Showing posts with label triple ha. Show all posts
Showing posts with label triple ha. Show all posts

Thursday, January 29, 2015

:: re-build ikea wardrobe ::

assalamualaikum..

masih ingatkah tragedi malang menimpa kami pabila almari dombas IKEA yang baru pakai tak sampai sebulan hancur luluh dek penangan banjir? *entry banjir*

sebulan hampir sudah berlalu peristiwa itu..
lalu berbekalkan semangat yang ada, ambil spirit almari-ku-hancur-tanpa-sempat-nak-ku-penuhinya, maka en asben ai yang kreatip tak ingat ni telah membina kembali almari itu, hampir 99% berjaya...1% lagi, biasalah, tukang kayu amatur, ada la cacat cela sikit2x..

tapi ai salute dengan laki ai..

geee~

ambil balik yang mana boleh pada almari dulu, potong sikit2x.. order playwood tebal, kalau tak silap RM50++ sekeping, potong dua dapat buat rangka almari..
gitu..

so, 2 minggu yang lepas, kerja en asben lepas balik kerja adalah mengadap buat almari ni..
=D




 penolong setia dedy..
=p

 bilik kami tingkat bawah, yang selamat time banjir hari tu hanya penyidai tuala, katil-yang-terapung-nasib-baik-katil-kayu-betul dan tilam-yang-suku-tercelup-air-banjir..

yang lain?
yillek... semua kena beli @ buat baru..
so, bila rumah dah bebas banjir, bilik jadi kosong, mula la idea keluar macam-macam..

nak beli serentak semua barang tak mampu, nasib baik ade hubby yang bijak-pandai.. =p

 palang sangkut baju almari dombas asal satu je, ai request jadi dua..
hahaha.. 
palang atas sangkut baju ai, palang bawah sangkut baju hubby gitu..

adil & saksama..
 aku hanya bagi pendapat je mana patut ditambah..

 rak pintu tepi dari 4 rak, aku suh tambah jadi 5 rak..
hakss..
layan je dedy Hadif idea umi..

proses mengecat kena buat waktu malam, sebab biasalah pembantu dedy (Hadif) mane boleh duduk diam kalau dedy buat kije, dia pun kena buat kerja juga..

the original dombas( external )

the original dombas ( internal )


-
-
-
-
-
-
-

transformasi daripada en asben

tara..

warna cat masih dikekalkan.. sebab nampak clean je..
Hadif pun bukan kaki conteng, so we olls memang sepakat putih is the best..

we olls rasa almari baru ni lagi tegap pada yang ori sebab pakai playwood tebal, daripada kayu mampat ikea aritu..

what u think?

=D


next project : meja study..

coming soon.. 

hiks

Tuesday, December 9, 2014

:: 3rd december, 4 tahun yang utuh ::

assalamualaikum..


Alhamdulillah.. imbas kembali..3rd december 2010..
dah 4 tahun melayari bahtera perkahwinan..ehem..

=D

pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu..
dalam masa berlalu, anak pun dah nak masuk 2..
heeee~

tipu dalam rumah tangga takde huru-hara..
tapi sesungguhnya masa memang mematangkan kami..
lagi-lagi kahwin usia muda, tak gitu?

seperti tahun-tahun sudah yang berlalu.. we olls celebrate simple-simple..
hopeless romantic katakan..
hakss..

aku tanya en asben nak apa..dia tanya aku nak apa..
kan senang gitu?
takdenye seprais candle-light-dinner

=p

alang-alang dah ade kat KL kan, 

dedy request t-shirt 


tempat yang best untuk design T-shirt lawa-lawa..

dedy got 2 t-shirts as his present..

i got my syifa patch jubah & zara shawl from CalaQisya..
hiks..
suka-suka..



dah ada koleksi dari CalaQisya
=D


lepas tu, celebrate la simple dengan budak Hadif..






dear en asben, may ALLAH bless our marriage..
amin..

=)

Thursday, October 2, 2014

:: mini pretzel bersama Hadif ::

assalamualaikum...

sejak Hadif dah jadi budak ni, bonding time takde lah dok mengempeng dengan umi dia je..
fasa bonding time waktu ni lebih kepada aktiviti menjana minda...sangattt..
aktiviti lebih kepada aktiviti di dapur.. haha..sebab senang sambil masak sambil bereksperimen lagi seronok gitu..

=D

daripada baking, making ice-cream,semalam deco mni pretzel, kata raya nak dekat kan..
yang penting semua ni untuk keseronokan dan bukan untuk jualan,okey!..
masa aku buat kek orang, strictly Hadif tak boleh join.. dia pun faham umi dia buat kek untuk kawan umi.. =D

 bahan-bahan yang diperlukan seperti coklat yang dicairkan, mini pretzel ( beli yang dah siap ), chocolate rice ( variety) dan almond..

untuk dedy dah buat kek coklat, suruh dia hias, last sekali dia join Hadif celup-celup pretzel..
=D


 dedy tinggalkan dia, mula lah main curi-curi makan..
celup-celup pastu masuk mulut..

=P
emm..dappp!!

 punya la gigih celup-celup pretzel ye..

hasilnya...

tak sempat buat untuk makan raya..

haksss..

=D

Sunday, June 22, 2014

:: hujung minggu yang penuh terisi ::

assalamualaikum..

start malam khamis pulun buat kek untuk jualan di Karnival Belia & Remaja Islam di Masjid Sultan Ismail Petra..

terima kasih kepada pengunjung yang datang..

terima kasih buat adik aku & the geng yang bertungkus-lumus sepanjang karnival..

=)

dalam sibuk berkarnival.. ehem, aku singgah kejap-kejap je.. haha..tak tahan panassss u olls, ke hulu ke hilir buat delivery kepada pelanggan-sampai-en-asben-aku-pun-heran-hilang-tiba-tiba-lepas-tengok-match-bola-tampar



 rezeki murah hujung minggu lepas..
=)


 tup-tup..
ada balik kat gelanggang tengok dedy lawan bola tampar
go dedy go!

=D

 petang ni lawan final...
tapi aku tak pergi tengok dah..
INSYALLAH, menang dah tu.. kata juara bertahan di HUSM ni.. 
=p

rehat sementara tunggu match pada petang pula, round kb, cari hadiah pula untuk besday girl..

 syurga mainan di Kota Bharu..
Hadif pun dah berpinar mata.. nasib baik dengar je cakap..
=D

dapat bergambar dengan ultraman pun dah cukup dah budak Hadif ni..
haha~

rushing terus ke match balik..


lepas siap-siap, terus ke rumah fara sambut birthday Fitrah

 Happy birthday Fitrah Insyirah yang ke-3


nak bergambar dengan kek, tapi malu.. acece~

malam tu, terus terbongkang tidur 3 beranak ni tak-ingat-dunia..


=D



Sunday, May 4, 2014

:: Munduk ::

assalamualaikum..

baru kali kami tiga beranak berkesempatan ke Munduk.. setiap kali orang pergi, sentap je, best sangat ke kat sana?

ok, memang best! walaupun menyeberang secara haram..hakss

Munduk ni dah lama ditutup, pengkalan haram..sebab menarik orang ramai ke sana, orang tak nak pergi dah   ke kawasan bebas cukai Rantau Panjang mahupun Pengkalan Kubur, kalau dah sekali jejak kat situ kan..
macam heaven gilooosss!

kami pun macam cuma nasib je weekend aritu, sekali boleh masuk dengan dikawal oleh askar..
peluang terbuka jangan dilepaskan..

=D

tak sempat sangat nak ambil pic, sebab ke hulu ke hilir rambang mata..

dahla harga murah-murah gila..

murah lagi pada shopping di Hatyai..


 seriously, dress kat sini murah giler-giler..
kalau tak kerana tak padan di badan, dah banyak aku borong..
=D

 syurga tudung ekspress..
tapi sayang, aku tak pakai tudung ni..

mau tak sentap geng fareeda tengok tudung kat sini, murah-murah..

 sempat borong juga..
kalau datang dengan kereta lagi best angkut..

lain kali cross secara halal lah dengan kereta, boleh punggah banyak sikit..
=D
dekat je kan Malaysia-Thailand..

haks..



dan cuaca memang sangat panas terik..

we olls pun happy..
orang lain pun jeles sebab tak sangka Munduk dah buka..
dan aku tak tahu lah kalau Munduk tu buka untuk hari tu saja..
haksss..

Wednesday, April 2, 2014

:: kisah hari jadi ku ::

assalamualaikum..

tahun ni hari jadi ku jatuh pada hari jumaat, cuti.. dulu berangan setiap kali birthday, nak escape pergi celebrate jauh-jauh.. tapi nan hadoo eh, tahun ni hari jadi pakej sekali dengan cuti sekolah, okey..maka, tak kesampaian la nak berhimpit-himpit dengan orang lain dekat tempat pelancongan..hikss..

lagipun, cuti tahun ni, abang-abang,akak-akak,ipar-duai,anak-anak buah belah en asben semua balik uolllss.. yang dok obersi pun balik..
riuh yang amatssssssssss rumah tok ma...

marilah kita eratkan silaturrahim gitu, sebab tak semua dapat berjumpa sekali walaupun untuk sehari dalam setahun..hakss..


buat bbq selepas solat jumaat..
perghh, panass..



 sangat mencabar nak bakar  ayam-kambing-udang-hotdog sebab budak-budak ramai..
tempik sana-sini..
heh~


 sekali en asben bagi ni, nah hadiah hari jadi..
T_T
hopeless romantic betul..

sekali kena perli dengan akak-akak-abang-abang dia..
hahah~



malam tu, dapat melarikan diri juga akhirnya..
walaupun kota bharu sangat crowded masa tu, last sekali jumpa king's bakery..redah jela..nak masuk bandar buat stress jem yang amat saja..


small celebration for 3 of us..




umi : happy birthday to umi..
hadif : happy birthday to hadif
umi : happy birthday to umi la..
hadif : happy birthday to hadif la..

umi : grrr..yela..yela..





 kami..

ramai yang kata hadif menurun sengih daripada dedy..
no..no..
dedy tu tiru hadif je tu.. kunun bajet cute macam anak dia..

hahah~




hantu kek ini budak!


=D

Monday, March 17, 2014

:: berehat seketika ::

assalamualaikum..

yea.. berturut-turut sorang-sorang jatuh sakit..

macam pass baton pun ade..

bermula dengan hero si budak Hadif, sakit mata + demam..  sembuh dia, bapak hero pula demam..tapi bapak hero demam memang drama la sket.. biasalah, bak kata ibu mertua ku, "biasalah, anak bongsu".. tetttt!

haha..

kini...

tuan punya blog pula yang jatuh sakit..

2 malam aku tak boleh tido, tapi last sekali boleh tido juga sebab aku makan painkiller..
sakit perut.. yuhuu~ 
dan-dan igauan sakit perut masa kena emergency c-zer last year menghantui lenaku.. * macam sambut 1st anniversarry kena c-zer pulak terasa*

serius, sakit tu lebih kurang je.. cuma takde muntah-muntah macam dulu.. fuh..

adehla.. semua orang risau pasal aku, especially mak ayah..huhu..

setakat ni boleh tahan lagi dengan bantuan cerebrex..

T_T""

so, sekarang tengah follow-up je.. dan tak dapat MC pula tu.. hakss~

cuma yang penting : UPT negative.. huhu~

doakan yang elok-elok saja ya.. =)

Alhamdulillah, stok sawi dah habis..


k, bye!


Tuesday, March 11, 2014

:: kebun mini kami ::

assalamualaikum..

selepas seketika, walaupun hari-hari mengadap tanaman diusahakan ini..

mari kita jenguk hasil setakat ini..


 bangun pagi-pagi, kutip lada dengan dedy~
haahaha~

 macam comel je, macam cantik je~

 sawi..
walaupun musim kemarau, Alhamdulillah masih tabah membesar~

 batas sebelah kanan, mak yang tanam..
batas sebelah kiri, aku yang tanam..

ekk.. apakah?

see?
banyak bezanya..

haha~

hari-hari makan sayur segar..
hari-hari makan sayur..

=D

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers