assalamualaikum..
minggu ni semua orang sibuk..
mak ayah sibuk dengan buat persiapan adik aku yang akan kembali ke Mesir..
adik aku yang kecik sekali pun sibuk, ada 2 minggu je nak pulun untuk STAM, muka tu macam semak je,maybe banyak ilmu dalam kepala yang dihafal..
=D
sekejap saja masa berlalu..
aku dengan en asben pun sibuk, sibuk hari-hari masuk bank..hahaha~ apela, harap semua selesai dengan jayanya.. Amin..
lalu, en asben buat plan nak buat burger bakar sempena kesibukkan masing-masing..hakss..
laki aku ni, sebulan sekali datangla mood masak dia, walaupun bising cari benda tak jumpa kat dapur..
aku kena ada sebagai assistant, kalau tak haru 1 rumah..
tapi, syabas juga buat dedy sebab segala masakan yang dia buat sedap!
burger bakar dedy
kepingan daging
- 250g daging kisar
-1 bawang besar (dicincang halus)
-1 biji telur
-10keping biskut tawar (aku pakai cap hup seng, kisar sampai halus)
- sos BBQ
-blackpepper
-seasoning
-garam
* daging + biskut dicampur sampai sebati, biskut dijadikan agen pelekat yang baik + tambah telur + bahan2x lain seperti di atas.. bentukkan menjadi kepingan daging dan perap selama 2 jam di dalam peti.
* bakar 180 darjah celcius, 20 minit dalam oven (sebab hari hujan, takleh nak bakar dengan pembakar kat luar rumah, kalau guna pembakar ajaib pun ok, cuma jadi juicy sikit daging nanti)
sos blackpepper
- 1 biji bawang besar, di kisar halus
- 2 sudu marjerin/butter
- 250ml air masak
-100ml susu segar
-sos tiram
-sos tomato
-sos cili
-kicap
-blackpepper
-1 sudu tepung jagung
-garam secukup rasa
* panaskan kuali, letak marjerin/butter sampai cair, tumiskan dengan bawang besar..masukkan susu,biar mendidih,masukkan semua bahan di atas, ikut citarasa masing2x nak sedap yang macam mana..biarkan sampai pekat dan mendidih..
dressing the burger
-roti burger yang diletakkan marjerin dibakar seketika, lepas tu letaklah salad+tomato+timun+sos blackpepper+mayonis+sos cili+kepingan burger yang dibakar sekejap bersama keju+tomato+timun+sos cili+mayonis+roti burger..
siap untuk dimakan..
=)
Hadif tak boleh makan burger, so lebihan daripada kepingan daging tadi, dedy bulat-bulatkan jadi meatballs.. pastu dia makan dengan lahapnya,tak bagi satu pun kat orang lain..T_T
2 budak yang sibuk dengan urusan masing-masing..
credit to dedy.. thank you..
selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment