuesday, September 3, 2013

::DKB : puding kek karamel ::

assalamualaikum..

Alhamdulillah, syawal kian melabuhkan tirai..
puasa ganti mahupun puasa enam sudah berjaya dipenuhi..
moga bertemu lagi ramadan yang akan datang..

sesuatu untuk meraikannya..

puding kek karamel

lapisan 1

2 sudu gula kasar, di panaskan.. biar sampai mengeras..

lapisan 2

3 biji telur kuning + 1 susu esen vanilla + 70 g gula kastor + 1 tin susu cair..
campur sampai sebati..tapis ke atas lapisan satu..

lapisan 3

3 biji telur kuning + 70 g gula kastor..pukul sampai kembang.. masukkan 1/2 cawan air + 1/2 cawan minyak masak + 140g tepung gandum yang di ayak bersama 1 sudu soda bikarbonat + 1 baking powder..

meringue

6 biji telur putih + 70 g gula kastor.. pukul sampai kembang giler..bila terbalikkan,benda ini takkan jatuh!

campurkan meringue dengan lapisan 3 sampai sebati.. asingkan kepada 3, letakkan warna kesukaan anda..

siap untuk dilapis diatas lapisan 2 tadi secara selang-seli..
bakar selama sejam, 160 darjah celcius, bakar secara stimbath..guna api bawah sahaja..

biarkan kek yang siap merekah sendiri di bahagian tepi..

ni saja yang berjaya di snap.. pastu hilang dalam tekak masing-masing..

=D

letak dalam peti, baru sedap untuk dimakan!!

Monday, September 2, 2013

:: cuti merdeka! ::

assalamualaikum..


salam kemerdekaan kepada semua..
=)

tahun ni tahun di mana sepupu-sepupu sebaya aku melangkah ke fasa hidup yang lebih baik..
* abaikan aku yang terlebih advanced daripada diorang..hahaha*
=p

bulan lepas si capix yang ikat tali pertunangan dengan pilihan hati yang mana aku tak pergi pun..=p
hari merdeka giliran ummi pula yang ikat tali pertunangan.. wajib pergi sebab sebelah rumah je pun..
=p




aku join nenek, mak dengan makcik-makcik siapkan makanan..
lagi best, sambil borak, sambil masak,sambil makan gitu..


esoknya..
sambil makan pagi, adik aku bagi idea pergi piknik di Lata Tembakah..
on the spot, abih makan nasi terus pergi ke sana..


 ada budak tu, punya la gembira padahal tak tahu umi dia nak selam dia dalam air..

 at the end, menangis tak berlagu..
dok tepian batu, sambil hisap susu..
huhu~

selepas 2 jam, ini pencapaian terbaik budak Hadif..
dapat letak kaki atas batu..
tu pun tanpa sedar..
haha~
 


bila tersedar, dok balik atas riba sambil kunyah keropok..
adoiii la..




lepas puas mandi-manda..
balik singgah rumah besan mak di Jertih,
tanpa segan petik buah rambutan, makan buah durian..
terbaikk!!



::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers