Monday, January 12, 2015

:: Hadif masuk sekolah ::

assalamualaikum..


how.time.flies~

*lap air mata*

anak ai dah masuk 4 tahun dah tahun ni..*terharu*

so, we olls decide nak masukkan dia ke alam persekolahan..bergaul & berdikari dengan rakan sebaya.. gitu..

banyak tadika di survey-survey.. tanya-tanya orang berpengalaman..ini yang penting ye agar tak tersalah pilih, sesuai dengan umur, pendidikan & bajet mak bapak..

so, setelah ditapis, diulang,dibincang umi-dedy, so we olls decide untuk hantar anak teruna kami ke Tadika Mawaddah.. 

Tadika Mawaddah ni ada 9 cawangan di Kelantan, well-known dan testimoni mak bapak memang memberangsangkan.. dan yang penting yuran bulanan & deposit tahunan aritu murah giler pada others well-known kindergarten kat sini..hakss.. =D

dah daftar Hadif sejak bulan 11 tahun lepas lagi..* semangat u olls*
last sekali sepatutnya start sesi sekolah minggu lepas, terpaksa ditunda kepada minggu ni..

SEBAB BANJIR..hohoho.. 7 cawangan tadika ditenggelami banjir memaksa sesi terpaksa ditunda..
Hadif pun kalau orang tanya,bila nak pergi sekolah? dia jawab ,"sekolah Hadif banjir"..so selalu refuse nak pergi sekolah..hakss

1st day, nak bangun liat semacam..haha, tak biasa bangun pagi.. nak pakai baju satu hal..setiap benda nak kena pujuk..puji kena lebih-lebih gitu..=p

sampai sekolah, malu-malu.. lepas tu nak duduk atas kerusi pun suruh umi lap dulu..haks,dasar pembersih buadak Hadif ni..
sekolah pun plain je, cikgu kemas apa yang patut je sebab banjir.. take time juga ye nak deko-deko balik semua ni, paras air banjir dalam tadika pun dah paras pinggang..huhu

kelas 4 tahun.. aku tengok budak lain punya la besar tubuh badan berbanding Hadif..haahaha..
faktor genetik+lahir hujung tahun (sedapkan hati..=p)
so, tinggalkan Hadif sekejap dengan cikgu sebab terpaksa isi balik borang pendaftaran sebab semua rosak ketika banjir.. tiba-tiba dengar Hadif menangis,panggil umi & dedy..umi dah start sebak dah ni dengar anak nangis, tapi cikgu cakap, tinggalkan saja,nanti oklah dia..

masuk dalam kereta, umi & dedy diam seribu bahasa..layan perasaan..tiba-tiba dedy cakap,"Hadif masuk tadika pun dah rasa sebak, kalau masuk darjah 1,tak tahu lah"

hikss..

balik kerja, pergi ambil, muka hepi je salam cikgu-bye-bye.. lepas tu dok cerita aktiviti dia buat kat tadika, seronok pula.. macam harapan esok akan okey je..


hari ni?

semangat bangun pagi, mandi, tapi taknak pakai baju sekolah..pujuk-pujuk,pakai la jugak..bekpes siap.. sampai tadika, taknak turun kereta..haha..

masuk kelas, okey je.. tiba-tiba budak lain menangis, dia pun start menangis juga..

hoho..

umi & dedy tinggalkan saja..
salute kat cikgu yang pandai handle budak ramai-ramai yang macam-macam peel..

cikgu kata biasalah kalau seminggu macam-macam perangai untuk serasi..lagipun Hadif tak pernah bergaul dengan ramai kawan-kawan, take time la ye!
harap semua berjalan lancar..
amin..

semoga Hadif dapat manfaat belajar di Tadika Mawaddah..belajar jadi anak yang soleh & pandai..
amin..





2 comments:

eamy milea said...

assalam aja..lama tak singgah kat sini..dah besar anak aja...tahniah jugak ..macam hadif nk dapat adik je tu,., :)

:: aJa :: said...

ws.. dah besar pun Hadif, nak jadi abang dh bulan depan.. INSYALLAH..=)

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers