Monday, September 2, 2013

:: cuti merdeka! ::

assalamualaikum..


salam kemerdekaan kepada semua..
=)

tahun ni tahun di mana sepupu-sepupu sebaya aku melangkah ke fasa hidup yang lebih baik..
* abaikan aku yang terlebih advanced daripada diorang..hahaha*
=p

bulan lepas si capix yang ikat tali pertunangan dengan pilihan hati yang mana aku tak pergi pun..=p
hari merdeka giliran ummi pula yang ikat tali pertunangan.. wajib pergi sebab sebelah rumah je pun..
=p




aku join nenek, mak dengan makcik-makcik siapkan makanan..
lagi best, sambil borak, sambil masak,sambil makan gitu..


esoknya..
sambil makan pagi, adik aku bagi idea pergi piknik di Lata Tembakah..
on the spot, abih makan nasi terus pergi ke sana..


 ada budak tu, punya la gembira padahal tak tahu umi dia nak selam dia dalam air..

 at the end, menangis tak berlagu..
dok tepian batu, sambil hisap susu..
huhu~

selepas 2 jam, ini pencapaian terbaik budak Hadif..
dapat letak kaki atas batu..
tu pun tanpa sedar..
haha~
 


bila tersedar, dok balik atas riba sambil kunyah keropok..
adoiii la..




lepas puas mandi-manda..
balik singgah rumah besan mak di Jertih,
tanpa segan petik buah rambutan, makan buah durian..
terbaikk!!



No comments:

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers