Wednesday, March 5, 2014

:: Musibah dan rahmat dari-NYA ::

assalamualaikum..

dugaan adalah sebaik-baik pendidik untuk kita sentiasa bersyukur dan beringat, kita hanya Hamba Allah yang serba kekurangan..

Alhamdulillah, walaupun kerugian sebanyak itu..
mak sepupu selamat kerana tiada di rumah..
bayangkan kalau dia ada di rumah? nauzubillah..jauhkan kami daripada segala kecelakaan..



semalam, selepas zohor..
aku dapat panggilan daripada adik yang rumah nenda pula yang terbakar..
bergegas pulang..








punca : litar pintas dari plug ini..

Alhamdulillah, walaupun bomba lambat sampai 20 minit sebab bomba bachok takde pergi padam api di kawasan lain, dan terpaksa bomba dari pengkalan chepa datang, which is jauh okey dari rumah..
dengan bantuan orang kampung yang sangat-sangat membantu, ruang tamu kedua + satu bilik completely hangus terbakar sahaja... kalau harap tunggu kedatangan bomba, habislah satu rumah!
20 minit lepas tu bomba datang dengan 3 jentera + sesat tak jumpa jalan masuk..adehla..


nasib baik ketika itu, kakak ipar aku ada, kalau tak,tak tahulah dengan nenda-yang-tak-boleh-berjalan dan tak-tahu-pun-ada-kebakaran..
sesungguhnya Allah memegang hati-hati kita..
Allah menggerakkan hati kakak ipar aku untuk pulang ke rumah sebab sehari sebelum tu dia memang takde kat rumah dan tengah hari semalam tergerak hati balik ke rumah sekejap..



 barang selamat dipunggah dengan bantuan orang kampung..

malamnya, kami buat sujud syukur..
Alhamdulillah..
walaupun semua barang budak Damia hangus terbakar..
tiada kecederaan pada yang lain..





sentiasa beringat..
musibah datang untuk menjentik rasa kita agar sentiasa bersyukur kepada Allah SWT..

=)

No comments:

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers