Showing posts with label japan. Show all posts
Showing posts with label japan. Show all posts

Friday, February 7, 2014

:: Jejak Jepun : halal tour in Japan ::

assalamualaikum..

hampir setahun menjejak kaki ke bumi sakura,
tapi, aku tak putus-putus terima soklan pasal Jepun..
err..

=D

especially di Osaka..

bagi sesiapa yang berminat untuk stay di "homestay" di Osaka kami dulu..

anda boleh like di sini..


semua ada di sini..

just pm je..


pergi Osaka jangan lupa pergi Universal Studio Japan,taw!!!

=D



Sunday, August 25, 2013

:: basikal ::

assalamualaikum..

lama dah tak naik basikal.. masa sekolah dulu, pergi sekolah kayuh basikal ramai-ramai..
indah. tapi sekarang, budak Damia yang umo 7 tahun pun tak pandai naik basikal lagi..
aish. budak sekarang.

nak pergi kerja dengan basikal. 2 jam belum tentu sampai.. ha.ha
tapi, eh, rumah aku dah nak siap dah..
rumah tu 5 minit dah sampai HUSM..
lama tak cite pasal rumah yang dibeli 3 tahun lepas kan?
tapi tajuk kat atas pasal basikal.. rumah tu entry lain..
he..

yang penting, rumah dah siap 95%.. hari-hari balik kerja pandang..dan berdoa, rumah,sila siap cepat-cepat!
boleh bagi side-income untuk aku nanti..
=D

dan boleh basikal balik rumah kejap bila lunch hour..
hah, berangan..tengok-tengok aku beli skuter jugak last sekali..
=P


memori berbasikal dengan Hadif @ Jepun..
*main kat laman rumah, kang sesat pula kat sana..haru..*

Monday, April 22, 2013

:: Jejak Jepun : bajet ::

assalamualaikum..

ehem..
aku harap ini entry terakhir pasal jepun..

=D

kalau nak travel, benda pertama yang akan difikirkan adalah bajet yang akan diperuntukkan sepanjang bercuti..
walaupun selalunya kami travel secara aci main redah aja, atleast kami akan buat bajet kira-kira sebaik mungkin sebelum buat keputusan drastik.. light and easy, pergi jalan-jalan buat apa yang kami mampu..orang kata ukur baju di badan sendiri..nak pergi bercuti stay kat 5@4star hotel?oh,kami bukan begitu..kalau begitu,nampak gaya setahun sekali pun belum tentu dapat naik kapal terbang..ha.ha.ha.

so, sepanjang percutian kami di jepun ni, aku buat berdasarkan pengalaman kami..
raw bajet, bajet ciput.. tapi dah sampai pun negara Nippon!*ko ada?*=D
harap dapat kongsi sedikit sebanyak input, yang baik boleh diambil buat tips, yang buruk-yang-jangan-cakap-kami-riak-mahupun-sombong..wallahua'alam

sekadar berkongsi..

1. Tiket penerbangan..

 wajiblah cari yang paling murah..=D.. sebenarnya, decide nak g sana last minute, BIL ajak MIL pergi tempat dia belajar, ya lah, dari degree sampai masuk Phd,MIL tak pernah jejak ke sana, maka, satu hari MIL terasa nak pergi ke sana, cakap dengan en asben, nak pergi tapi takut nak pergi sorang.. bagai bulan jatuh ke riba,*ehem* en asben cakap boleh2x..so, benda ni macam spontan,tak pernah pula dalam mimpi nak jejak ke sana.. maka mulalah tunggu sale dari AirAsia X..
bulan julai 2012, berjaya mendapatkan tiket dengar kadar reasonable...

seorang dapat RM527.00++ termasuk luggange 15kg sorang, 2 entertaiment(return)-sebenarnya-nak-bagi-kat-Hadif-tapi-dedy-yang-terlebih-lebih-guna,2(return)travel kits. meals sorang satu(KL-Osaka shj)
untuk Hadif RM250(tok ma belanja)..tQ tok ma..

TAPI, masa dekat jepun tu, lepas packing barang, berat luggange terlebih pula(banyak ko soping), maka, terpaksa tambah luggange untuk 15kg lagi.. nasib baik aku roaming, kol bank untuk buka line..*penting juga untuk roaming bila travel ke luar negara*

kalau boleh, pilihla seat kat ekor, luas sikit 2-3-2 seat,lagipun bawa budak, sedap la anak ko main-main..

so, selesai..tunggu la dekat setengah tahun nak pergi jepun..masa untuk kumpul duit banyak-banyak..=P

2. Visa

lepas penat tunggu nak sampai bulan 3, so, langkah seterusnya adalah buat visa.. banyak teori sangat pasal nak apply visa ni, try ko google,cara-cara nak buat visa, bersepah orang tulis entry pasal ni..last-last, kami ikut teori yang diberikan oleh BIL.. syarat2x nak buat visa boleh dapatkan di website kedutaan jepun..apa yang BIL cakap, kami turut aja..hehe.. kata nak apply visa ni kena ada 10k dalam bank statement, tapi kami fotostat buku akaun MIL yang tak sampai 10k,lulus aja permohonan..dahla fotostat tak pergi buat cop pengesahan bank..hahaha.. so, teori BIL cakap, asalkan bank statement tu cukup untuk buktikan bahawasanya dengan 11hari kita boleh survive stay kat jepun, memang akan luluslah untuk visa itu..tapi biarlah lebih dari 6k ye..=D

untuk Hadif tak perlukan bank statement..buat apakan,bukannya dia yang over shopping kat sana..=p

lagi satu yang paling aku angin-tak-boleh-blah adalah masa nak ambil gambar untuk buat visa..gambar visa jepun adalah 2x2inci, white background..gambar kami semua dah ok, kecuali gambar budak Hadif,jadi kecik..yang..emmm,sakit jiwa..pergi ke kedai gambar bachok pula-yang-bersawang-itu,dia-cakap-boleh-ambil-gambar-visa,pastu bila siap,aku tengok,aku cakap ni salah..dia kata kami hanya pandai buat gambar passport dengan gambar visa untuk haji aja..hmm..angin betul dengan budak dalam kedai tu..redakan aja,sekali tampal,ngam-ngam aja dengan petak gambar kat borang permohonan..syukur tak kena reject..

lepas siap,lengkap bagai borang tu, BIL cakap pergi apply visa di kedutaan jepun di KL..sepatutnya wilayah pantai timur kena buat di Penang, tapi BIL cakap Penang banyak songeh..maka pergi KL apply visa, sekali en asben buat visa,kena soal banyak pula dengan pegawai dia..maka,pandai-pandaila kelentong-kenapa-tak-buat-di-Penang..=D

visa Hadif.

 nak g Jepun banyak syarat,ikut je syarat dia bagi sebab visa ini adalah PERCUMA!!!berbaloi ko penat ke hulu ke hilir nak setelkan masalah..
walaupun terdapat sedikit cabaran di situ, Alhamdulillah..segala berjalan lancar.

3. Wang belanja

ehem, ini ikutlah selera masing-masing,ko banyak duit,bawalah banyak sikit..kalau niat nak pergi sana nak jalan-jalan cuci mata,buatlah peruntukkan untuk cuci mata sahaja..kalau niat nak bershopping bagai,buatlah peruntukkan shopping bagai..yang kami berdua buat adalah seperti berikut :

setiap seorang tukar 3k, aku + en asben..Hadif tak payah..
nilai mata wang pada waktu itu, 100yen=RM3.23

selalu kalau pergi travel, kami sediakan duit malaysia juga dalam poket, mana taw ada kecemasan..en asben selalu macam tu sebab dia kalau keluar duit tak ingat check dah baki yang ada..
untuk ke Jepun kami sediakan duit poket 1k saja..cukuplah tu..
last-last berjoli sakan, ada tinggal lagi 30100yen yang berbaki.. dalam rm900++.. so balance boleh bawa balik, masuk tabung untuk next travel..hahaha..

4. Pengangkutan

orang kata, kalau pegi jepun, cara terbaik nak pergi jalan-jalan adalah dengan kereta api dia..memang pun!
tapi, sebab pergi jalan-jalan dengan MIL, manala boleh nak naik train tue, sekali turun train semua berlari-lari, mau semput MIL...hehe..so, kitaorang  banyak guna kereta, dan asingkan terus duit minyak..share2x la kan..minyak kat jepun mahal kan, dalam RM4++ satu liter..
satu-satunya pengalaman naik kereta api adalah time pergi USJ dan balik ke Gifu, mak aih, memang huru hara berlari-lari kejar train,sebab banyak sangat transit..jauhkan Osaka-Gifu..
lagi-lagi, en asben menghilangkan tiket train Osaka-Gifu..T_T, tahu berapa harga tiket tu? RM128 sorang, kalau hilang? 5x ganda..T_T, 

TAPI...... pakcik kat kaunter train tu sangatla baik hati, walaupun cakap ayam-itik dengan dia, siap bagi isyarat ultraman, pakcik tu caj dalam RM18++ je, dia kata, takpelah,dia kasi harga dari station sebelum station Gifu..pakcik, terima kasih..*senyum sampai nak mengalir air mata*

tapi betul la, nak train kat jepun banyak sangat kenangan manis + pahit walaupun hanya untuk 2 jam setengah aja.. antaranya

-tolong senyapkan budak Hadif yang dok pot-pet-pot-pet,walaupun orang jepun sekali masuk train,senyap aja sambil baca buku,main hp,dengar mp4, anak aku je bising dalam train tu..heee
- jumpa pakcik jepun yang sangat fasih berbahasa Inggeris, macam teruja sangat jumpa dia,walaupun sekejap sangat, dia berhenti di stesen kyoto..
-jumpa makcik yang sedaya-upaya tolong kami turun naik tukar train sebab transit banyak sangat, walaupun ko-cakap-jepun-aku-cakap-omputih-hasilnya-tangan-turun-naik-bahasa-isyarat..terharu sangat!
-tersalah turun station..aku cakap ni station nishi-gifu, bukan station gifu, tapi en asben cakap, betulla..sekali turun salah..cesss!!! terpaksa tunggu train lain datang, sambil entertain budak Hadif..



 kalau nak senang nak naik train, korang masuk website JR ni,masukan route yang dikehendaki,pastu print screen,pergi kat kaunter,tunjuk je benda ni,dia akan paham dan bagikan tiket..
kalau nak adventure sket,pergi dekat mesin tiket,tekanla apa yang patut..
hee~
salah turun station..huhu



so, kesimpulannya..

JEPUN BEST!!!!

=D
till then, see u on our next travel...jeng..jeng..

Thursday, April 11, 2013

:: Jejak Jepun : apa yang cool ::

assalamualaikum..

1. mesra bayi..

dalam tandas..
nak lepaskan hajat, letak anak kat situ..
tapi anak orang jepun je rasanya behave letak dalam tu,
klu budak Hadif dah lama melalak nak turun..
=D

kalau pergi jepun tak puji tandas dia bersih, memang pelikla kan..
tak dak air setitik pun kat lantai..
dahla canggih..
siap ada music lagi..

tandas kat USJ..
walau sekecik mana pun tempat yang pergi, kalau takde baby care..
mesti ada juga tempat untuk salin lampin..
dan tong khas untuk buang lampin..

sempit? tapi praktikal..

design troli di pasar raya yang pelbagai..

setiap pasar raya, lain-lain design untuk letak kanak-kanak..
di depan ada, di belakang pun ada..




2. main basikal

jom!





budak Hadif sampai taknak turun naik basikal..
dahla basikal kat sini kiut-kiut saja..






Tuesday, April 9, 2013

:: Jejak Jepun : nak makan apa? ::

assalamualaikum.. 

masa kat sana, sempatlah merasa beberapa hidangan Jepun yang halal untuk dimakan..
aku , en asben + Hadif sekali pun memang telan je apa yang terhidang..
pendek kata, 

campak kat mana pun boleh je hidup..haha~

udong..
boleh pilih nak lauk apa..
ikan ada, udang ada dll..
jepun kan kaya dengan seafood.. memang senang la nk makan.

cara-cara makan udong dengan betul seperti yang biras aku buat tu..
tarik panjang-panjang..pastu... sluurrrrpppp kuat2x..
orang jepun suka macam tu..

 
sup dia adalah sup daripada sos ikan..
makan sekali dengan nasi kepal..
=)


kalau susah sangat nak makan, jangan risau, takoyaki ada di mana-mana..
=)



soba..
ni soba sup.. pakej sekali dengan nasi + udang celup tepung..

dry soba..
makan cicah dengan sos tu..
pakej sekali dengan nasi kuning + raw fish-wasabi-yang-boleh-meleleh-air-mata..

* rindu nak makan soba, boleh makan di secret resepi..haha~ tapi memang lainla rasanya*

anak aku yang telan apa saja..
haha~
selalu makan ambil bilik private, senang untuk terus solat..



oyster celup tepung..
=)



Gandhaara restaurant, kedai mamak gitu
50 meter dari masjid Nagoya..

makan nasi beriyani + kebab n nan cheese..
nasi beriyani kena tempah baru dia buat..

merindui nan cheese yang gebu ini..


jangan lupa pada sushi..
last day, masa tengah berkejar balik osaka nak naik flight sempat lagi singgah beli sushi..
abis sushi hilang rupa sebab rushing..
hahah~
tapi sedap!
lain rasanya dari malaysia..

1 lagi tak sempat makan adalah unagi ( belut bakar) sebab selalunya hanya terdapat pada musim panas..
aih, mengidam.. takpe..
bak kata biras aku, belut dia tak makan tapi unagi dia makan..haha~

asyik makan takoyaki, wajiblah beli barang dan buat kat rumah saja..
jimat!!


oh, jangan lupa..
aiskrim wafel ini..
nyum-nyum..
aku berebut dengan Hadif nak makan benda ini..
hahah~

anak aku hantu seaweed..


hani yang ajar hadif makan..
berkotak-kotak dimakan oleh 2 orang ni..
=D

Monday, April 8, 2013

:: Jejak Jepun : Nagoya..bahagian III ::

assalamualaikum..

Nagashima Resort

tempat ni bukan resort yang ada pantai-nan-indah mahupun padang-golf-padang-ragut..
=D
tempat ni macam taman yang besar gedabak, yang penuh dengan warna-warna kehidupan..
cheewah, ala macam meiji-mura museum, nama je museum, tapi bukan rupa gaya museum macam kat malaysia..
bagi aku, itulah uniknya Jepun..
=D

bayaran masuk 2000yen..
1000 yen untuk masuk ke tempat general, 1000yen lagi untuk masuk ke bangunan yg penuh dengan bunga ataupun untuk makanan kat foodcourt..
=)

nak datang kat sini macam nak-tak-nak je..
sebab tu datang lewat, dah senja malam baru nak pergi, so nak tengok bunga dalam erti kata bunga yang betul tanpa perlu pencahayaan tak kesampaian..
maka, tengoklah taman dalam keadaan penuh lampu yang colourful,
tapi lampu bukan sekadar lampu, dia punya setting memang terbaiklah..



tempat paling crowded adalah tempat umei..
sekali masuk tempat ni, memang semerbak aja baunya, wangi..


umei dalam gelap..


tempat paling tak crowded adalah bangunan yang penuh dengan bunga ini..

pastu bolehla main kejar-kejar dengan budak Hadif..
suka bebeno dia..

so, here we are..



kat sini ada 3 terowong lampu yang ,mak ai, hebat bebeno..



kat tengah-tengah ni, ada pertunjukan lampu secara formulasi..
hebat, sekali dengan muzik, tapi crowded giler..

tasik cermin..
hebat!!

nak main benda pusing tu, mak aih, panjang giler beratur..
T_T

terowong lampu pink..



dalam tu, ada 1 kolam yang penuh dengan duit syiling,
ramai yang baling sambil pohon hajat agaknya..
sekali aku letak Hadif birai kolam tu, terus dia pergi selam kaki dia..
umi dia macam, aih, terkejut sebab taw anak dia memang takut air.. unexpected reaction by Hadif..haha

cantik bukan~

oh, jangan lupa, kat sini ada 1 gerai kebab pak arab,so tak yah risau nak cari makanan halal..
=)

to be continued~

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers