Tuesday, September 3, 2013

::DKB : puding kek karamel ::

assalamualaikum..

Alhamdulillah, syawal kian melabuhkan tirai..
puasa ganti mahupun puasa enam sudah berjaya dipenuhi..
moga bertemu lagi ramadan yang akan datang..

sesuatu untuk meraikannya..

puding kek karamel

lapisan 1

2 sudu gula kasar, di panaskan.. biar sampai mengeras..

lapisan 2

3 biji telur kuning + 1 susu esen vanilla + 70 g gula kastor + 1 tin susu cair..
campur sampai sebati..tapis ke atas lapisan satu..

lapisan 3

3 biji telur kuning + 70 g gula kastor..pukul sampai kembang.. masukkan 1/2 cawan air + 1/2 cawan minyak masak + 140g tepung gandum yang di ayak bersama 1 sudu soda bikarbonat + 1 baking powder..

meringue

6 biji telur putih + 70 g gula kastor.. pukul sampai kembang giler..bila terbalikkan,benda ini takkan jatuh!

campurkan meringue dengan lapisan 3 sampai sebati.. asingkan kepada 3, letakkan warna kesukaan anda..

siap untuk dilapis diatas lapisan 2 tadi secara selang-seli..
bakar selama sejam, 160 darjah celcius, bakar secara stimbath..guna api bawah sahaja..

biarkan kek yang siap merekah sendiri di bahagian tepi..

ni saja yang berjaya di snap.. pastu hilang dalam tekak masing-masing..

=D

letak dalam peti, baru sedap untuk dimakan!!

No comments:

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers