Tuesday, June 3, 2014

:: potty training : Hadif ::

assalamualaikum..

=)

Hadif sekarang dah masuk 2 tahun 6 bulan...dah besar dah pun anak teruna i.. =) so, we ols umi dan dedy decide untuk potty training ( melatih untuk buang air besar dan kecil sendiri..tak perlu pakai lampin pakai buang lagi ) sementelah takde pengalaman, seriusly, aku tak baca dan menelaah ape pun cara-cara nak handle benda ni.. tanya kat orang yang berpengalaman pun ada lah masuk sikit-sikit dalam otak, yang lain iku logik aku je.. heee.. apa yang penting usaha, kerjasama, doa dan tawakal.. 

hari ni dah masuk hari kelima Hadif tanpa lampin.. pencapaian? begitu membanggakan! Alhamdulillah..senang bekerjasama dengan dia.. 1st day? haks, memang agak teruk, sebab balik rumah tok ma, ramai sepupu, Hadif terleka..umi pun ralit..sampai terberak dalam seluar sekali..yang lain semua ok.. 

trick aku nak potty training Hadif :

1 . 1st day, sembunyikan lampin pakai buang dia.. 
     umi : pampers Hadif dah habis, Hadif tak payah pakai pampers ye..nanti nak kencing, nak berak cakap                kat umi ye?
     Hadif : kita beli yang baru lah..
     umi : ? 

2. mula-mula, selalu bertanyakan, sama ada nak kencing dan nak berak gap antara 15 minit ke setengah           jam.. lepas tu tengok dia dok pegang-pegang angry bird tu, tu tanda lah tu dia nak kencing.. nak berak         pun dah pandai cakap dah..siap pegang tangan umi suruh cepat ke bilik air.. so sekarang dah tade hal.

3. selalu bagi kata-kata perangsang. kata semangat.puji-pujian gitu.. dengan itu, Hadif akan selalu ingat dan       excited untuk terus jadi lebih baik.. hadif memang hebat!

4. orang selalu kata, training anak kencing dan berak tak boleh sampai ke malam. bila malam, kena pakaikan     juga lampin pakai buang, sebab dia akan terbabas kencing atas tilam, menyusahkan mak ayah juga nanti..     bagi aku, sejam sebelum tidur, itu last sekali dia minum..Hadif masuk tidur pukul 9.30-10 malam, so 8.30     malam adalah waktu terakhir dia minum..so, pukul 9.30 malam, pergi bilik air kencing dan berus gigi             sebelum tidur..malam pertama, buat jugalah precaution, letak lapik getah, bangun pagi memang tak                 kencing..Alhamdulillah, so malam-malam seterusnya, amalkan begitu.. Hadif pun dah dipisahkan tempat        tidur sejak sebulan lebih dah, so dia pun memang takde masalah, bila bangun pagi, terus ke bilik air..

5. kerjasama antara umi dan dedy.. yup! itu penting ya, dah anak kita sama-sama, jangan letakkan sepenuh tanggungjawab ini ke atas ibu sahaja.. mahupun pengasuh..bak kata kakak iparku, ini adalah saham akhirat  mak ayah, jangan letak tanggungjawab kat orang lain. =)  sementelah aku sekarang pun cuti seminggu, jadi surirumah sepenuh masa, maka ambillah peluang keemasan ini untuk potty training Hadif.. dedy dia pula bila ada peluang, cuti hujung minggu atau selepas waktu kerja, akan sama-sama bertanggungjawab untuk potty training Hadif.. =)

potty training adalah 1 peluang kita dalam proses pembesaran anak.. satu pengalaman yang berharga untuk kami melihat Hadif semakin bijak berdikari..

seiring dengan tidak pakai lampin pakai buang lagi, Hadif juga sudah terpisah dengan botol susu.. means no more susu formula..benda ni pun unexpected juga sebab 1st day potty training dia, bila sua kan botol susu, dia refuse sangat-sangat.. dan sampai ke hari ni, dia memang tak nak terus botol susu.. we ols memang terkejut ok dengan dia.. yang ni memang tak guna kaedah psykologi okey! thanks to Hadif! jimat terus bajet untuk lampin dan susu.. heheh


jadi surirumah memang best!  haha.. sekejap pun jadilah..

=D

moga Hadif terus istiqamah dan berjaya..

proud of you..




No comments:

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers