Wednesday, January 7, 2015

:: banjir 2014 dalam kenangan ::

assalamualaikum..

hi,selamat tahun baru untuk semua! permulaan tahun 2015 yang tak de feel orang kata.. feel menyental rumah mertua je yang ada..haks..walaupun hakikatnya aku hanya sekadar tengok dan alihkan benda-benda kecik je..tak larat dah, sakit pinggang u ollss..

Dan sebenarnya 26 tahun hidup di bumi Tuhan ni, tak pernah rasa jadi mangsa banjir, lagi-lagi tinggal di Bachok,kan.. ayah kata last Bachok banjir tahun 1960-an, tu pun sebab empangan semerak tak bina lagi.. lepas tu, memang tak banjir dah..

kalau nak main air banjir, pergi daerah lain gitu.. dan tahun ni merasa la u olls, ai kawen dengan orang pasir mas, bolehla merasa banjir.. =p walaupun menurut cerita mak mertua, last rumah masuk air banjir tahun 2004, tu pun hanya satu anak tangga tenggelam.. tahun ni, ambik ko, 4 anak tangga tenggelam.. merasa terputus hubungan dengan dunia luar 4 hari..hoho.. mak ayah cemas tak terkata bila dapat hubungi mereka selepas hari itu.. hmm..

Rabu, 24 december 2014.

MIL telefon, katanya air sungai Kelantan dah naik tebing, en asben kol ai, cakap jom balik pasir mas, so, we olls blah kerja awal.. ambil Hadif rumah nenek ( Bachok ) terus balik rumah mertua.. Petang tu, en asben ajak pergi tengok air sungai.. Jarak rumah-sungai kelantan dalam 400-500 meter..

tebing sungai Kelantan mula melimpah ke jalan..

 masa ni, en asben cakap "tahun ni merasa la banjir kita ye"
aku jawab balik " rumah jauh pun, air masuk ke? "
"eh, 2004 aritu naik ni"

tak sampai sejam meround kampung..
orang kampung di pinggir sungai diarahkan berpindah..


kejap je u olls, ade budak tu rumah dia di tebing sungai dah tenggelam, tinggal bumbung je..

so, balik rumah semula..
dok borak-borak.. mak mertua kata angkat la yang mana patut.. rasanya sama je ni dengan tahun 2004.. anak-anak lain pun tak dipanggil balik, ade sorang anak ni pun boleh handle..

handle la sangat.. amik ko, tak tertido malam dibuatnya..

hampir pukul 11 pm, air mula masuk bahagian dapur dan bilik bawah termasuk bilik we olls..

bilik we olls mula dimasuki air.. en asben mula menyelamatkan almari IKEA, almari baru beli u, tak sampai sebulan lagi pakai..hoho.. at the end, kena say bye-bye juga kepada almari itu.. sobss..  tak sangka air naik sampai paras pinggang, dan tiada kudrat untuk mengangkat kalau seorang je tukang angkut semua barang..

akibat banjir 2004 yang dulu, mak mertua telah upgrade ruang tamu jadi tinggi 1 anak tangga dengan harapan air tak masuk, sekali join sekaki la ruang tamu ni..huhu

barang-barang kira angkat letak tempat tinggi je, misalnya, sofa letak atas katil, almari letak atas katil, kerusi letak atas meja.. at the end, semua tenggelam..hohoho..

nasib baik sempat alihkan kereta ke tempat tinggi..Alhamdulillah..


Khamis, 25 december 2015

tidur sekejap lepas subuh, tak larat dah bersengkang mata, sekali riuh satu kampung, main air la kita ye.. join main air, walaupun Hadif yang terkenal dengan tahap pembersihnya,asyik dok cakap air kotor,last sekali tengok orang happy main air,apa lagi, join sekaki juga akhirnya.. =p

 kejap je, air dah paras lutut waktu pagi itu..

 air pun dah melimpah jalan raya..

bagaikan pesta, orang dok main air..

Hadif yang takut air..


menjelang tengah hari, bekalan air dan elektrik mula terputus..
talian telefon juga turut terputus..huhu

pagi-pagi semua riuh, kenderaan 4x4 dok main air..
sekali petang, sunyi je, hanya bot dan trak tentera je yang lalu depan rumah..haha


rugi je takde speedboat time nie..
bila lagi nak naik bot atas jalan raya,kan?=p

nasib baik jadi rumah 2 tingkat, dapat la jadi tempat teduhan..


nasib baik dapat selamatkan dapur + tong gas, boleh masak-masak..=p

Jumaat 26.12.14 & Sabtu 27.12.14

air terus maintain naik.. nak ambil gambar pun tak boleh sebab bateri henpon dah kong..haha


 yo yo je letak semua barang dalam besen, lepas tu letak atas meja makan dan kabinet dapur, tengok-tengok semua terapung merata rumah sebab meja dan kabinet dapur pun tenggelam..hakss..

petang Sabtu, air mula surut..Alhamdulillah, surut pun cepat je..air p hentam kota bharu pula..

Ahad 28.12.14

Alhamdulillah, boleh balik rumah.. sampai rumah.. lemah lutut je tengok lumpur &selut di sekeliling..huhu

misi membersihkan lumpur dalam rumah pun ambil masa 3 hari akibat tiada bekalan letrik & air..
mop 3 kali pun still kesan lumpur tak tanggal lagi..hmmm





tar di laman rumah terus rosak..sekali pijak, terangkat terus dengan lumpur.. kuat betul daya tarikan selut ini..

Almari Dombas (ikea) dalam kenangan.. sobs..

Sesungguhnya kuasa Allah Taala tiada siapa yang mampu menghalangnya..kenangan banjir 2014 memang memberi satu pengalaman dan pengajaran berharga buat kami semua.. walaupun banyak kerugian yang ditanggung, bila difikirkan, ada mangsa yang kehilangan terus tempat berteduh, mari kita panjatkan segala kesyukuran kepada-Nya.. Harta boleh dicari, nyawa tiada galang ganti..


bak kata ibu mertua ku, kalau Gua Musang & Kuala Krai naik air, kita dah kena start punggah barang naik atas.. =D

nak bersihkan rumah sebulan pun belum tentu selesai.. haiiilooo..






2 comments:

Zuhaira Nasrin said...

almari ikea boleh diganti,dibeli baru :p

:: aJa :: said...

ehem.. almari itu akan ditransform menjadi benda lain seikit masa lagi..hahaha... =p

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers