Showing posts with label Dapurkuberasap. Show all posts
Showing posts with label Dapurkuberasap. Show all posts

Wednesday, March 23, 2016

::DKB : chocolate cheese brownie ::

assalamualaikum..


ramai tanya aku dah stop ke buat kek.. eh tak...
aku buat, tapi kalau nak tempah atleast bagi tahu seminggu sebelum nak tempah..
sebab aku kena buat persediaan mental dan fizikal..haha

dulu bolehla, terasa nak buat kek, masuk dapur, taruk bahan dalam mixer.. bakar terus siap..
sekarang tidak lagi.. hakss

dengan 3 superheroes kat rumah yang sibuk nak menolong memang tidakla aku on the spot terima tempahan, kalau seminggu sebelum, boleh aku countim dulu dengan en asben.. mana yang perlu dia buat dia  semasa aku buat kek gitu..

lagipun sekarang stay dekat rumah MIL, takde kelengkapan baking, malas aku nak angkut mixer besar gedabak dari Bachok ke Pasir Mas.. haha

so, aku akan rajin bila balik rumah mak ayah..haha

pagi-pagi dah masuk dapur buat kek..

so, ini respi chocolate cheese brownie yang simple but sedap sekali !!!



chocolate brownie :
bahan A 

2 biji telur
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
100ml minyak masak
1/2 cawan gula kastor < kurangkan kalau tak suka manis
1 sudu esen vanila

bahan B :
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
1/2 sudu soda bikarbonat


Lapisan cheese :

250g cream cheese
2 biji telur
70g gula kastor
1sudu vanila esen

* double kan adunan cheese kalau suka cheezy.. aku tak suka, muaksss.. =p

langkah-langkahnya :

1. masukkan semua bahan A dalam blender.. blend sampai sebati.. guna mixer pun boleh..
2. masukkan bahan B sedikit demi sedikit ke dalam adunan A, kacau sampai sebati..
3. kukus selama 30 minit, boleh juga bakar guna teknik waterbath.. but i prefer kukus supaya lebih moist.
4. sementara kek tengah kukus, masukkan adunan cheese ke dalam mixer, pukul semua sampai sebati.
5. bila kek dah siap, masukkan adunan cheese ke atas lapisan kek.. letak lebihan adunan kek untuk perhiasan.. tapi aku letak emulco coffee sebagai hiasan, lagi sedap gitu..
6.kukus lagi sampai 30 minit.. siap!!!!
7. nak sedap taruk dalam peti sejuk.. =D

*aku guna loyang 8inci ya! guna kertas alas untuk senang keluarkan dari loyang..

selamat mencuba.. 

Wednesday, November 18, 2015

:: DKB : devil chocolate kitkat cake for Hadif's birthday ::

Assalamualaikum...

setiap kali balik sekolah, Hadif selalu cakap macam ni..

"Hari ni hari jadi Farhan, kek dia kek spiderman"

"Hari ni hari jadi tasnim, kek hari jadi dia kek hello kitty"

and so on la...

"Nanti hari jadi Hadif, Hadif nak kek kitkat!"

haaa... nampak tak lain bebeno citarasa budak Hadif.. =P

hari berganti hari...birthday budak lain berganti-ganti.. kini tiba birthday Hadif..
tapi sayang, 11 haribulan 11, Kelantan cuti (cuti keputeraan sultan)..hakhak..

nak tak nak, kena buat belated birthday untuk Hadif kat sekolah..



rupa kek hasil tangan umi untuk Bang Hadif..

kalau tempah, mahal baq hang.. marilah kita guna anugerah yang Allah bagi ini untuk merealisasikan..

memula aku berazam nak buat chocolate indulgence, tapi bila  balik holiday letih la nak fokus buat kek rumit sikit..haha..maka buat kek devil chocolate jela.. asal ade kitkat, ye dak?


DEVIL CHOCOLATE CAKE..

resepi :

bahan A :

227g tepung superfine
50g serbuk koko
1sb baking powder
1sb sodium bikarbonat

(semua diayak sekali)

bahan B :

3 biji telur 

bahan C :

200g gula kaster
170g butter, suhu bilik
2sk esen vanila

bahan D

1 1/2 buttermilk / 1 cawan susu cair + 1 sudu perahan lemon@cuka

bahan E

1/4 cawan mayonis

cara-caranya :

1. pukul bahan C sampai kembang, masukkan bahan B sampai sebati, seterusnya masukkan bahan A dan D secara selang seli,akhir sekali masukkan bahan E..

2. kacau sampai sebati, masukkan dalam oven ,suhu 180 darjah celcius selama 45 minit (kalau suka bakar) atau pun kukus selama 45 minit.. up to u olls..

ganache : 500g cooking chocolate + 400g whipping cream + 2 sudu butter
*cairkan dan letak dalam peti sejuk selama setengah jam bagi pekat*

hiasan : 20 paket kitkat (2 fingers) + 20 paket chocolate nips ( untuk loyang 8 inci ye)

dedy yang rajin mahu contribute untuk kek anak dia..

malas nak buat cantik-cantik, aku pi potong kertas tampal pastu pacak je..hahaha

bang hadif yang Happy tengok kek dia menjadi..

dedy yang jeles..kuikui..

so, dapatlah Hadif sambut hari jadi dengan kek idaman dia kat sekolah bersama kawan-kawan..

hikss..


*video ada di IG aku, kalau nak tengok la..tak nak takpe.. =p





Tuesday, September 1, 2015

:: DKB : karipap mini ::

Assalamualaikum.. 

Minggu ni free,buka lappy nak update blog,tapi lappy tak nak on...turn off,turn on banyak kali still tak jadi...hohoho..abehla gambar trip ho chi minh dalam tu..*nangis tak barlagu*

Maka, tak taw bila nak update pasal trip tu..hahaha..*sabar jela*tak best pula takde gambar nk story kan..hikss

Ok,back to topic, mehla ai share resepi kegemaran en asben ai sejak raya aritu..

Takde angin takde ribut,en asben ajak buat karipap mini,aku mula-mula bingung juga,knapa en asben aku ni boleh termimpi ajak bini dia buat kuih,dan karipap mini menjadi pilihan..en asben cakap ni la feveret dia zaman kecik-kecik dolu..haha..kita layan jela permintaan orang nak flashback memorylane dia.. :p

Resepi karipap mini : 

250g tepung gandum
1/2 garam halus
100ml air sejuk
50g marjerin (dicairkan n biarkan sejuk)

1.campur gandum+garam biar sekata 
2.selangselikan air sejuk + marjerin dalam campuran gandum tersebut.
3. Uli biar sekata,biar selama 15 minit sebelum kita start buat karipap..

Adunan tu boleh dapat dalam 60++,depends on acuan..so,nak senang buat la untuk sekilo tepung gandum,baru puas hati makan..hehe

       En asben sanggup cari mesin tu bawah rumah nenek dia untukmu karipap..haha

 Lepas letak dalam acuan,aku kelim balik karipap tu,baru nampak lawa sikit..haha

Gorengla karipap ini dengan penuh kasih sayang..memang hebat,sekali hadap habis sebalang..haha

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers