Wednesday, June 25, 2014

:: lacey handsock untuk dijual ::

assalamualaikum..

rentetan daripada post ini dan aku selalu pakai hari-hari sampai orang selalu pegang tangan aku, tanya pasal handsock ini..
maka, aku dengan baik hatinya nak share kepada semua..
benda baik jangan disimpan.. tak gitu?

=D

sapa berkenan tu, jangan segan silu email @ wassap ai yer?

 email : e_ajaries@yahoo.com
wassap : 0199343257


Lacey handsock :  RM10 / each exclude postage

add RM5 for postage

buy 10 pieces, FREE POSTAGE !!!

OMG!



 available

 available

 SOLD OUT

SOLD OUT

 available

SOLD OUT

 available

 available

 SOLD OUT

 available


ukuran standard untuk semua lacey handsock ini..
 dalam 10 inci / 25 cm



Super ring handsock pun ada

Ring handsock : RM 14 / each exclude postage


SOLD OUT

SOLD OUT


haippp!


bukan setakat itu saja.. alang-alang nak beli handsock tu, boleh la add-on brooch kat bawah ini juga..

=D


Flower brooch : RM 1 / each 


LET COVER OUR AURAH PROPERLY, FRIENDS!!!

=)



Sunday, June 22, 2014

:: hujung minggu yang penuh terisi ::

assalamualaikum..

start malam khamis pulun buat kek untuk jualan di Karnival Belia & Remaja Islam di Masjid Sultan Ismail Petra..

terima kasih kepada pengunjung yang datang..

terima kasih buat adik aku & the geng yang bertungkus-lumus sepanjang karnival..

=)

dalam sibuk berkarnival.. ehem, aku singgah kejap-kejap je.. haha..tak tahan panassss u olls, ke hulu ke hilir buat delivery kepada pelanggan-sampai-en-asben-aku-pun-heran-hilang-tiba-tiba-lepas-tengok-match-bola-tampar



 rezeki murah hujung minggu lepas..
=)


 tup-tup..
ada balik kat gelanggang tengok dedy lawan bola tampar
go dedy go!

=D

 petang ni lawan final...
tapi aku tak pergi tengok dah..
INSYALLAH, menang dah tu.. kata juara bertahan di HUSM ni.. 
=p

rehat sementara tunggu match pada petang pula, round kb, cari hadiah pula untuk besday girl..

 syurga mainan di Kota Bharu..
Hadif pun dah berpinar mata.. nasib baik dengar je cakap..
=D

dapat bergambar dengan ultraman pun dah cukup dah budak Hadif ni..
haha~

rushing terus ke match balik..


lepas siap-siap, terus ke rumah fara sambut birthday Fitrah

 Happy birthday Fitrah Insyirah yang ke-3


nak bergambar dengan kek, tapi malu.. acece~

malam tu, terus terbongkang tidur 3 beranak ni tak-ingat-dunia..


=D



Monday, June 16, 2014

:: Jom ke karnival remaja & himpunan belia ::

assalamualaikum..

=)

bagi yang berkesempatan, terluang waktu di Kelantan..

jom ke karnival remaja & himpunan belia di Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian..

19-21 Jun 2014 ( khamis-sabtu)


ada pelbagai aktiviti dan booth jualan untuk semua..

sape-sape nak dapatkan lacey handsock yang gojes , cupcakes sedap-sedap, jubah-jubah yang cantik dan lain-lain boleh la berkunjung ke booth MTS di sana ya!..
nak jumpa aku kat situ pun boleh, tapi tak ade la 12jam kat situ sebab-urusan-duniawiku-banyak-kerja-lagi-tak-settle..huhuhu
tapi budak-suruhan-orang-kuat-karnival ni iaitu adik aku ada kat situ.. hakss


jom ramai-ramai!

=)

Thursday, June 12, 2014

:: finally... ::

assalamualaikum..


hohoi... semakin hari semakin sibuk dengan urusan duniawi, kerja,anak,keluarga dll..

 budak Hadif pun demam baru nak kebah..

banyak benda nak cerita..
banyak benda nak kongsi..



bagi teaser dulu..

ALHAMDULILLAH..

finally, selepas 3 tahun ++ , aku dah dapat kunci rumah yang pertama..
semoga Allah permudahkan segala urusan kami..

ok, bye!



* sibuknya Ya ALLAH*


Wednesday, June 4, 2014

:: melepaks ::

assalamualaikum..

sementara aku bercuti hebat kat rumah ni..haks.. aku wassap kawan-kawan baik ajak melepak..lepak kat rumah je..haha..
boring semacam je, umi tengok muka hadif-hadif tengok muka umi.. 
sementelah semua kawan ade kat kampung, jom lah kita makan-makan-sambil-gosip-gosip..

hee~

bila semua dah ada, mula la tanya kenapa rumah ni sunyi, mana yang lain..
yuhu.. mak-ayah-adik aku pergi melencong obersi ikut abang aku..aku je tak ikut..*nangis sendu*
semua buat muka peliks kenapa aku tak ikut..
pelik sangat ke?
ha.ha.ha
tahun ni kita slowdown sikit pasal jalan-jalan.. banyak benda lain nak settle down yang memerlukan ongkos yang bukan sedikit ye.. teehee~

tapi hikmahnya.. Hadif tak pakai pampers & minum susu lagi.. 
*big claps*

 poyo je kawan-kawan umi.. mintak buat macam-macam.. kek la, tako la..
last sekali aku sediakan bahan , masak sendirilah korang..
=D



Alhamdulillah.. makan kenyang..sibuk borak-borak dengan meriah sekali..
hiks..

ni lah kawan baik, dari sekolah rendah-sekolah menengah-sampai masuk u-sampai dah kerja..
tang kahwin je belum sampai seru lagi..

tak boleh lah bila ingat mak anah dengan mak eyie bila jumpa, pasti dialog diaorang akan keluar macam ni :

mak anah : anak mu bilo nak kahwin? anak cikgu zin, anak dah besar pun..
mak eyie : oyap anak aku, anak mu bilo nak kawen?

hahaha~



Tuesday, June 3, 2014

:: potty training : Hadif ::

assalamualaikum..

=)

Hadif sekarang dah masuk 2 tahun 6 bulan...dah besar dah pun anak teruna i.. =) so, we ols umi dan dedy decide untuk potty training ( melatih untuk buang air besar dan kecil sendiri..tak perlu pakai lampin pakai buang lagi ) sementelah takde pengalaman, seriusly, aku tak baca dan menelaah ape pun cara-cara nak handle benda ni.. tanya kat orang yang berpengalaman pun ada lah masuk sikit-sikit dalam otak, yang lain iku logik aku je.. heee.. apa yang penting usaha, kerjasama, doa dan tawakal.. 

hari ni dah masuk hari kelima Hadif tanpa lampin.. pencapaian? begitu membanggakan! Alhamdulillah..senang bekerjasama dengan dia.. 1st day? haks, memang agak teruk, sebab balik rumah tok ma, ramai sepupu, Hadif terleka..umi pun ralit..sampai terberak dalam seluar sekali..yang lain semua ok.. 

trick aku nak potty training Hadif :

1 . 1st day, sembunyikan lampin pakai buang dia.. 
     umi : pampers Hadif dah habis, Hadif tak payah pakai pampers ye..nanti nak kencing, nak berak cakap                kat umi ye?
     Hadif : kita beli yang baru lah..
     umi : ? 

2. mula-mula, selalu bertanyakan, sama ada nak kencing dan nak berak gap antara 15 minit ke setengah           jam.. lepas tu tengok dia dok pegang-pegang angry bird tu, tu tanda lah tu dia nak kencing.. nak berak         pun dah pandai cakap dah..siap pegang tangan umi suruh cepat ke bilik air.. so sekarang dah tade hal.

3. selalu bagi kata-kata perangsang. kata semangat.puji-pujian gitu.. dengan itu, Hadif akan selalu ingat dan       excited untuk terus jadi lebih baik.. hadif memang hebat!

4. orang selalu kata, training anak kencing dan berak tak boleh sampai ke malam. bila malam, kena pakaikan     juga lampin pakai buang, sebab dia akan terbabas kencing atas tilam, menyusahkan mak ayah juga nanti..     bagi aku, sejam sebelum tidur, itu last sekali dia minum..Hadif masuk tidur pukul 9.30-10 malam, so 8.30     malam adalah waktu terakhir dia minum..so, pukul 9.30 malam, pergi bilik air kencing dan berus gigi             sebelum tidur..malam pertama, buat jugalah precaution, letak lapik getah, bangun pagi memang tak                 kencing..Alhamdulillah, so malam-malam seterusnya, amalkan begitu.. Hadif pun dah dipisahkan tempat        tidur sejak sebulan lebih dah, so dia pun memang takde masalah, bila bangun pagi, terus ke bilik air..

5. kerjasama antara umi dan dedy.. yup! itu penting ya, dah anak kita sama-sama, jangan letakkan sepenuh tanggungjawab ini ke atas ibu sahaja.. mahupun pengasuh..bak kata kakak iparku, ini adalah saham akhirat  mak ayah, jangan letak tanggungjawab kat orang lain. =)  sementelah aku sekarang pun cuti seminggu, jadi surirumah sepenuh masa, maka ambillah peluang keemasan ini untuk potty training Hadif.. dedy dia pula bila ada peluang, cuti hujung minggu atau selepas waktu kerja, akan sama-sama bertanggungjawab untuk potty training Hadif.. =)

potty training adalah 1 peluang kita dalam proses pembesaran anak.. satu pengalaman yang berharga untuk kami melihat Hadif semakin bijak berdikari..

seiring dengan tidak pakai lampin pakai buang lagi, Hadif juga sudah terpisah dengan botol susu.. means no more susu formula..benda ni pun unexpected juga sebab 1st day potty training dia, bila sua kan botol susu, dia refuse sangat-sangat.. dan sampai ke hari ni, dia memang tak nak terus botol susu.. we ols memang terkejut ok dengan dia.. yang ni memang tak guna kaedah psykologi okey! thanks to Hadif! jimat terus bajet untuk lampin dan susu.. heheh


jadi surirumah memang best!  haha.. sekejap pun jadilah..

=D

moga Hadif terus istiqamah dan berjaya..

proud of you..




::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers