Thursday, October 31, 2013

:: Jejak Beijing : I ::

assalamualaikum..

trip kali ni adalah trip bersama keluarga belah aku..
aku 3 beranak, mak & ayah,bapa saudara, mak saudara, dan sepupu-sepupu..
trip kali juga agak mencabar pada mulanya nak plan sebab ada je yang terpaksa tarik diri atas faktor-faktor yang tak dapat dielakkan seperti adik aku yang kena exam STAM pada minggu tersebut..
=D

konklusinya, kita hanya merancang, Allah yang menentukan..

apa-apa pun, yang dapat pergi wajiblah menikmati perjalanan kali ini..
=)


Beijing
21-26 0ct 2013




 flight pukul 6.45pm

 sampai pukul 12 tgh malam..
airport dah canggih, tapi fail bila dalam tandas takde air walaupun di sinki..
???



bergerak ke Hotel Majesty dah pukul 2 am..
letih, esok pagi start program pukul 8.30am..




nasib baik hotel ni not bad..

jom start melencong!


to be continued~

Monday, October 28, 2013

:: teaser : tepek sekeping dulu ::

assalamualaikum..

Alhamdulillah..

touch down dengan selamatnya..


more updates soon~

=D

Sunday, October 27, 2013

:: outdoor games family day ::

assalamualaikum..


Tanjung Demong ni tempat dia ok la.. takla teruk sangat..takla ok sangat..

outdoor games kitaorang plan macam ni..

dewasa main musical chair + boling kelapa..
kanak-kanak main tiup belon, bawa bola pingpong dalam sudu, isi air dalam botol ,tiup tepung cari gula-gula serta rebut gula-gula..

tema petang tu warna biru..

sempoi punya head department..
=D


Hadif menyelit jadi juri..







semua enjoy, Hadif pun enjoy walaupun tak main apa-apa..

=)

Thursday, October 24, 2013

:: indoor games untuk hari keluarga ::

assalamualaikum..

untuk kategori dewasa, aku buat 3 games..

pertama..

 teka silangkata..
haha, ramai yang pening kepala jawab benda ni..

word search..
* sebab kerja dalam bidang kesihatan kan, kena la cari ala-ala penyakit sikit*
=P

sapa nak jawapan, boleh email kat aku..=D

2. teka bahasa isyarat..

encik Azman yang sporting jadi jurulakon..
=D

3. telefon buruk

aku buat ayat " jai jalan-jalan, jai jumpa jali, jai jentik jari jali,jeri jerit "jangan jentik jari jali" "

apa jadi?

hahah~
macam-macam versi yang dapat..

untuk kanak-kanak pula..

untuk pertandingan mewarna, aku cari lukisan dekat sini

macam-macam lukisan ada, bagus untuk kanak-kanak..
mak bapak lepas ni tak payah beli buku mewarna lagi..
=D

jigsaw puzzle pula, beli je kat kedai 2ringgit, berlambak-lambak..

to be continued~


Tuesday, October 22, 2013

:: hari keluarga jabatan patologi ::

assalamualaikum..

alhamdulillah, family day jabatan aku berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 11-12 oct lepas..
segala persediaan, mesyuarat berulang-kali, pencarian barang, sesi kerah keringat semua berjaya dilaksanakan dengan penuh kerjasama..

ni 1st time aku terlibat dalam projek mega macam ni..
dah la selaku AJK permainan, haha..penat aku perah otak nak bentang usul permainan untuk dimainkan..
dan orang juga penat nak main game yang aku sediakan..
tak kisah la,janji semua hepi..
=D

sesi bungkus hadiah berminggu-minggu baru siap..
sesi mesyuarat bentang usul..
cadangan ditolak mentah-mentah pun ada..


tempat di Tanjung Demong Beach Resort..
1/2 jam dari rumah..
=)

sesi sampai lepas check-in mulakan dengan indoor game..

aku bahagikan dengan game untuk orang dewasa...
dan untuk kanak-kanak..

 game orang dewasa ada 3 game

 kanak-kanak 2 game
mewarna & jigsaw puzzle..



 penat diorang memerah otak untuk jawab teka-silangkata & word search..

budak Hadif yang terpaksa berdikari..
hehe


to be continued~

Sunday, October 20, 2013

:: dalam kenangan ::

assalamualaikum..

semenjak 2 menjak ni, family belah mak ramai yang pergi menyambut panggilan Ilahi..
2 orang sepupu, atuk sedara dan jumaat lepas dikejutkan dengan kematian adik bongsu mak..

Al- Fatihah untuk semua..

apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

last status ayah chik.

berita kematian ayah chik sangat mengejutkan kami sekeluarga..
ayah chik yang nampak sihat & ceria..
perginya selepas solat jumaat, rebah di dalam bilik air..
post-mortem menunjukkan jantung arwah tersumbat..
heart attack is a silent killer..
perginya tanpa peninggalan zuriat..
moga ayah chik ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
Amin..

-----------------------------------------------------------------------

semenjak 2 minggu ni, beberapa ekor kucing kat rumah jatuh sakit..
dah bawa pergi jumpa vet pun tak sihat-sihat..

ntah apa penyakit pun tak taw..
takkan toxoplasma gondii pulak kan..
hoiii, belajar parasitology tak abeh..
T_T

kucing paling kecik pun dah mati..
huhuhu~
macam tiba-tiba je semua jatuh sakit..

 dan si putih juga sudah tiada lagi..
hohoiii, sedih betul...

tinggal 3 ekor je lagi, yang seekor tu nampak macam nazak sangat dah..

T_Tk

Thursday, October 17, 2013

:: suasana aidiladha ::

assalamualaikum..

suasana aidiladha tetap meriah tahun nie walaupun tanpa kepulangan ramai ahli keluarga belah ayah..
penuh dengan pengisian, gelak tawa..salah seekor lembu terlepas-keesokan-hari baru dapat laksanakan ibadah korban..

=)



dedy dok pot-pet-pot-pet kat aku,
orang nak ambil gambar urusan jual beli kat belakang..
aisyy..

kakap, aku, mak , kak wani..

nampak tak benda kecil kat langit tu?
raya tahun ni special sikit sebab dapat liputan dari udara..
ha.ha.ha
poksu punya kerja..
keluarkan gadjet tercanggih beliau..
=D


ayah dengan adik-beradiknya walaupun tak cukup 2 orang sebab sorang tu sibuk jadi tukang sembelih, sorang lagi sibuk di dapur..
dan nenda selaku pemerhati majlis korban..apa yang tak betul, dia yang tegur..

rewang dikuasai oleh generasi muda..
nasib baik siap juadah dengan jayanya..
Alhamdulillah..


sesi bahagi bahagian daging..

budak Aufa yang cengeng!
eiii, geram betul dengan budak ni..







selalu lepas siap ibadah korban, semua boleh dok bersembang, dok gelak-gelak dan rehat-rehat..
tapi raya kali ni jadi rushing sebab ada kematian pada pagi tersebut..
sebelum zohor semua dah siap..

Al-Fatihah buat almarhum Datuk Abdul Razak, mantan SUK Kelantan..

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers