Monday, September 29, 2014

:: buah delima ::

assalamualaikum..

dulu mengandungkan Hadif, aku memang gila makan buah epal hijau..
sekarang ni, gila makan buah delima pula, bukan setakat aku je, budak Hadif pun sama-sama join, kadang-kadang tu berbalah dengan dia rebut buah delima..
=D

antara khasiat buah delima untuk ibu mengandung adalah :

*Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
*Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
*Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
*Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
*Mencegah rasa mual
*Mengelakkan kekejangan kaki (Alhamdulillah setakat ni tak kena lagi cramp waktu malam) 

Minggu lepas aku kena diarrhea + muntah tak henti-henti, 2 hari berturut-turut pula tu, memang lembik satu badan.. lepas tu MIL suruh rebus kulit buah delima, minum air rebusan tersebut..Alhamdulillah memang berkesan walaupun pahitnya Allah saja yang tahu.. =D

 Hadif selalu bagi alasan macam ni kalau nak berebut buah delima dengan aku..

Hadif : Hadif nak jadi pandai macam baby juga!!
*sambil rebut mangkuk buah delima dengan umi*


layan tv sambil makan buah delima..
separuh je baby dapat yang lain abang Hadif yang makan..



Bahkan ia turut dinyatakan dalam agama Islam seperti mana Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)dan “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi).

No comments:

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers