Friday, November 29, 2013

:: jejak beijing : last but not least ::

assalamualaikum..

aha, kata dah abeh nak story, tapi tak abeh lagi..

saja aku nak share 1 benda..
maybe akan terjadi pada sesiapa sahaja..


cerita semua lebih kurang saja bila sampai dekat beijing..
(terima kasih kat budak tu sebab karang berjela-jela ayat, aku pun tak sanggup nak tulis panjang macam tu..=D)

mungkin kami takla senasib malang macam budak tu,
tapi pandai-pandai la ye nak menghadapinya..
tourist guide nampak aja baik, tapi ada udang di sebalik batu..

macam kami, kena marah dengan tourist guide sebab taknak turun kat tempat mandatori yang telah dibawa..
tapi kita tetap berhak buat begitu sebab bayar kan?*walaupun pakej harga rm44 je..haha*
diorang survive sebab dapat komisyen dengan bawa pelancong ke tempat mandatori, kalau kita tak join, diorang tak dapat komisyen, gitu..

cina yang berkot itu anak tokey kata nya..
ramai betul anak tokey..
hahaha~

sharing is caring~

Wednesday, November 27, 2013

:: Jejak Beijing : the deal ::

assalamualaikum..

banyak la punya deal kan..

ok, last entry pasal beijing..haha..

ni 1st time pergi jalan-jalan pakai travel agency, not bad untuk sebuah kota besar macam beijing..
=D

mula-mula beli pakej seperti di bawah..
aku beli banyak sebenarnya, dalam 14 pakej tapi biasalah ada saja halangan yang nak join, so tinggal 10 orang aja yang pergi..
pakej ni available  untuk jualan akhir tahun iaitu 2012..haha, dekat setahun jugalah kita tunggu nak pergi Beijing..

pakej ini termasuk hotel, makan minum 3x sehari, bayaran untuk masuk tempat lawatan..

berbaloi bukan?

lagi berbaloi bila kami beli pakej untuk 4D3N tapi dapat untuk pakej 5D3N...sebab? terbeli tiket kapal terbang terlebih satu hari..haha..
nasib baik Al-quds tak kenakan caj lebih..

=D




campur harga tiket dalam rm600+ seorang, visa rm110 ,tip untuk pemandu pelancong rm50..
 tengok? bawah rm1000 dapat terbang terus ke Beijing!!

hebat tak deal ini?
=D



 makan seperti di atas 3x sehari..
berbaloi-baloi..

duit untuk shopping?
depends la, tahap keterujaan shopping seseorang berlainan, bukan?
ada makcik tu, bawa 5k pun habis..
aku bawa tak lebih pun pada 2k, siap ada baki lagi..
yang penting jangan tergoda and beli sakan di tempat mandatori yang di bawa..
shopping habis-habisan tempat shopping kompleks yang mana kita akan bertekak dengan penjual untuk mendapatkan harga yang ohsem!
bagi yang teror bargain macam en asben, sesuatu barang boleh dapat 1/9 daripada harga asal..

hebat bukan?
=D

so, sapa-sapa yang teringin..
aku tengok sekarang al-Quds dah start year end sale untuk tahun depan..
boleh la usha-usha..


 for more details : here



sekian untuk trip kali ini..

InsyAllah kita ketemu lagi dalam jejak seterusnya...
=D

 

Sunday, November 24, 2013

:: kawan kita kawen ::

assalamualaikum..

hectic weekend, i guess?


lama tak kumpul ramai-ramai, tapi nak buat macam mana..
ticer eyie sibuk dengan mark paper SPM..
nurse susila sibuk jaga neonatal ward..

tapi student anah sempat berkejar balik-penuh-dengan-drama bagi meraikan majlis perkahwinan bbf kami..


 anah, bila nak kahwin?

*lariiiiiiii*


Hanis & Deen

aku je sempat join majlis akad nikah & resepsi
sebab en asben jadi official photographer..
tunggu gambar siap lah nanti..
=D



sempat jumpa sebentar dengan Azyati di majlis akad nikah yang serentak dengan sepupu..
ohoi, majlis akad nikah di masjid dengan 3 pasangan sangatlah mengharu-harakan suasana..

bila pergi rumah pengantin, err..pengantin takde, pergi outdoor..

huhu..

aku suggest sapa nak kahwin lepas ni, sila buat outdoor 2-3 hari selepas majlis..sebulan lepas tu pun takpe,sebab takde orang kacau pun.. =D
kesian kawan-kawan yang datang lewat ke majlis anda tak dapat bertemu mata.. 
macam aku & anah
T_T

huhu~





dan tahniah buat sepupu ku, ummi & suami..

yang ni pun tak sempat nak berhuha-huha..
rushing sana-sini..

semoga perkahwinan kalian diberkati & dikurniakan zuriat..boleh jadi saing buat abang Hadif ni..
=)

Wednesday, November 20, 2013

:: dugaan & nikmat ::

Assalamualaikum

Period delayed 7 hari..

 Jangkaan?



Jangan menaruh harapan
Hadif tak dapat adik sebagai hadiah hari jadi dia yang ke-2..
Hehe~

1.       Aku baru masuk kerja selepas 2 minggu cuti sakit..setakat hari ini,53 hari aku cuti sakit untuk tahun 2013..really-really a bad record..haha..for sure, tak tercalon untuk anugerah pekerja cemerlang untuk tahun mendatang.. ;D nak buat macam mana, bukan minta untuk sakit..sakit bukan yang ringan-ringan pula di duga..sakit mata bukan sakit mata biasa..sekali mata kena viral infection,lepas tu, alergik pula pada ubat yang menyebabkan mata asyik merembeskan air mata tak henti-henti,dahla sebelah kanan saja,pastu membengkak.. bila fikir, tersenyum sendiri, ujian yang Allah bagi datang dengan pelbagai bentuk..maka, bersyukurlah. bila pergi follow-up di oftalmology clinic, boleh tengok banyak lagi kes yang dasyat pada aku..*insaf*nikmat yang diberi wajib disyukuri.. kena follow-up lagi sebulan sebab doc cakap virus telah meninggalkan kesan parut pada bebola mata..tapi,aku tak rasa pape pun, Alhamdulillah, penglihatan jelas walaupun kena specky dalam masa terdekat ni..

Period delayed sebab badan stress dengan sakit mata*salahkan hormone*

=D

2.       Loan perumahan kedua baru lulus semalam..ehem, Alhamdulillah, pembelian rumah yang kedua yang penuh dengan onak dan duri menghampiri jalan penyelesaian..penat & stress taw dengan pembelian rumah kedua ini, dah masuk bulan ketiga,tak larat dah aku  stress dengan tuan rumah-yang-hampir-setiap-hari-telefon-nak-duit..ingat aku ni cop duit agaknya..dahla 2 kali minta wang pendahuluan,penat pikir nak cekau duit..terima kasih tak terhingga buat mak & ayah yang sanggup bantu..kalau tak dengan kesabaran mak&ayah yang pujuk suruh bersabar, dah lama aku fire tuan rumah!muahaha.. beli rumah dengan orang ni memang banyak benar dugaan daripada beli rumah dengan pemaju..oh,ya..rumah pertama? 95% hampir siap,huhu,3 tahun menunggu..perghh..sabar jela..kena buat entry panjang berjela pasal 2 buah rumah ni agaknya…INSYALLAH..Pada umur 25 tahun, dapat beli 2 bijik rumah..what do you think? *gulp* tak yah pikir(tapi terpikir juga,hehe)..ayah kata semua ni untuk masa depan,nilai hartanah takkan jatuh..susah dulu sekarang, mendatang INSYALLAH rezeki di tangan ALLAH..pengalaman hari ini InsyAllah sangat mematangkan diri untuk menempuhi hari-hari mendatang.. 

Period delayed sebab otak kuat sangat berfikir*hormone tak stabil*

=D

Sekian~


Sambung part Beijing tak abeh lagi..haha..


k, bye!!

Friday, November 15, 2013

:: Jejak Beijing : VII ::

assalamualaikum..



ramai tanya macam mana nak handle budak kalau travel jauh-jauh..
aku takde idea sangat sebab Hadif memang takde masalah bab-bab travel macam ni..he is a very nice kid..
as long as cukup makan & rehat..
ok aje..

=D


 see? sambil makan pun boleh tertido..


 sambil jalan pun, biarkan dia main-main
 dok dalam bus lepas penat shopping, makan-makan..

minum susu & tido untuk dapatkan rehat yang cukup..
=D


 hadif memang terbaik bab travelling..
hehe~


stadium olympic, sarang burung..
jauh nak menapak tapi tak sampai-sampai..
haha~ 




makan? 
still yang terbaik!!

to be continued~

Wednesday, November 13, 2013

:: Jejak Beijing : VI ::

assalamualaikum..

kalau orang tanya best tak pergi Beijing, aku cakap kena rasa sendiri..
sebab?
pengalaman ni takkan dapat kat negara lain..
haha..
paling tak boleh blah adalah perangai orang dia sendiri..
penuh dengan tipu muslihat..
nak survive kan? Beijing ada lebih 20juta penduduk,taw!

contoh 1 :
dengan si Ali, tourist guide tu pun tak boleh percaya sangat..
tanya sini banyak jual buah berangan yang fresh dimasak tak? dia kata takde, dia ada jual kat muslim supermarket je,dia boleh belikan,10yuan 1 paket kecil,mahal giler, tapi ramai la yang beli dengan dia.. sekali esoknya, ada je jual kat depan kilang silk.. hahah~


 nak beli cadar sutera, memang tak mampu..

 borongla kain sutera..



contoh 2 :

 foot massage..katanya free massage..sekali bila selesai saja,budak-budak tu taknak bangun, suruh bagi diorang tips, sekali ayah bagi duit ringgit,marah-marah & sumpah seranah..
ntah pape..

contoh 3 :


 jangan percaya pada tokey mutiara itu!!!!!!
hahaha~
yang ni memang tak boleh blah langsung..


set mutiara ni dapat dengan harga 10 kali rendah pada harga yang ditetapkan..
ye ke?

sebenarnya, ada banyak lagi, terutama bila pergi shopping di tempat awam..
penat bertikam lidah saja dengan penjual, baru dapat..kadang-kadang boleh dapat harga 1/10 daripada harga yang ditetapkan..make sure kena tahan mental la nak perang harga dengan penjual tersebut..
dan last sekali, sikit je barang yang dapat beli sebab spend masa banyak untuk beli sesuatu benda..
make sure letak harga paling rendah yang kita mahu dan bersedia berperang mulut dengan penjual..
stress taw!



to be continued~


Monday, November 11, 2013

:: Hadif sudah 2 tahun! ::

assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ni anak teruna aku dah sampai umurnya 2 tahun..
diam tak diam sudah 2 tahun bergelar umi kepada budak juruh ini..

tak buat apa-apa sambutan pun memandangkan aku yang tak berapa sihat..
huhu..
plan yoyo e je umi nak buat kek boboi boy untuk Hadif... *frust!!!!*
apa-apa pun sebab tarikh lahir Hadif sama dengan sultan kelantan, maka hari ni cuti, bolehla dedy bawa dia pergi jenjalan sementara umi kena duduk rumah diam-diam... * frust lagi*


dalam umi tak berapa sihat ini, sempat juga plan nak bagi apa untuk Hadif sebagai kenangan.. at least..
sebab nak keluar rumah dengan keadaan sekarang amat lah tidak praktikal..
huhu..


 jadilah benda ni..
kartun kegemaran budak Hadif..









 bantal minion..

haha
 how excited he is..
"umi, bantal minion...babababa"


 Hadif
11.11.11 - 11.11.13
2 tahun

"Ya Allah, semoga anakku ini membesar menjadi anak yang soleh, taat kepada perintah-Mu.. membesar dengan sihat & cerdas akal fikirannya.. Amin"

 sukanya umi bila Hadif suka..
hehehe~
 pandai berlakon..
=D








lihat?
aku dapat 9 hari lagi mc.. gegege
selalu macam tak percaya dapat mc banyak macam ni..
huhu..

till then!


HAPPY BIRTHDAY,HADIF!!!

UMI & DEDY LOVE YOU!!!

Friday, November 8, 2013

:: Jejak Beijing : V ::

assalamualaikum...

arggghhh, mata makin membengkak!!!!!!
@_@

sambung...

tak sah kalau pergi china tak pergi Tembok Besar bukan?

here we go!


 kami di great wall..


 triple Ha di sini


dan bermula lah aksi luar alam yang..

 tak jadi

 tak jadi lagi..

 lagi..
akhirnya..


Hadif pun mahu lompat!!

kami tinggalkan warga "tua" kat bawah..
nak feeling mendaki great wall..
sampai 3 menara dah tak larat..
haha..

tangga di sini bukannya rata,ada tinggi sangat, ada yang pendek sangat..
kaki takleh nak bajet langkah demi langkah dengan sekata..







berjaya sampai ke great wall rasa macam dah sampai hajat!

orang kata bila sampai sini, mendaki nanti dapat medal..itu tipu aje, medal itu kalau nak, boleh buat, rasa dalam 10yuan satu..lagi satu, ada mangga cinta juga kat situ, jangan beli dan letakkan kat situ sebab selangkah kita berundur, tokey yang jual mangga itu akan cabut balik dan jual kepada orang lain..

haha..
that why, mangga kat situ tak banyak walaupun beribu-ribu orang yang melawat great wall setiap hari..

=P

to be continued~

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers