Sunday, March 9, 2014

:: DKB : aiskrim (homemade) ::

assalamualaikum..

musim kemarau ni, memang best kalau dapat makan aiskrim..
tapi tak kan hari-hari ulang alik pergi kedai beli aiskrim..

=D

so, marilah kita buat aiskrim sendiri yang lagi sedap daripada aiskrim yang berada di
supermarket gitu..

resepi ini diolah daripada akak senior.. thanks!

 bahan-bahan yang kita perlukan seperti di atas, tapi abaikan low fat milk itu, yang tu untuk resepi lain..hakss

=D

1 tin susu cair 
6 sudu besar susu pekat ( kalau letak oreo, sila kurangkan susu ini sebab jadi manis pula)
1 biji telur
1 sudu besar ovalet
1 sudu besar esen vanilla

campur semua dalam mixer..

 mesin selama 20 minit tanpa henti dengan kelajuan maksimum..
* aku salute sapa pakai handmixer je buat adunan ini.. =D*


aktiviti ini boleh melibatkan anak..
see, budak hadif suka je nak join umi buat aiskrim..
tapi make sure, pastikan hygiene anak adalah terbaik,cuci tangan dia elok-elok..
sediakan pelapik/surat khabar agar tidak bersepah-sepah nanti..
dan terangkan apa kita nak buat dengan biskut oreo atau apa-apa yang penambah rasa dalam aiskrim nanti..


see... ada je yang sambil menyelam minum air..
=D

 selepas 20 minit, kembang elok..

 boleh asingkan ikut perasa yang dikehendaki..

1 sudu setiap perasa, kacau aduan sampai sebati..

 siap, bolehlah tabur,dengan oreo.. versi aiskrim pelangi tak boleh kacau, so tabur je atas permukaan..
kalau jenis malas, kacau je oreo/almond/walnut/choc chips sekali dengan perasa tadi..

 kiri : aiskrim rainbow ( perasa vanilla + strawberi )
tengah : lapis2x..( perasa vanilla + strawberi)
kanan : coffee ( serius, sedap, rasa macam cappucino)

semua letak oreo sebab beli oreo panjang, banyak lebih..hehe

simpan dalam freezer satu malam atau sehingga keras..



 pagi, selepas sarapan..
dah separuh habis.. huhu.. petang dah habis licin..
T_T"


semalam buat lagi..haha

 coffee + choc chip..

choc + vanilla..

so, sekarang tak perlu lagi beli aiskrim di kedai lagi..
mudah dan sedap!!!

selamat mencuba!

=D

3 comments:

Eda Ryda said...

bestnyer.. nanti nak cuba lah

Eda Ryda said...

waa... mcm best jew..nanti nak cubalah...

Amal Salleh said...

seronok tgk muke si kecik tu.. excited sokmo~

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers