Saturday, March 30, 2013

:: suku abad di bumi tuhan ::

assalamualaikum...

khamis lepas,yakni kelmarin dulu, hari lahir aku yang ke-25..ye,masih muda terasa tapi bila dikenang,
yuhu, suku abad sudah berada di bumi tuhan yang luas ini..

Alhamdulillah..
biarpun kesihatan terganggu, aku rasa ada hikmahnya juga..
tahun ni aku dok diam, terlantar atas katil, turun katil bila perlu..
sadis tak? T_T
tak juga, at least Allah ganti dengan benda yang berharga juga,
terluang masa dengan keluarga, banyak muhasabah diri..
25 tahun hidup , sudah banyak yang aku tempuhi,
hari-hari mendatang yang belum pasti..
mengharapkan sindrom MSU masih kekal dalam diri..

dan, kebetulan jua, keluarga belah ayah berkumpul
buat bbq..
macam 1 pengubat jua buat aku yang tak terdaya ini..
semua orang huha-huha..
aku rilek terlantar atas kerusi panjang kat luar tamu..
haha~


 anak cucu cicit mak aji..


 en asben buka booth takoyaki..
haha~

 dan kek untuk birthday girl n boy
ingat : aku kongsi tarikh yang sama dengan abang aku..


 "birthdaygirl, sila bangun2x...potong kek"

buah hati, hadiah berharga..

aku tak dapat hadiah pape pun tahun ni..
hahaha..
kesian~

dan dok dengar sepupu sepapat dok bebel bila nak update cite pasal jepun..
yela-yela, lepas ni aku update sampai muaksss..

till then~


*MSU - matang sebelum usia..hakss

Wednesday, March 27, 2013

:: bila Allah menguji......::

Aku, aku terima dengan reda..



Assalamualaikum…


Imbas kembali…

Jumaat (22.03.13)

Pagi ni,tinggal aku dan hadif saja dekat rumah.. en asben ada kursus, mak+ayah+adik ke kuliah pagi tok guru.. sempat menyiapkan sarapan untuk dedy, ala, roti bakar je pun sebelum dedy keluar..lepas dedy pergi, ambil baju dalam mesin basuh & ajak hadif pergi sidai kain sama-sama..*jom*

Siap kerja rumah, baring dengan hadif sambil menyusu, tiba-tiba abdomen sebelah kanan tiba-tiba sakit..sakit yang tiba-tiba..aku bingkas bangun, mundar-mandir “takkan gastrik datang lagi” hadif tengok dengan muka pelik,elok je dia tengah syok minum susu,umi pula buat hal..huhu~

Sejam..tak tahan..abeh roti yang aku telan termuntah balik..minum air termuntah lagi..lagi..dan lagi..hadif mula merengek,time to sleep, tapi aku tak boleh nak entertain dia..sakit..sakit sangat.. telefon abang, tolong datang ambil hadif,aku nak rehat..abang datang, ajak pergi klinik..aku sanggup saja sebab tak tahan..pergi klinik kesihatan bachok, cakap kat doc, saket perut, maybe gastrik, doc bg ubat dan cucuk kat bontot…ewwww~ tak lega..sakit..dan sakit lagi..

Telefon dedy,cakap sakit..sebelum solat jumaat dedy sampai, makan ubat gastrik lagi..tapi termuntah  lagi..aku muntah & muntah lagi..jangan tanya aku berapa kali aku muntah sampai tak tahu apa dah yang keluar selepas itu~ huhu…

Selesai solat jumaat, aku ajak dedy ke HUSM, tak tahan..dedy ponteng kursus, bawa aku terus ke A&E.. setengah jam menunggu, masa aku lebih dalam bilik air, muntah..dan muntah lagi…bila nama dipanggil, terus aku rasa nak teriak terima kasih sebab cepat panggil aku masuk,sebab aku dan A&E selalu takde chemistry..

a&e..mengenang nasib~


Cakap dengan doc apa yang menimpa..terus dicucuk sana sini..buat UPT,buat FBC,buat UFEME dll..dan tak lupa buat ultrasound..oh sakit sudah merebak kebahagian ari-ari..dan menemui satu petanda..dan tiba-tiba doc cakap, kita naik ke wad 1U,further check! 1U-wad gynae*sakit puan*oh,sudah terbayang apa yang akan terjadi selepas ini~

Sampai wad terus kena ultrasound lagi, dan doc terus cakap, terpaksa tahan awak, mungkin kena buat emergency operation..tengok apa yang ada dalam perut awak..ah, doc, sudah lama benda itu ada dalam perut saya, dan saya selalu follow up dengan klinik..tapi kenapa?dulu kata tidak apa-apa,dia behave saja sekarang dia berbalah pula dengan ovary saya???????KENAPA?????arghhh..whateverlah,sebab sekarang saya sakit sangat..

check-in 1U..

Ah,kenapa tiba-tiba dalam beberapa jam sahaja aku dalam situasi yang begitu unexpected ini?????

Beberapa jam menahan sakit, doc datang, sila sign boring,kita akan buat operation malam ini juga..huhu..sign jela,=..dan-dan kena pakai baju OT yang tak cantik itu, tapi oklah,sebab doc hensem yang merawat..haha~apa kaitan~

Perasaan aku ketika itu kosong, tak rasa berdebar pun..asyik dok fikir macam manalah hadif nak tidur malam ni tanpa aku?huhu~

10.45pm, aku ditolak masuk ke OT, orang kata OT tu menyeramkan,tapi aku rasa tak rasa apa-apa pun..siap dok gelak-gelak bantai lagi dengan nurse dengan pakar bius..hahaha~ tiba-tiba rasa kena cucuk then kelam…*the rest is history* so, OT memang tak menyeramkan…sila percaya..hehehe~

sebab kena bius 1 badan, sampai ke pagi tak sedarkan diri..

bila tersedar,tengok belah kanan kena drip, sebelah kiri kena drip..adehla...

kanan..

 kiri..


Sabtu (23.03.13)

1am.. aku tersedar..mamai, ah, sudah ditolak balik ke wad..mamai..dan terus mamai..

8am, doc datang melawat..dan cakap, saya dah buang cyst awak..tapi itu bukan ovarian cyst,itu fimbriae end cyst, yang kanan twisted(berbelit)sebanyak 3kali pada tube fallopian awak, dan saya terpaksa buang juga tube fallopian itu,maafkan saya..aku tercengang,ok..satu tube dah hilang, takpe..kemudian doc sambung lagi..dan saya periksa bahagian kiri juga ada cyst itu tapi kecil saja,jadi saya buang juga supaya ia takkan terjadi macam sebelah kanan..ok, everything is alright..ovari & uterus awak sihat..awak boleh mengandung lagi..aku senyum..takpelah,reda.. =)patutlah aku Nampak luka ni besar, rupanya belah macam nak keluarkan baby..huhu..

dan ini adalah gambaran jelas apa yang terjadi..sebelah kanan punyalah besar, sebelah kiri cinonet aja..


*reda…reda..reda..*

right fimbriae end cyst + fallopian tube

left fimbriae end cyst..

apa yang ada dalam cyst tu???

*all pic credit to en asben & friends, yelah, semua benda atas tu kan anta ke lab aku jugak untuk diproses..haha*


Suhu aku naik…ah..mungkin sebab tak pump, bengkak susu..adehla,coolllll..coolll…

Mak cerita hadif semalam tak tido,merengek cari umi dia…pukul 5am baru lena..kesian..sayu rasa hati.
.
Ahad (24.03.13)

Aku tengok, kiri depan semua dah boleh balik…dan aku menanti sebuah jawapan tak pasti..petang itu, doc hensem datang,cakap kalau suhu ok,boleh balik…ok,check..37.1… oklah,saya lepaskan awak balik,tapi kalau rasa tak sedap badan,datang terus ya..alololo,doc ni…doc sibuk buat kerja,Tanya nurse,selalu dapat mc berapa lama..nurse jawab,dalam 2minggu rasanya..sekali doc datang,bagi slip, tercengang aku tengok,siap konpemkan balik..betul ken i? yelah,awak tu kena c-zer cakap orang beranak,memang kena cukup rehat..

Dan terima kasihlah doc dan akak-akak nurse atas jagaan kalian..

Dan sekarang, saat ini, aku dalam proses recovery…semoga cepat sembuh kepada diri sendiri.. =D

~Dan juga sekarang, aku tengah fikir,nak buat apa dengan mc 42hari ini…
Hehehe

Wednesday, March 20, 2013

:: Jejak Jepun : osaka oh osaka! bahagian I::

assalamualaikum..

hari yang cerah...
mentari ada, tapi sejuk..
boleh bayang tak?
suhu sekitar 5-7 darjah celcius..
=)

 bahagian under contruction..
comel betul besi penghadang..
=D

train dalam bandar..

osaka yang packed..
tapi bersih...penduduk yang pantas dan comel..
hikss..

osaka aquarium kaiyukan & Tempozan Harbor village..

kawasan ini besar dan luas..
ada macam-macam..
semuanya ikut selera..
nk cruise boleh, nak sopim boleh, nak tengok ikan boleh, nak naik ferris wheel pun boleh..
cuma sediakan wang sahaja..
=D
 


kita berada di salah satu akuarium terbesar di dunia!
aquarium 8 tingkat..
kena naik tingkat 8 dan slow-slow turun sampai bawah sambil menikmati keindahan lautan dalam bangunan~

behind the giant ferris wheel..





nak tengok lebih, bolehla pergi sendiri..
memang berjalan dalam laut rasanya~
dari sekecik-kecik ikan sampai sebesar-besar pari terbang!
=D



budak Hadif yang teruja dengan ikan..

 
tunjuk perasaan yang sopan-santun gitu~



jom naik cruise~
santa marina..

 
dan mulalah jatuh hati dengan takoyaki dalam cruise ini~

ikea pun ada..
eh!

jambatan pun boleh dua tingkat~

naik cruise selama lebih kurang 20minit..
round pusing sekitar pelabuhan di pinggir osaka..
bolehla nampak Universal Studio, airpot dll..

tak gitu Hadif?

=D

to be continued~


more info here : link

Tuesday, March 19, 2013

:: angka 60 tahun ::

assalamualaikum..

kita lupakan seketika pasal jepun,
kita balik ke malaya sekejap..

bukan nak sambut hari kemerdekaan ke apa..
malaya tak sampai pun 60 tahun merdeka..
=D

hari ini hari lahir ayah..
yup, yang ke 60 tahun..
cepat je masa berlalu, aku pandang ayah,
riak jelas tidak kelihatan seperti 60 tahun..
;)

Alhamdulillah,
masih sihat tubuh badan..
masih bebas daripada penyakit kronik..
itu sebenarnya yang perlu dijaga bila usia sebegini menjengah..
aku pun selalu tengok routine check-up ayah..
so far so good..

ayah sekarang sibuk dengan parti..
sibuk dengan pos, sibuk dengan bendera..
tapi bila ditanya bila pilihan raya, susah untuk dijangkakan..
=D

juga sibuk dengan ternakan..
anak lembu yang baru lahir masa aku pergi jepun hari itu tak sempat mendapat kasih sayang daripada ayah..
ah, ayah begitu terkilan sekali, sudah lama menunggu kelahiran anak lembu dikalangan lembu-lembunya..
tapi, tak pe, ayah sudah beli anak lembu baru, harga rm3k,
aku pandang anak lembu itu.. kenapa anak lembu kecik cinonet itu berharga sebegitu??????
perghh....hebat sekali pasaran lembu sekarang!
haha~

ayah sekarang pun hepi bila masuk usia emas ni..
sebab dia kata semuanya ada diskaun..
beli tiket bas ada diskaun, buat pasport pun dapat diskaun..
ahaaa..
macam-macam..

ini hadiah pra sebelum bagi hadiah sebenar..
ada jugak macam tu..
ahaha~

crocs ori dari jepun..
tahukah anda, crocs ori di jepun dijual dengan harga yang sangat2x murah berganda-ganda dari malaysia?
percayalah!
=D
*sempat aku sambar 2-3pasang*

aku tunggu bonus nak beli hadiah betul-betul untuk ayah..
aha, tengah-tengah tahun dapat bonus.. tapi tak tau bila nak masuk akaun..
hahaha~

sabo jela~

ayah, selamat hari lahir..
semoga dikurniakan kudrat yang cemerlang untuk berbakti kepada keluarga,agama & parti..
=D


Sunday, March 17, 2013

:: Jejak Jepun : bahagian satu ::

assalamualaikum..

=)

aku tak tahu selama mana dan banyak bahagian yang akan aku coretkan untuk sesi jejak jepun kami ini..
sila jangan muaksss..
=D
ia amat berguna untuk anda barangkali..
dan amat penting untuk aku sebagai salah satu kenangan terindah dalam kehidupan..
ehem..
2-12 mac 2013..
11 hari, tapi aku rasa macam tak cukup je..
rasa nak pergi lagi..boleh gitu?
banyak tempat yang tak sempat nak cover.. hu..hu..
macam lah jepun tu negara jiran, boleh pergi senang-senang..
nak apply visa itu hari pun macam-macam dugaan.. hakss..* nanti kita cite bab ni*
belum lagi buat tukaran wang.. haha~ *pejam mata*

 air asia X..
jom kita ke Jepun!
flite pukul 3pm 
KL-Osaka..
durasi masa 6 jam 45minit..
kejap je..
haks..


 the triple Ha

 salah satu cabaran dalam flite adalah memastikan ini budak tidak terlepas dari seatbelt..
"umi, tolong!!!"

 sampai ke Kansai Airport 10.25pm..
oh, salji turun bagai menyambut ketibaan kami..
tapi seciput je.. tak sempat nak feeling winter sonata pun..
haks..
tak perasan pun, kalau bukan BIL cakap itu salji, tak taw pun yang turun itu salji..
ish, kesian, jakun!
suhu waktu itu adalah 3 darjah celcius..

dan berada di imegresen airport lebih kurang setengah jam sebab pegawai imegresen tak bagi kebenaran keluar..
kenapa?
en asben tulis alamat kat borang yang di pass kan dalam kapal terbang tak lengkap..
maka, mulalah percakapan ayam-itik kat situ..
angguk-angguk-geleng-geleng..
aha~
last sekali, dilepaskan..
Alhamdulillah..

 balik ke apartment yang disewa oleh BIL di tengah-tengah bandaraya Osaka..
milik usahawan melayu, tapi aku lupa nak ambil contact dia..
haha~

 baiklah,kawan-kawan!
jom kumpul tenaga sebab entry lepas ni Hadif bawak kawan-kawan semua jalan-jalan di Jepun..


to be continued~

Thursday, March 14, 2013

:: hadif sudah boleh jadi traveller yang sejati ::

assalamualaikum..
=)

Alhamdulillah, sudah selamat pulang ke tanah air..
cheewaah..

masih dalam mood bercuti lagi..
dan masih malas nak transfer gambar yang beriban-riban itu..

memerlukan sedikit masa untuk aku korek, imbas kembali cerita perjalanan kami di sana..

apa-apa pun,
hanya nak ucapkan syabas buat anakanda, Hadif yang telah lulus dengan jayanya untuk menjadi kaki rayap @ traveller @ backpacker yang sejati..

setelah hampir setahun tak jejak kapal terbang,
aku rasa bimbang juga, dulu masa 4 bulan,xpelah, masih bayi,
xpandai nak pot-pet-pot-pet, xpandai berjalan lagi..
ni bila dah pandai semua, maunya rasa sedikit bimbang di situ..

tapi, Alhamdulillah segala berjalan lancar..
penerbangan memakan masa hampir 7 jam berjalan lancar..
Hadif main, tido, jalan-jalan dalam kapal terbang, abih disapanya penumpang dalam tu..
=D

sepanjang 11hari berada di sana, tak banyak songeh,
ikut je rentak umi + dedy dia..
makan banyak, maybe sebab cuaca sejuk..
asyik lapar sahaja..
hehe~

 jom kita naik kapal terbang!!
@ sultan ismail petra airport

 biasalah, sengih dia memang macam ni..
=D

 excited nampak kapal terbang..
aku harap dia jadi pilot suatu hari nanti.
amin..
hikss







 jom bersama Hadif menerokai keindahan bumi matahari terbit..

JAPAN!!!!!!!!!

=D


to be continued~

*sila bersabar*

Monday, March 11, 2013

:: teaser : currently, we are here ::



assalamualaikum..

more updates soon..

=D


::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers