Showing posts with label Hadif. Show all posts
Showing posts with label Hadif. Show all posts

Thursday, March 17, 2016

:: rawatan gigi ::

Assalamualaikum...

Heaven cuti sekolah,Hadif pun join cuti walaupun sekolah dia buka je sepanjang minggu ni,bagi rehat otak sikit budak tu..nak pergi holiday tidaklah kalau cuti panjang macam ni..haha,budak tu siap request nak pergi Legoland sebab tengok sepupu dia kat sana..InsyAllah,ada rezeki kita pergi,now bagi chance kat dedy struggle with workload and study..hakss..

Nak story pasal rawatan gigi..
Hadif takde masalah pun dengan gigi dia,konsisten berus gigi pagi dan malam..we olls tak galak dia makan coklat dll.. 
So,kalau orang puji melambung tu memang kredit kat dia lah sebab pandai jaga gigi..

Tahun lepas start misi gigi datang 2x buat spotcheck gigi..
So,Hadif memang balik sekolah riang je bercerita misi puji gigi hadif gitu..



So,bila kena sapa oleh student dentistry kat husm ni nak jadikan pesakit,laju je budak ni setuju..haha

Aku rasa kalau gigi tak elok,lari terus budak ni..
TemPat budak dentistry belajar sekarang canggih gila,siap boleh tengok movie..taklah menakutkan untuk budak-budak..so,hadif rileks je sepanjang rawatan sambil tengok cerita kartun..

Kalau klinik gigi dulu macam ni,aku rasa ramai je nak pergi buat rawatan..doktor softspoken,sambil baring boleh layan movie..haha

Wednesday, March 9, 2016

:: air ::

Assalamualaikum... 

Hadif vs Hazim..
Kedua-dua beradik ni memang jauh sangat perbezaan karektor..

Hadif sejak dulu lagi sangat la lemah-lembut, sopan,dan manja gitu..

Hazim setakat ni memang lasak dan "jinak-jinak merpati" budak ni..

Paling ketara perbezaan adalah tindak balas dengan air..

Hadif memang si penakut air,sejak setahun ni je boleh berdikari dan ngam dengan air.. Nak masuk bilik air kena berteman, so,aku memang takde kerisauan bila tengok pintu bilik air terbuka sebab hadif memang takkan masuk dalam bilik air untuk bermain air mahupun buat aksi akrobatik kat dalam tu..haha

Berbeza dengan Hazim,budak ni sedari lahir lagi hantu air..tak boleh nampak langsung pintu bilik air terbuka,pantas je meluru masuk..memang kena aware sungguh dengan budak ni..

Last weekend,bawa lah budak 2 orang ni pergi picnic di Jeram Linang..

Pilih waterfall tahap budak je lah,sebab bawa budak,kalau ikut makpak dia rasanya kami pilih warerfall ekstrem gitu..haha

Ada anak ni kena toleransi la ye,tak boleh pentingkan diri sendiri gitu..huhu

Hazim masa sampai kat sini,tahap excitednya sangatla nampak..punyalah aku berusaha xbagi dia turun dari dukung.. 

Hadif macam biasa cool je,salin baju,turun mandi jap,lepas tu naik sebab tak tahan sejuk..haha

Hazim je layan mandi,Hadif kat atas dok marah-marah tak kasi pelampung kat Hazim..bila suruh turun balik taknak..

Haha.. 

Ok,next time bawa pergi water park pula..haha

Saturday, January 16, 2016

:: bangHadif warded ::

Assalamualaikum....

Rentetan minggu ini...
Hazim demam 2 hari lepas itu pass baton kepada BangHadif...

Tapi tak sangka pula demam melarat sampai hari ke-6 dan terpaksa dikejarkan ke hospital dan masuk ni hari ke-3 makbapak hadif berkampung kat sini.. Huhu

Rabu malam tu dia dah start tak larat sangat,bagi pcm pukul 8pm,pukul 12 tengah malam tak kebah-kebah pun demam.. Cuba bagi lagi pcm tapi dia refuse dan batuk keluar darah ikut mulut hidung,perghhh panik tak tentu pasal,terus rushing bawa a&e..

Nasib baik ramai konco-konco en asben oncall malam tu,kalau tak rasanya lama bebenar nak tunggu turn.. Suhu masa sampai kat sana 39.6^.. 

Sekali masuk sub pun,still tak turun suhu..

Last sekali terpaksa admit ke wad.. 

Nenek hadif punya risau sampai makbapak Hadif kena marah sebab tak inform awal-awal.. Taknaklah menyusahkan mak ayah selagi boleh handle,bila semua dah stabil baru nak inform kat semua gitu..hehe

Sebab demam berlarutan dan suhu badan sentiasa tinggi,maka segala test darah kena ambil.. Nak set iv line dua-dua belah tangan pun dah meraung melalak budak Hadif ni.. Umi dia yang tengok dan pegang dia pun menitis air mata tak boleh cover..haha

Masuk hari ketiga baru nampak senyuman dan banyak cakap balik..Alhamdulillah..

Harap hari ni dah dapat balik..berehat-rehat kat rumah pula..

Terima kasih kat dedy untuk jaga Hadif shift malam.. Aku tak dapatlah jaga malam sebab Hazim susah nak bf pula..

Lepas settle  dan kembali normal marilah kita pergi holiday dedy!!!

Haha.. Sakit urat satu badan..need short getaway gitu... ;p

Monday, December 21, 2015

:: seminggu bercuti ::

Assalamualaikum...

seminggu minggu lepas sedap je ambil cuti... prabeh cuti tahunan katakan..
cuti tahun ni banyak pulak, nak kata aku tak pergi melencong, pergi juga..heee
takpelah,seiring minggu lepas banyak pula programnya..






mula-mula. akak aku pergi umrah.. Selamat dah kat sana, InsyAllah hari ini sampai Malaysia balik.. =)




Jiran sebelah merangkap
sepupu merangkap kawan  masa kecik-kecik kayuh pergi sekolah sama-sama gitu, Along naik pelamin.. =D
selamat pengantin baru buat Along & Faiz.. jodoh bertemu di Sarawak gitu walaupun sama-sama asal dari Kelantan.. heee.. kalau jodoh tak ke mana orang kata..

we olls sepupu-sepapat dah besar beranak pinak dah masing-masing, susah bebeno nak duduk sama-sama gosip gelak ketawa ambil gambar selfie qu puteh-qu puteh-barulah putih...hee





 syok bergambar dengan kereta orang, haha.. nak beli tak la.. =p

hazim ni memang peminat fanatik aku la.. tak boleh langsung berenggang.. asal nampak umi dia, dia punya obsesi lebih pada peminat jumpa justin bieber..kahkah..


Lepas tu, ada dinner department aku..


Makan kerepok je u olls dinner kat 5 stars hotel.. hahaha
cer teka tu sapa? tu Head Department aku, Prof.Madya tu..haha
sakan benar buat persembahan..
siap nyanyi 2 buah lagu lagi.. =P


Family potret.. susah sebenarnya nak bergambar bersama dengan budak 2 orang ni, ada je benda nak main lagi-lagi ramai pula geng yang datang.. mulalah umidedy kat mana, HadifHazim kat mana..=p


Wednesday, December 9, 2015

:: TempatanFest ::

assalamualaikum...


sebelum apa-apa, we olls celebrate anniversary kat pizzahut je tahun ni, guna voucher dari Petron..hahah..melambak sangat dalam kereta..hehe..

u olls isi la minyak kat petron, pastu macam-macam dapat voucher..
macam tahun lepas dapat voucher Legoland, tapi tak pergi..hahaha..

Jadilah pengguna setia Petron..giteww..


Ye, tahun ni en asben beria nak pergi TempatanFest, sebab baru landing dekat EastCoast kan..tapi dekat Terengaganu la pula...

Nak tak nak, en asben ni lak diehard fan indie-indie bagai, ai kena la bagi sokongan..

ye lah, e asben kan support bini dia pergi moodrepublik shopim tak hengat..maka haruslah kita sokong balik en asben kita menyopinm..errr..


untuk pengetahuan u olls, dia pergi dekat sini sebanyak 3 kali.. survey la, balik pikir, pastu beli gitu.. cakap kat bini, orang laki pun sama je..haha

Yang tak puas hati nya, cakap event start pkl 3 pada hari kejadian, tapi pukul 3 baru nak set up booth..err.. apa punya organiser la..aku dok bebel kat en asben.. orang kalau nak buat event besar-besar macam ni, sehari sebelum,takpun malam sebelum dah siap set up booth..ishhh..

pastu takde kerja, dok selfie sementara tunggu diorang set up booth..


ye, pastu berjaya la pusing-pusing membeli belah t-shirt je pun kan sini..
sehelai t shirt pun dah 50 hengget kau..
lagi tak ingat dunia bila en asben berkenan dekat t shirt 100 hengget..
aku pejam mata, bagi duit cakap hadiah anniversary..
haha

en asben nak beli juga t-shirt untuk aku..konon untuk hadiah anniversary juga, nasib baik size dah habis t-shirt tu..

aku cakap bak sini 80hengget tu aku beli blouse Calaqisya...hahahaha~~


Stay kat sana semalaman, takde aktiviti lain pun selain makan kerepok lekor.. sekejap try kerepok lekor tu, sekejap berhenti kat kedai kerepok lekor yang sana pulak..Hadif suka la sebab dia hantu kerepok lekor..haha




Wednesday, November 25, 2015

:: Hadif @ school ::

Assalamualaikum..

Dah penghujung tahun, baru ada masa nak cerita pasal anak teruna no 1, Bang Hadif, no 2 agak-agak tahun depan kot..haha...belum ada no 3 mahupun seterusnya..walawehhh... masa sangat mencemburuiku..huhu

Alhamdulillah, Hadif officially sudah habis 1 sesi pembelajaran di Tadika Mawaddah, walaupun sekolah berjalan seperti biasa sampai hujung tahun tapi memandangkan bulan 12, sesi belajar hanya separuh hari..kami makpak dia kesian pula, so bagi Hadif cuti sebulan..haha, ko bukan main excited bang Hadif bunyi cuti panjang-balik-rumah-nenek..haha..

So far,Alhamdulillah,syukur dia boleh get along dengan cikgu-cikgu mahupun rakan-rakan..u know, Hadif masa nak masuk sekolah ni awal tahun dulu bukan main drama, biasalah dok dengan nenek dia, segala benda manja nak dengan nenek.. nak sosial sikit pun tak pandai..Tapi jagaan nenek Alhamdulillah memang tiptop, maka pergi sekolah ni ibarat meneruskan kecemerlangan kat rumah.. bagi sosial sikit dengan alam sekitar gitu..

kenapa bukan tadika well-known? dekat Bandar Kubang Kerian ni segala tadika well-known ada,ko nak apa? little caliph, brainybrunch,geniusaulad,CIC dll.. orang kata, sediakan poket semua jalan..haha

TAPI, Tadika Mawaddah ni ok apa, 10 cawangan kat Kelantan.. cuma takde dekat Bandar KK ni je..tapi sebab on the way ke tempat kerja, so takde masalahla..setakat 7 minit perjalanan ke tempat kerja..

kelas 4 Ikhlas.. Bang Hadif kecik sekali..haha.. kecik-kecik cili api budak ni, Alhamdulillah dah boleh membaca walaupun merangkak-rangkak, sudah boleh hafal surah-surah muqaddam, surah yassin.. Buku anakku baru buku 7.. kami tak expect banyak sangat dengan Hadif, as long as dia happy.. Tapi kalau umur 6 tahun tak boleh apa-apa lagi memang naya la kan..





Nasib baik sekarang ni teknologi canggih, ada group whatsapps bagai..senang nak monitor aktiviti dia kat sekolah.. cikgu pun boleh kita tanya macam-macam.. senang hati makpak!!

antara aktiviti kat sekolah


sambutan hari raya..




tahun ni ada 2 kali bus trip.. tahap excited naik bas lebih pada tahap naik kapal terbang budak Hadif sorang tu..



sambutan kemerdekaan



Lawatan tadika lain ke sana




sambutan hari jadi memang tak sah kalau takde dalam seminggu hari belajar..
untung budak-budak sekarang..



agak-agak budak memang suka naik bas.. Aku dulu mana ada lawatan bagai..




Siap pergi tempat perikanan..haha



buat kerepok lekor lagi..haaaa..



berkelah lagi..


Nurse juga selalu datang buat spotcheck gigi..
Nasib baik gigi Hadif elok, kalau tak elok kau rasa mesti dia mengigau tak nak pergi sekolah..haha



bila waktu petang ramai budak transit datang..kebanyakkan budak sekolah rendah.. sesi petang lebih kepada fardhu ain-makn-makan-main-main sementara tunggu mak-pak ambil balik kerja..



best!!


mostly aku banyak update dekat IG, kat sana lah nak cari updates terbaru i olls..


kalau tanya yuran sekolah ni mesti korang terkejut.. sebab yuran dia RM210 dari 7.30am-5.30pm...'

kan? hehehe




::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers