assalamualaikum..
sejak akhir-akhir ini.. ramai sesangat dok iklan pasal set nak awet muda, nak putih melepak, nak-itu-nak-ini.. perghh.. iklan pulak kat aku..aku ni baru nak masuk 26 tahun,taw! tak berapa rasa nak tua lagi.. =D
lagipun aku ni dikelilingi dengan suasana sangat "medical"
kerja spital, kakak n abang ipar doc, Insyallah adik nanti pun doc..
aku je tak kesampaian jadi doc..haahaha~ tapi mostly specimen yang sampai kat lab aku datang daripada kaum perempuan tawwww!!! seriously... T_T
selalu dok bersembang pasal ni.. at the end, conclusion.. hiduplah secara naturally..
i paste one of my favourite opinion from my friend :
Seringkali terbaca perkongsian di facebook berkenaan produk kesihatan alternatif. Bukan bermaksud tidak percaya, apatah lagi ingin merendahkan usaha orang lain, cuma ingin berkongsi pandangan dari fikiran seorang pelajar perubatan
1) Trend terkini. Dalam minggu ini sahaja terbaca iklan produk kesihatan yang menggunakan modus operandi yang sama. Pertamanya menyatakan ianya mendapat pengiktirafan atau kajian dari negara-negara maju seperti US, UK, New Zealand atau Australia. Keduanya, dengan menggunakan hanya satu produk kesihatan itu, mampu mengubati pelbagai jenis penyakit yang memang biasa dalam masyarakat kita seperti stroke, kencing manis, darah tinggi, barah, kulit dan lain, malah ada yang boleh mengubati penyakit down syndrome.
1) Trend terkini. Dalam minggu ini sahaja terbaca iklan produk kesihatan yang menggunakan modus operandi yang sama. Pertamanya menyatakan ianya mendapat pengiktirafan atau kajian dari negara-negara maju seperti US, UK, New Zealand atau Australia. Keduanya, dengan menggunakan hanya satu produk kesihatan itu, mampu mengubati pelbagai jenis penyakit yang memang biasa dalam masyarakat kita seperti stroke, kencing manis, darah tinggi, barah, kulit dan lain, malah ada yang boleh mengubati penyakit down syndrome.
2) Kagum dengan negara maju. Masyarakat kita cenderung untuk percaya sekiranya dinyatakan satu produk itu telah dikaji oleh negara maju, walaupun tiada butiran lanjut dan belum ditentukan kesahihannya. Saya meragui adakah betul-betul wujud kajian ini atau sekadar dipetik namanya ikut suka. Dan jika wujud sekalipun, belum tentu lagi validity kajian ini. Dalam proses akademik sains, kajian yang wujud pun boleh dicabar kesahihannya. Jadi janganlah terlalu mudah percaya hanya kerana melihat nama-nama negara gah seperti US dan sebagainya. Sejujurnya saya lebih percaya jika diberi contoh, Kajian Buah Betik Berkesan dan Mengurangkan Risiko Rabun Jauh yang dikendalikan oleh Dr Anas Che Nik, siap dengan butiran lengkap dari (hanya) Universiti Malaysia Kelantan berbanding produk-produk kesihatan di atas (tanpa menyebut spesifik university mana dan siapa penkaji dia)
3) Satu ubat, sembuh segalanya penyakit. Secara logik, sesuatu ubat pasti mempunyai mekanisma tertentu untuk merawat sesuatu penyakit. Satu ubat mungkin boleh digunakan untuk lebih dari satu penyakit asalkan peyakit-penyakit ini berkaitan. Tetapi hujah menggunakan satu produk kesihatan ini tetapi mampu merawat berpuluh-puluh penyakit walaupun tidak berkaitan, contohnya penyakit serangan jantung dan penyakit kulit sensitif, semestinya menimbulkan keraguan dalam fikiran kita yang normal. Ada yang mendakwa ubatnya itu boleh merawat kencing manis dengan mengurangkan kandungan gula di dalam darah. Tetapi juga boleh dimakan oleh orang yang sihat. Mesti akal logic kita akan berfikir, ubat yang boleh mengurangkan kandungan gula di dalam kencing manis, sekiranya dimakan oleh orang normal, semestinya akan menurunkan gula di bawah tahap normal-hypoglycemic. Analogi umum yang mudah, kerosakan bagi sebuah kereta seperti tayar bocor, minyak pelincir kering, wiper haus, radio kurang coverage takkan hanya selesai hanya dengan membaiki pintu (tiada kaitan langsung). Kesimpulan mudah, penjual cuba menarik seramai boleh pelanggan.
4) Jalan pintas. Orang kita suka jalan pintas. Ingin sembuh secara pantas, tanpa bersusah payah mengikut peraturan rawatan. Nasihat-nasihat mengubah cara hidup seperti berhenti merokok, banyakkan bersenam, jaga pemakanan yang seimbang, terasa berat untuk dicuba, dan dilihat sebagai mustahil. Akhirnya ubat yang menjanjikan 1001 kesan ‘lumayan’ ini yang menjadi pilihan.
5) Bertanya. Tidak bersalah untuk bertanya kepada doktor akan kesahihan ubat-ubat yang dipromosi ini. Doktor wajib memberi penjelasan berdasarkan ilmunya. Tetapi pilihan akhir adalah di tangan pesakit. Yang penting, buatlah pilihan dengan ilmu.
6) Buat bisnes. Saya faham penjual-penjual mencari rezeki daripada jualan-jualan produk ini. Sama dengan doktor-doktor mencari rezeki dengan bekerja di hospital. Cuma saya rasa kita kena berhati-hati sekiranya kita menipu dalam pekerjaan kita. (sekiranya betul tidak mengapa, kita lebih mengetahui urusan pekerjaan kita)
7) Kesan panjang. Penyakit-penyakit yang yang kita hidapi mungkin kesan daripada cara hidup kita sejak muda-muda dahulu lagi. Dari segi pemakanan, merokok, senaman dan sebagainya. Apabila usia telah meningkat, badan sudah lemah, maka penyakit ini menunjukkan kesan-kesannya. Jadi, ubahlah dari sekarang. Tiada istilah terlambat untuk menjaga kesihatan.
8) Selain daripada usaha kita menjaga kesihatan ini, jangan dilupakan berdoa kepada Allah supaya dikekalkan dalam kesihatan yang baik, dipermudahkan untuk mengerjakan amal ibadat. Peraturan sunnatullah dan syariatullah keduanya harus diambil kira.
9) Saya meminta maaf sekiranya ada ahli keluarga, saudara-mara atau kawan-kawan yang terlibat dalam jualan produk kesihatan alternatif ini. Saya sedaya upaya tidak menyentuh perbandingan antara perubatan di hospital dan perubatan alternative, Cuma focus utama cerita ini adalah dari segi menkaji sebelum percaya.
10) Mati tidak mengenal penyakit. Ada yang sihat walafiat pun boleh dijemput ajal. Penyakit hanyalah antara salah satu asbab kematian. Tidak kira kita sihat atau tidak, sentiasalah ingat mati.
and this from a prof from HUSM : her
Youth is something that you can't go through for the second time..
so please enjoy your life naturally and peacefully..
and
Please!!!!!!!!
jangan iklan kat aku lagi..
aku nak hidup secara natural, nak grow old with my hubby n my budak Hadif dengan aman-damai..
=D
No comments:
Post a Comment