Friday, March 28, 2014

:: 26th already ::

assalamualaikum..


Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah SWT pada hari ini..

mengharapkan keberkatan hari jumaat hari ni..

I'm 26 today!!

=D




Semoga Allah sentiasa memberkati hidupku..
diberi kesihatan yang baik, dibukakan pintu rezeki yang luas serta halal..
agar dapat menjalani kehidupan dengan penuh keberkatan disamping 2 hero di atas..

amin...




selamat hari lahir untuk diri sendiri dan abang aku yang ke-32..

omai, dah tua dah masing-masing!

k, bye..
penat kenduri semalam tak habis lagi..

hikss..


Thursday, March 27, 2014

:: hadif & qalesya ::

assalamualaikum..

=)

semakin hari semakin busy, hohoho...
biasalah, cuti sekolah, semua pakat bercuti...masa ni lah dapat dimanfaatkan untuk mengeratkan silaturrahim..
aku pun tak terkecuali ambil cuti Ahad lepas walaupun hadif tak bercuti sekolah pun.. teeehee~
lepas tu, mula la jadi lipas kudung balik bila masuk kerja.. workload jadi double u, penat sih.. T_T"

 hangout bersama bff umi, cik yie & cik anah..


 kedai buku di depan Husm, aku yang kije kat situ pun tak tahu kedai buku kat sini boleh lepak-lepak macam ni.. haha..

 okla, gaya dah macam MPH sipi-sipi.. bolehlah budak Hadif layan perasaan dia kat sini sementara umi dia belek-belek buku..

 bila balik, mak tanya pergi mana?
aku jawab keluar lepak dengan eyie n anah..
mak kata, elokla keluar dengan kawan-kawan baik,ngelast sekali Hadif pun join sekaki..
aku jawab, nak buat macam mana, dah ada anak, angkut la sekali..hehe


------------------------------------

cuti sekolah, ramai la balik kampung..

qalesya pun balik..


 kenapa dengan tangan qalesya?
minor fracture ye..
sebab main lompat-lompat atas katil..
pastu terjatuh dari katil..


 tangan kena simen..
tapi elok je berlari ke sana ke sini..
takde gaya orang sakit pun..
active as usual..
=D


 yeay!
fobia hadif dengan kekotoran.. mahupun pasir semakin menipis..
ni berkat tanam sayur dengan dedy..

haks..




 harini, ambil cuti lagi..

 ada kenduri kesyukuran rumah nenda & akikah budak aufa..


coming soon : rumah nenda berwajah baru..hakss..

k, bye!

Thursday, March 20, 2014

:: selamat hari jadi ayah ::

assalamualaikum..

semalam, 19 mac hari jadi ayah yang ke-61..
=)

anak-anak yang dok rumah je ingat,haha..
yang diperantauan bila hantar gambar kat wassap, bru teringat..hoho..

nasib baik, ayah sendiri pun tak ingat hari jadi dia.. hakss..
biasalah, dulu, masih bekerja jadi cikgu, setiap hari kena ingat tarikh, nak tulis kat papan hitam..
sekarang bila sudah pencen, papan hitam bukan lagi di depan mata, tarikh pun entah ke mana..
=D

tahun ni tak sambut kat mana-mana sementahnya nenda masih di rumah, rumah terbakar masih under renovation, u olls..

so, dalam freezer masih ada daging kambeng..
marilah kita sambut besday tok ayah dengan bakar kambeng!

 cucu dan menantu membakar kambeng


puas hati sambut hari jadi dengan kambeng bakar..
hakss

sambut di rumah lagi best ye..

semua prepare sendiri..
jimat duit..
hahaha~

k, bye!

Monday, March 17, 2014

:: berehat seketika ::

assalamualaikum..

yea.. berturut-turut sorang-sorang jatuh sakit..

macam pass baton pun ade..

bermula dengan hero si budak Hadif, sakit mata + demam..  sembuh dia, bapak hero pula demam..tapi bapak hero demam memang drama la sket.. biasalah, bak kata ibu mertua ku, "biasalah, anak bongsu".. tetttt!

haha..

kini...

tuan punya blog pula yang jatuh sakit..

2 malam aku tak boleh tido, tapi last sekali boleh tido juga sebab aku makan painkiller..
sakit perut.. yuhuu~ 
dan-dan igauan sakit perut masa kena emergency c-zer last year menghantui lenaku.. * macam sambut 1st anniversarry kena c-zer pulak terasa*

serius, sakit tu lebih kurang je.. cuma takde muntah-muntah macam dulu.. fuh..

adehla.. semua orang risau pasal aku, especially mak ayah..huhu..

setakat ni boleh tahan lagi dengan bantuan cerebrex..

T_T""

so, sekarang tengah follow-up je.. dan tak dapat MC pula tu.. hakss~

cuma yang penting : UPT negative.. huhu~

doakan yang elok-elok saja ya.. =)

Alhamdulillah, stok sawi dah habis..


k, bye!


Tuesday, March 11, 2014

:: kebun mini kami ::

assalamualaikum..

selepas seketika, walaupun hari-hari mengadap tanaman diusahakan ini..

mari kita jenguk hasil setakat ini..


 bangun pagi-pagi, kutip lada dengan dedy~
haahaha~

 macam comel je, macam cantik je~

 sawi..
walaupun musim kemarau, Alhamdulillah masih tabah membesar~

 batas sebelah kanan, mak yang tanam..
batas sebelah kiri, aku yang tanam..

ekk.. apakah?

see?
banyak bezanya..

haha~

hari-hari makan sayur segar..
hari-hari makan sayur..

=D

Sunday, March 9, 2014

:: DKB : aiskrim (homemade) ::

assalamualaikum..

musim kemarau ni, memang best kalau dapat makan aiskrim..
tapi tak kan hari-hari ulang alik pergi kedai beli aiskrim..

=D

so, marilah kita buat aiskrim sendiri yang lagi sedap daripada aiskrim yang berada di
supermarket gitu..

resepi ini diolah daripada akak senior.. thanks!

 bahan-bahan yang kita perlukan seperti di atas, tapi abaikan low fat milk itu, yang tu untuk resepi lain..hakss

=D

1 tin susu cair 
6 sudu besar susu pekat ( kalau letak oreo, sila kurangkan susu ini sebab jadi manis pula)
1 biji telur
1 sudu besar ovalet
1 sudu besar esen vanilla

campur semua dalam mixer..

 mesin selama 20 minit tanpa henti dengan kelajuan maksimum..
* aku salute sapa pakai handmixer je buat adunan ini.. =D*


aktiviti ini boleh melibatkan anak..
see, budak hadif suka je nak join umi buat aiskrim..
tapi make sure, pastikan hygiene anak adalah terbaik,cuci tangan dia elok-elok..
sediakan pelapik/surat khabar agar tidak bersepah-sepah nanti..
dan terangkan apa kita nak buat dengan biskut oreo atau apa-apa yang penambah rasa dalam aiskrim nanti..


see... ada je yang sambil menyelam minum air..
=D

 selepas 20 minit, kembang elok..

 boleh asingkan ikut perasa yang dikehendaki..

1 sudu setiap perasa, kacau aduan sampai sebati..

 siap, bolehlah tabur,dengan oreo.. versi aiskrim pelangi tak boleh kacau, so tabur je atas permukaan..
kalau jenis malas, kacau je oreo/almond/walnut/choc chips sekali dengan perasa tadi..

 kiri : aiskrim rainbow ( perasa vanilla + strawberi )
tengah : lapis2x..( perasa vanilla + strawberi)
kanan : coffee ( serius, sedap, rasa macam cappucino)

semua letak oreo sebab beli oreo panjang, banyak lebih..hehe

simpan dalam freezer satu malam atau sehingga keras..



 pagi, selepas sarapan..
dah separuh habis.. huhu.. petang dah habis licin..
T_T"


semalam buat lagi..haha

 coffee + choc chip..

choc + vanilla..

so, sekarang tak perlu lagi beli aiskrim di kedai lagi..
mudah dan sedap!!!

selamat mencuba!

=D

Thursday, March 6, 2014

:: concern about me & you ::

assalamualaikum..

sejak akhir-akhir ini.. ramai sesangat dok iklan pasal set nak awet muda, nak putih melepak, nak-itu-nak-ini.. perghh.. iklan pulak kat aku..aku ni baru nak masuk 26 tahun,taw! tak berapa rasa nak tua lagi.. =D

lagipun aku ni dikelilingi dengan suasana sangat "medical"
kerja spital, kakak n abang ipar doc, Insyallah adik nanti pun doc..
aku je tak kesampaian jadi doc..haahaha~ tapi mostly specimen yang sampai kat lab aku datang daripada kaum perempuan tawwww!!! seriously... T_T


selalu dok bersembang pasal ni.. at the end, conclusion.. hiduplah secara naturally..

i paste one of my favourite opinion from my friend  :

Seringkali terbaca perkongsian di facebook berkenaan produk kesihatan alternatif. Bukan bermaksud tidak percaya, apatah lagi ingin merendahkan usaha orang lain, cuma ingin berkongsi pandangan dari fikiran seorang pelajar perubatan

1) Trend terkini. Dalam minggu ini sahaja terbaca iklan produk kesihatan yang menggunakan modus operandi yang sama. Pertamanya menyatakan ianya mendapat pengiktirafan atau kajian dari negara-negara maju seperti US, UK, New Zealand atau Australia. Keduanya, dengan menggunakan hanya satu produk kesihatan itu, mampu mengubati pelbagai jenis penyakit yang memang biasa dalam masyarakat kita seperti stroke, kencing manis, darah tinggi, barah, kulit dan lain, malah ada yang boleh mengubati penyakit down syndrome. 

2) Kagum dengan negara maju. Masyarakat kita cenderung untuk percaya sekiranya dinyatakan satu produk itu telah dikaji oleh negara maju, walaupun tiada butiran lanjut dan belum ditentukan kesahihannya. Saya meragui adakah betul-betul wujud kajian ini atau sekadar dipetik namanya ikut suka. Dan jika wujud sekalipun, belum tentu lagi validity kajian ini. Dalam proses akademik sains, kajian yang wujud pun boleh dicabar kesahihannya. Jadi janganlah terlalu mudah percaya hanya kerana melihat nama-nama negara gah seperti US dan sebagainya. Sejujurnya saya lebih percaya jika diberi contoh, Kajian Buah Betik Berkesan dan Mengurangkan Risiko Rabun Jauh yang dikendalikan oleh Dr Anas Che Nik, siap dengan butiran lengkap dari (hanya) Universiti Malaysia Kelantan berbanding produk-produk kesihatan di atas (tanpa menyebut spesifik university mana dan siapa penkaji dia)

3) Satu ubat, sembuh segalanya penyakit. Secara logik, sesuatu ubat pasti mempunyai mekanisma tertentu untuk merawat sesuatu penyakit. Satu ubat mungkin boleh digunakan untuk lebih dari satu penyakit asalkan peyakit-penyakit ini berkaitan. Tetapi hujah menggunakan satu produk kesihatan ini tetapi mampu merawat berpuluh-puluh penyakit walaupun tidak berkaitan, contohnya penyakit serangan jantung dan penyakit kulit sensitif, semestinya menimbulkan keraguan dalam fikiran kita yang normal. Ada yang mendakwa ubatnya itu boleh merawat kencing manis dengan mengurangkan kandungan gula di dalam darah. Tetapi juga boleh dimakan oleh orang yang sihat. Mesti akal logic kita akan berfikir, ubat yang boleh mengurangkan kandungan gula di dalam kencing manis, sekiranya dimakan oleh orang normal, semestinya akan menurunkan gula di bawah tahap normal-hypoglycemic. Analogi umum yang mudah, kerosakan bagi sebuah kereta seperti tayar bocor, minyak pelincir kering, wiper haus, radio kurang coverage takkan hanya selesai hanya dengan membaiki pintu (tiada kaitan langsung). Kesimpulan mudah, penjual cuba menarik seramai boleh pelanggan.

4) Jalan pintas. Orang kita suka jalan pintas. Ingin sembuh secara pantas, tanpa bersusah payah mengikut peraturan rawatan. Nasihat-nasihat mengubah cara hidup seperti berhenti merokok, banyakkan bersenam, jaga pemakanan yang seimbang, terasa berat untuk dicuba, dan dilihat sebagai mustahil. Akhirnya ubat yang menjanjikan 1001 kesan ‘lumayan’ ini yang menjadi pilihan.

5) Bertanya. Tidak bersalah untuk bertanya kepada doktor akan kesahihan ubat-ubat yang dipromosi ini. Doktor wajib memberi penjelasan berdasarkan ilmunya. Tetapi pilihan akhir adalah di tangan pesakit. Yang penting, buatlah pilihan dengan ilmu.

6) Buat bisnes. Saya faham penjual-penjual mencari rezeki daripada jualan-jualan produk ini. Sama dengan doktor-doktor mencari rezeki dengan bekerja di hospital. Cuma saya rasa kita kena berhati-hati sekiranya kita menipu dalam pekerjaan kita. (sekiranya betul tidak mengapa, kita lebih mengetahui urusan pekerjaan kita)
7) Kesan panjang. Penyakit-penyakit yang yang kita hidapi mungkin kesan daripada cara hidup kita sejak muda-muda dahulu lagi. Dari segi pemakanan, merokok, senaman dan sebagainya. Apabila usia telah meningkat, badan sudah lemah, maka penyakit ini menunjukkan kesan-kesannya. Jadi, ubahlah dari sekarang. Tiada istilah terlambat untuk menjaga kesihatan.

8) Selain daripada usaha kita menjaga kesihatan ini, jangan dilupakan berdoa kepada Allah supaya dikekalkan dalam kesihatan yang baik, dipermudahkan untuk mengerjakan amal ibadat. Peraturan sunnatullah dan syariatullah keduanya harus diambil kira.

9) Saya meminta maaf sekiranya ada ahli keluarga, saudara-mara atau kawan-kawan yang terlibat dalam jualan produk kesihatan alternatif ini. Saya sedaya upaya tidak menyentuh perbandingan antara perubatan di hospital dan perubatan alternative, Cuma focus utama cerita ini adalah dari segi menkaji sebelum percaya.

10) Mati tidak mengenal penyakit. Ada yang sihat walafiat pun boleh dijemput ajal. Penyakit hanyalah antara salah satu asbab kematian. Tidak kira kita sihat atau tidak, sentiasalah ingat mati.

and this from a prof from HUSM : her



Youth is something that you can't go through for the second time.. 

so please enjoy your life naturally and peacefully..

and

Please!!!!!!!!

jangan iklan kat aku lagi..

aku nak hidup secara natural, nak grow old with my hubby n my budak Hadif dengan aman-damai..

=D

Wednesday, March 5, 2014

:: Musibah dan rahmat dari-NYA ::

assalamualaikum..

dugaan adalah sebaik-baik pendidik untuk kita sentiasa bersyukur dan beringat, kita hanya Hamba Allah yang serba kekurangan..

Alhamdulillah, walaupun kerugian sebanyak itu..
mak sepupu selamat kerana tiada di rumah..
bayangkan kalau dia ada di rumah? nauzubillah..jauhkan kami daripada segala kecelakaan..



semalam, selepas zohor..
aku dapat panggilan daripada adik yang rumah nenda pula yang terbakar..
bergegas pulang..








punca : litar pintas dari plug ini..

Alhamdulillah, walaupun bomba lambat sampai 20 minit sebab bomba bachok takde pergi padam api di kawasan lain, dan terpaksa bomba dari pengkalan chepa datang, which is jauh okey dari rumah..
dengan bantuan orang kampung yang sangat-sangat membantu, ruang tamu kedua + satu bilik completely hangus terbakar sahaja... kalau harap tunggu kedatangan bomba, habislah satu rumah!
20 minit lepas tu bomba datang dengan 3 jentera + sesat tak jumpa jalan masuk..adehla..


nasib baik ketika itu, kakak ipar aku ada, kalau tak,tak tahulah dengan nenda-yang-tak-boleh-berjalan dan tak-tahu-pun-ada-kebakaran..
sesungguhnya Allah memegang hati-hati kita..
Allah menggerakkan hati kakak ipar aku untuk pulang ke rumah sebab sehari sebelum tu dia memang takde kat rumah dan tengah hari semalam tergerak hati balik ke rumah sekejap..



 barang selamat dipunggah dengan bantuan orang kampung..

malamnya, kami buat sujud syukur..
Alhamdulillah..
walaupun semua barang budak Damia hangus terbakar..
tiada kecederaan pada yang lain..





sentiasa beringat..
musibah datang untuk menjentik rasa kita agar sentiasa bersyukur kepada Allah SWT..

=)

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers