Sunday, January 25, 2015

:: Hadif @ school ::

assalamualaikum..

Alhamdulillah, minggu ni masuk minggu ke-3 anak teruna ai pergi tadika..

minggu pertama? oh, disaster..hari-hari menangis tak nak pergi sekolah, sampai sekolah,kena dukung sampai-tak-lepas-tengkuk-dedy-punya-kuat-cengkaman-tak-mau-turun-masuk-kelas..gegege..
minggu pertama memang hati kena kental, walaupun nenek cakap kesian kat dia, umur ikut tahun je 4 tahun tapi kalau ikut kiraan baru masuk 3 tahun 2 bulan..huhu..dahla,tak pernah bergaul dengan rakan-rakan sebaya, memang susahla nak adapt tiba-tiba ramai pula kawan-kawan..

minggu kedua, Alhamdulillah.. bangun pagi pun dah senang..pergi sekolah, boleh turun kereta sendiri..siap salam-bye-bye kat umi dan dedy.. tapi bila pergi ambil waktu petang, macam-macam cikgu bagi laporan.. hari ni, Hadif makan nasi siap tambah-tambah..hari ni, Hadif sorok sayur dalam seluar sebab taknak makan sayur..haha..hari ni, Hadif terkencing dalam seluar sebab ralit sangat main dengan kawan-kawan.. =p

dengan kemajuan teknologi sekarang, Alhamdulillah, senang-senang cikgu wassap je tengok perkembangan aktiviti anak-anak kat tadika.. senang hati mak bapak..
=D

 betapa Hadif kecik je berbanding dengan kawan-kawan..
ari Khamis hari sukan, tapi baju sukan tak dapat lagi, indoor game je la..



6 orang je pun budak 4 tahun.. tapi semua sampai pukul 1 petang..Hadif je sampai pukul 5 petang.. huhu.. sori, nak buat macam mana, umi & dedy kerja.. tapi bagus juga sampai petang sebab ada kelas mengaji & solat.. sekarang ni dah tak kacau umi & dedy solat tapi join sama-sama solat..Alhamdulillah..

umi : Hadif bila besar nanti jadi hafiz ye? (*hafiz : penghafal al-quran,maksud uminya )
Hadif : taknak jadi dedy, hadif nak jadi hadif je..
dedy : hahaha~

sabor jela..


enjoy!!

No comments:

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers