Thursday, December 31, 2015

:: penghujungnya 2015 ::

Assalamualaikum...


aku kena tulis juga catatan penghujung 2015..

Alhamdulillah, syukur..

minggu terakhir di hujung disember ini, aku kurang sihat..dapat mc 2 hari.. nak pergi sambung mc malas nak menapak ke klinik..huhu..



pagi ahad lepas yang hening...
ramai pula yang cuti hujung tahun begini..
masuk lab, ade 2 orang je.. boss yang berkaliber, junior yang rajin..
aku selaku senior 4 tahun memulakan tugas..haha

5 blok tisu manusia berjaya aku potong..
masuk ke enam, pisau dah tumpul..alihkan, capai pisau yang baru..
sekali letak dengan tangan kiri..
akal entah ke mana, tangan kanan laju saja putar alat itu..
sekali..ahhhhh... aku terpotong jari..

baru pukul 9 pagi, riuh satu makmal.. hajar buat havoc potong jari pagi-pagi..hahaha
aku buat selamba, ingatkan aku terhiris jari saja..
sekali darah mengalir tak henti-henti..
terpaksa berkejar ke A&;E..
A&E dengan lab aku bagaikan pintu depan HUSM dengan pintu belakang HUSM..
giler jauh aku nak menapak..
tunggu pula en asben yang bawakan.. en asben dah la bank tisu dekat library.. tingkat 3 pula tu..
haha..

gauze berganti-ganti..
nak hentikan darah yang mengalir..
kesakitan mula terasa..

sampai A&;E, terus masuk sebab dapat priority..
kemalangan di tempat kerja u olls..
haha.. 
sekali MA bersihkan jari, baru aku tahu aku bukan terhiris jari..
aku potong terus isi jari..

siap boleh buat biopsy kalau macam ni..


skin loss u olls..
laki aku cakap nasib baik dah berlaki..
kalau tak potong RM500 waktu pinangan nanti..

ceitttt!!!

nampak kecik je bahagian terpotong, tapi sakitnya ibarat cubit peha kanan, paha kiri terasa juga..eh!
doktor nak jahit, aku cakap tak payah lah..lagi dahsyat jari aku nanti..
dapat ATT injection sekali..
balik rumah demam sampai ke hari ini..


hahaha~

Alhamdulillah, aku berjaya tambah statistik kemalangan tempat kerja kat HUSM tahun ini..






kalau nak tahu, apa yang terbaik untuk tahun 2015???




jawapannya : budak ini..

haha...

10 bulan setakat ini, proses pembesaran Athief Hazim berbeza sungguh dengan Hadif..
dia punya ligat, aktif 3x ganda pada Hadif..
tapi Alhamdulillah.. semuanya baik-baik saja..
syukur dia membesar-minum susu banyak-makan pun banyak..

=)

INSYALLAH, ketemu untuk tahun 2016..

2016 please be nice with me..

aku tak harap yang marvelous sangat..
asal semua happy, semua jalan..
holidays pun dah siap dalam planning dalam kepala..
harap dapat berjalan dengan lancar..


amin..


1 comment:

Acuyuhan said...

hi perkongsian menarik.. done follow, follow me back :)

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers