Showing posts with label jjcm. Show all posts
Showing posts with label jjcm. Show all posts

Tuesday, September 15, 2015

:: JJCM : chim cum @ Golok ::

Assalamualaikum... 

We olls anak beranak selalu pergi oversea tiap-tiap bulan..haha, cross sempadan je pun ke sg Golok,thailand tu..setakat 30minit dri rumah no hal la ambil angin petang sambil makan makanan thai gitu..
Sambil-sambil tu bolehla penuhkan page pasport tu,takkan  setahun sehelai je page tercop pergi oversea ye dak?haha

Last weekend,en asben ajak pergi cari kasut bola,en asben kalau bab sport segalanya pergi belah sana,murah + kualiti butik gitu..setakat al ikhsan tu jeling pun idak gamaknya..

Alang-alang dah pergi sana,marila pergi cari makan,selalu pergi sana makan tomyam je,cubalah kita cari kelainan..jumpa gak chim cum gitu..chim cum ni steamboat ye kawan-kawan..

Boleh pilih mau dapur arang ataupun dapur elektrik,diorang suggest dapur elektrik sebab ada kanak-kanak tapi xpe anak-anak i behave,boleh saja pakai dapur arang..hehe..lagi umphh kan!


Sekali kita duduk,dia akan letak troli ni..kalau korang buka semua botol minuman tu,maka bayarlah untuk semua tu..haha..kita minum air mineral jelah sampai habis..

Aha,ketupat pun ada..macam raya pula terasa..hakhak.. Udang dia bagi separately,maybe sebab tak mau membazir..udang kan mahal..lol..telur pun ada..

So,i jadi puteri,tunggu en asben je serve semua..selain makanan steamboat biasa,kat sini ada juga laksa thai,moi dll..makanlah sampai lebam..sebab semua tu hanya RM12 per person..hehe..giler murah kan,kalau kat kb sekarang ni dah RM20++dah,maka bolehla cross border secara halalnya untuk makan chim cum ini..

Tak usah risau akan status halal sebab dia signboard dia memang tertera satus halal,owner pun pakai tudung elok..nama kedai pun fathin restaurant gitu..aku tak ambil gambar sebab ada pos tentera dekat depan kedai dia..haha..i is malu..

Sekarang nak masuk thailand memang kawalan ketat,pengkalan haram pun xde,tentera pun ramai berkeliaran..mungkin sebab kejadian di Bangkok bulan lepas..:)

Tuesday, September 8, 2015

:: jjcm : nasi dulang @ merbok ::

Assalamualaikum..

Balik dari ho chi minh aritu (bila ntah en asben nak g baiki laptop,haha,nak update pasal hcmh ni), en asben ada conference d penang,so wajiblah aku join sekaki walaupun aku tak pi pun penang tu..hahaha..aku ajak mak nak p kenal rumah abang aku,ye la dah pindah ke sg petani tak p kenai rumah lagi kan..sekali aku ajak mak je,abeh anak sedara,ayah nak ikut sekali,jangan kan itu,nenek aku pun nak join..hakssss..

So,en asben letak we olls d sg petani,dia p conference di penang general hospital..maka, aku apa lagi suh abang aku bawa p jalan-jalan la ye,jalan-jalan kalau tak cari makan mane nak best..

Abang aku bawak la we olls ke nasi dulang di Merbok ni.. Sekali tengok kedai tak ramai orang,peliks sungguh,kalau ikut cerita bang aku ni,memang tiptop plus sedap plus murah giler...kalau kat kelantan jika memenuhi kriteria di atas,jangan harap nak ada kerusi meja kosong...hahaha

 We olls pesan 1 dulang untuk 5-6orang makan..

Mana nasi?kat timbunan lauk2x itu,dalam buah kelapa tu sup ikan siakap,celah-celah nasi tu akan ada sotong,udang,nasi pun di gaul dengan mangga,sedapppp!!!..huhu rasa nak nangis tengok seafood banyak gilerr...T_T hahaha

Semua orang puas hati lagi-lagi budak-budak dapat makan ketam besar..mana nak cari u olls..

1dulang ni RM60 je...murah kan!!!!sile terliur bila tengok..haha

Diorang juga sediakan untuk 1dulang utk 2-3orang = RM30 

Tapi kitaorang 6orang dewasa,4kanak-kanak ni pun bagai nak rak menambah,memang portion besar..

Alhamdulillah...u olls kalau p utara,boleh je singgah makan,senang je nak cari kedai dia..

Kedai anjung warisan,betul2x depan mrsm merbok,sebelah uitm merbok😊😊

Thursday, October 30, 2014

:: big pizza time ::

assalamualaikum..


sebelum aku kena serangan Herpes minggu lepas, sempat saja meraikan adinda-adinda ku makan..sebab adik-adik ni budak belajar lagi,apatah lagi nak tunggu sorang tu setahun sekali baru jejak bumi malaya..gitu..

*walaupun bukan aku yang belanja..haha.. aku claim piza dengan en asben sebab tolong dia buat projek dengan student, last sekali dia dapat honorium, aku tak dapat apa-apa melainkan pahala..haks..*

adik-adik and me


tak main la makan di pizza hut mahupun domino sekarang..

ayuh terjah Pizzeria Traudi

pizza & western food memang umpphhh!!! maybe sebab tauke dia omputih dan dibakar dalam oven kayu gitu.. nak makan pizza kena pergi pukul 5.30pm ke atas sebab tengah hari tu dia set up api dalam oven dalam 2 jam baru boleh bakar piza u olls.. kelassss gitu..


pizza gedabak besar ni dalam ukuran 14 inci dengan harga RM30-40, based on topping ye..
*recommended*

=D

Tuesday, September 23, 2014

:: jjcm : aneka makanan berasaskan tiram ::

assalamualaikum..

kelantan memang terkenal dengan pelbagai aneka masakan, belum lagi dengan pelbagai jenis kuih muihnya..
sejak berbadan dua ni, aku suka JJCM dan tentu lah mangsanya adalah en asben, bawa isteri dia merata cari makan.. walhal berat badan aku sekarang ni turun lagi akibat muntah-muntah tak abis lagi..haii...
haks..

megi ketam, ada di mana-mana di kelate..
yang famous di pauh sembilan bachok @ di cherang ruku, pasir puteh..
habat sekali..

tapi menu megi ketam dah lama sangat dah pun kan?

so, discover menu baru pula..

TIRAM

haha..
kat kedai tu semua menu berasaskan tiram..

nasi goreng, mee goreng, bihun sup, megi tiram, tiram mentah cicah air asam..
pendek kata, semua tiram lah, kecuali dalam air..
=D



menu tiram yang mentah + air asam..

hai, ibu mengandung ni mengidam!

 dedy 2, umi 3..
haks

rasa dia memang umphhhh!!!
rasa masam, crunchy bawang goreng,pedas cili padi memang terangkat!


jangan lupa singgah ke kedai megi tiram di Pantai Kemayam, Bachok ye jika berkesempatan..
dibuka dari 1.30 tgh hari - tengah malam..
=)

*mau mengidam pizza ria di kb pula*
hakss

Friday, May 16, 2014

:: burgerbyte di kelate ::

assalamualaikum..

ehem, abang zizang razak bukak cawangan burgerbyte dia kat kelate..
maka, wajiblah kita terjah ye!

 kedai terletak di bandar baru Tunjung, atas sikit pada wakaf che yeh..
belakang pada bangunan Jaafar Rawas


 menu untuk aku : spagetti bolognese..
rm12.90

 menu untuk dedy : Nachos burger..
rm 14.++, lupa..hiks


overall, semua sedap..portion besar, sampai share dengan dedy nak habiskan..
bolehla try ye!!
tempat santai!


cuma, air minuman kat sini mahal sikit..

untuk air jenis coffee sampai rm7 satu cawan? OMG..

=D


Sunday, February 24, 2013

::stress dalam diam ::

assalamualaikum..

aku selalu mengalami masalah stress dalam diam..
konon-konon tak mau orang tahu..
hanya en asben saja yang boleh baca muka aku bila aku stress dalam diam..

balik ke rumah MIL hujung minggu lain,
tengok banyak benda yang perlu di selesaikan..
aku rasa en asben pun tengah stress dalam diam..
ah, lelaki!pandai saja menyembunyikan perasaan ~ *kadang-kadang*

kadang-kadang aku selalu buatkan stress banyak-banyak,
kunun-kununnya nak pergi melencong sekejap masa lagi, dapatlah release stress..
muka happy bila pergi bercuti,
lepas habis bercuti, feel stress datang balik..
maka itu dijadikan pintu untuk pergi berjalan-jalan~
=D

nak pergi bercuti ambil sedikit masa je lagi,
salah satu pilihan terbaik adalah jalan-jalan cari makan~

abc yang terbaikkkkk!!!!!!!!
 banana-choc abc
 
 panas-sejuk-panas-sejuk


 chicken chop with oregano sauce..


makan puas-puas..
balik dengan hati gembira..
=D


@lunch at Ozarah cafe,kota bharu..
silalah cuba, sedap!!!

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers